Sunday, December 12, 2010

Perjuangan Rakyat Kelantan Menentang Jepun

Pengenalan
Kelantan adalah merupakan negeri pertama di Tanah Melayu yang diserang oleh tentera Jepun di dalam Perang Dunia ke II. Serangan ini adalah penting kerana pihak tentera Jepun akan dapat menguasai pengkalan tentera udara British di Pengkalan Chepa. Mengikut Wan Hashim Wan Teh di dalam bukunya “Perang Dunia Kedua, Peranan Askar Melayu “ Pendaratan di Kota Bharu dilakukan pada jam 1.35 pagi, 8 Disember 1941¹, iaitu sejam lebih awal sebelum serangan terhadap Pelabuhan Pearl dimulakan. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu khasnya di Kelantan selama tiga tahun lapan bulan ( 1941 – 1945 ) amat sukar sekali untuk dilupakan terutamanya di kalangan generasi yang hidup pada waktu tersebut. Sikap kejam dan ganas tentera jepun ketika memerintah bukan rahsia lagi, malah merupakan satu kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan², sungguhpun begitu di sebalik penderitaan dan kesengseraan hidup yang dialami, rakyat mula belajar menjadi lebih inovasi, insaf dan mula meningkatkan kesedaran tentang perjuangan semangat kebangsaan. Implikasi daripada kezaliman Jepun , tidak boleh dipandang dari sudut negatif sahaja kerana Jepun juga telah banyak membantu membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat di Kelantan.



____________________________________________________________________
1. Wan Hashim Wan Teh , Perang Dunia Kedua, Peranan Askar Melayu, Dewan .Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur , 1993.
2. Abu Talib Ahmad, "The impact of Japanese Occupation on the Malay-Muslim Population" Paul H. Kratoska (ed.), Malaya
and Singapore During the Japanese Occupation, Singapore, Journal of Southeast Asian Studies, 1995. Hal. 6
Pendaratan Tentera Jepun di Kelantan


Pendaratan pertama tentera Jepun di Kelantan adalah menerusi pantai yang disertai oleh 20 buah bot, lebih kurang jam 2.00 pagi 8 Disember 1941 tentera jepun telah mendarat di pantai Kuala Pak Amat. Isyarat di udara telah kelihatan yang menandakan bermulanya Perang Pasifik yang melibatkan pihak Jepun dalam Perang Dunia Kedua³, Peperangan telah meletus dengan hebatnya, pasukan tentera Jepun yang dipimpin oleh Mejar Jeneral Takumi telah ditentang dengan hebat oleh tentera British⁴. Pendaratan tersebut telah ditentang hebat oleh tentera British yang sedang menunggu di Pantai, di bawah Briged ke-19 Tentera Darat India yang ketuai oleh Brigedier Jeneral B.W.Kay⁵.
Pasukan tentera British telah membedil sepanjang kawasan pesisir pantai dan laut, sejurus kelihatan pendaratan tentera Jepun di Pantai dan laut. Usaha pertahanan telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh tentera British dan unit-unit Dogras yang berkubu di Pantai Kuala Pak Amat. Tentera Jepun telah diserang dengan bertubi-tubi dan tidak dapat untuk bergerak di pantai ataupun di dalam air. Ramai tentera Jepun telah terbunuh semasa tindakbalas tindabalas tersebut. Beberapa buah kapal pengebom British juga telah dihantar untuk membinasakan tentera Jepun yang sedang mendarat dan juga kapal-kapal laut Jepun yang membawa tentera berjalan kaki mereka⁶


_________________________________________________
3. Wan Hashim Wan Teh , Perang Dunia Kedua, Peranan Askar Melayu, Dewan .Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia , Kuala Lumpur , 1993, hal 34
4. Ibid,
5. Ibid.
6. Ibid, hal.35
Serangan yang bertalu-talu dari pihak tentera British terutamanya dari kapal terbang jenis Hudson dan Wildebeeste⁷ yang berpengkalan di Kota Bharu telah menyebabkan kemalangan yang agak teruk dipihak Jepun. Tiga buah kapal kapal laut Jepun iaitu Awaji-San Maru, Ayato-San Maru dan Sakura Maru telah di bom dengan teruk sekali, sehingga Awaji-San Maru yang merupakan kapal pengangkut telah mengalami kerosakan yang teruk dan tenggelam.
Pihak tentera British juga telah melancarkan tiga kali serangan udara yang telah menyebabkan seramai 179 tentera Jepun mati dan 314 orang tentera Jepun cedera. Walaubagaimanapun tentera Jepun yang telah mendarat pada 8 haribulan itu telah berjaya mengalahkan Briged Ke-8 tentera India yang sedang bertahan di tepi pantai menyebakan tentera India tersebut berundur ke kawasan pendalam.⁸ Akhirnya pada 8 Disember anggota tentera Jepun telah berjaya mendarat sepenuhnya di Pantai Kuala Pak Amat ( berhampiran dengan Pantai Sabak ) Pada sebelah malamnya, Tentera Jepun telah berjaya mengambil alih lapangan terbang Pengkalan Chepa yang telah ditinggalkan, ekoran khabar angin yang mengatakan tentera Jepun telah berjaya mengepung Bandar Kota Bharu. Pada 9 Disember 1941, Seluruh Bandar Kota Bharu telah ditawan dan diduduki oleh tentera Jepun⁹. Pada 18 Disember seminggu selepas menawan Bandar Kota Bharu, Tentera Jepun telah menduduki Bandar Kuala Krai¹⁰ Ini bermakna seluruh negeri telah dikuasai oleh tentera Jepun. Pentadbiran tentera Jepun di Kelantan telah dikuatkuasakan pada awal januari 1942.

_________________________________________________
7. Ibid.
8. Ibid,
9. Sa’ad Shukri b. Hj.Muda & Abdullah Al-Qari b. Hj.Salleh, Detik Sejarah Kelantan, Pustaka Aman Press, Kota Bharu, 1971, hal. 166.
10. Ibid, 167

Kelantan dibawah pentadbiran Jepun

Tentera Jepun menguasai Kelantan pada awal Januari 1942. Mereka mengambil alih Residensi Penasihat British sebagai pejabat tentera Jepun di Kelantan di bawa jagaan Major Misumi¹¹. Perlantikan tersebut untuk sementara waktu sahaja. Pihak Jepun telah melaksanakan pentadbiran di Kelantan dengan melantik Gabenor Jepun yang pertama di Kelantan iaitu Yasushi Suna Kawa, Beliau telah memegang jawatan itu sehingga ditukarkan ke Johor Bharu pada 22 April 1943. Gabenor yang baru telah dilantik iaitu, Kikuro Fujisawa¹². Pentadbiran Jepun di Kelantan telah mengekalkan bidang kuasa Sultan Kelantan dalam hal yang berkaitan dengan agama. Gabenor Jepun adalah orang yang paling berkuasa dalam pentadbiran, segala peraturan dan enakmen negeri sebelum ini di atas nama Sultan kini diletakkan di atas nama Gabenor. Pentadbiran Jepun di Kelantan di bawah sistem Gabenor ( Syuciji )masih mengekalkan beberapa orang pegawai Melayu seperti :

I. Datuk Nik Mahmud bin Nik Ismail ( Menteri Besar )

II. Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud ( Timbalan menteri Besar )

III. Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal ( Tengku Seri Maharaja )

IV. Tengku Ahmad

V. Nik Husin bin Zamah

VI. Salleh bin Omar

VII. Che Mahmud bin Hashim

VIII. Che Ahmad Jamaluddin

IX. Hasan bin Husin

X. Tengku Yaacob¹³

________________________________________________

1. Nik Anuar bin Nik Mahmud, “ Kelantan di bawah Pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera thai, 1941-45: Suatau Kajian Sepintas lalu”, Malaysia: Sejarah dan Proses Pembangunan, Kuala Lumpur, 1979, hal. 136

2. Ibid, hal. 137

3. Ibid, 137-138

Pentadbiran di peringkat jajahan ditempatkan seorang ketua jajahan ( Gunco ) yang berbangsa Melayu, seterusnya mukim di bawah penghulu dan kampong di bawah ketua kampong. Untuk mempastikan keselamatan kampong, unit kawalan kampong yang dikenali sebagai Jikeidan telah dibentuk¹⁴. Contoh pentadbiran tersebut ialah :

I. Ketua Jajahan Kelantan - Datuk Mahmud bin Haji Mohamed

II. Ketua Jajahan Kota Bharu - Datuk Muhammad bin haji Nik Mahmud

III. Ketua Jajahan Pasir Putih - Syed Abdul Rahman

IV. Ketua Jajahan Hulu Kelantan - Datuk Wan Daud

V. Ketua Jajahan Pasir Mas -Tengku Ahmad

Antara tugas Ketua Jajahan tersebut ialah : mencari buruh yang diperlukan oleh pejabat kerjaraya, membantu pejabat kiriman ( pos ), menggalakan orang ramai menyimpan wang, membantu menubuhkan pasukan jukeidan dan mengawal simpanan beras kerajaan¹⁵

Perjalanan Pejabat adalah seperti mana semasa pentadbiran British, kecuali apabila terdapat arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Jepun. Pasukan Polis telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan buruh dan orang asing. Pengurusan pentadbiran Pejabat diketuai oleh Pegawai Jepun kecuali pejabat Agama dan Mahkamah yang diketuai oleh Pegawai Melayu¹⁶.

Pentadbiran tentera Jepun juga mengarahkan rakyat Kelantan mempelajari bahasa Jepun, Sekolah Melayu yang dibuka semula diwajibkan mengajar bahasa Jepun sebagai salah satu mata pelajaran¹⁷

4. Mohamad Isa Othman, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945, ( Tumpuan di negeri Kedah ), Kuala Lumpur, 1992, hal.46.lihat juga Zainuddin bin Zakaria, Pendudukan Jepun di machang, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977, hal. 45 – 47.

5. Nik Anuar b. Nik Mahmud, “ Kelantan di bawah pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941-45, hal. 139 – 140…

6. Muda Mohd Taib A.Rahman, “ Pendudukan Jepun di Terengganu” hal. 166-167.

7. Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, “ pendudukan dan pentedbiran Tentera jepun dan Tentera Thai di negeri Kelantan 1941-1945, Warisan Kelantan VI, Kota Bharu, 1987, hal. 81.

Langkah Jepun untuk menjadikan bahasanya sebagai bahasa rasmi di Kelantan tidak berjaya, bahasa Melayu ( rumi dan jawi ) serta bahasa Inggeris digunakan dalam urusan surat-menyurat pentadbiran kerajaan¹⁸.

Rakyat Kelantan semasa berada di bawah penguasaan Jepun amat sukar kehidupannya, Para penduduk hanya digalakkan menanam tanaman ruji seperti padi, ubi dan keledek sahaja¹⁹. Selain itu mereka dipaksa melakukan kerja paksa untuk kepentingan pemerintahan Jepun, tentera Jepun juga bersifat kejam dengan melakukan penangkapan, penyiksaan dan perkosaan, pekara yang paling ditakuti sekali ialah dihantar ke Myanmar untuk membina landasan keretapi maut.

Penyerahan Kelantan kepada Siam

Pada hari ini 20hb. Julai 1943 satu perjanjian telah ditandatangani di Bangkok, Thailand di antara Duta Jepun ke Thailand, Teiji Tsubukami dan Perdana Menteri Thailand, Field Marshall Phibul Songram. Perjanjian ini adalah mengenai penyerahan negeri-negeri utara Tanah Melayu (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis) serta dua Wilayah Shan, dari pihak pentadbiran Tentera Jepun kepada pihak Pentadbiran Tentera Thailand²⁰.Pada 18hb. Oktober 1943, Tentera Jepun secara rasminya menyerahkan Kelantan kepada Khaluang Tharu Phra yang mewakili pihak Kerajaan Siam²¹.

________________________________________________

8. Nik Anuar b. Nik Mahmud, “ Kelantan di bawah pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai, 1941-45, hal. 140…

9. Adnan Ibrahim, "Pendudukan Jepun dan Keadaan Sosioekonomi di Negeri Kelantan", …hal. 15

10. Sa’ad Shukri b. Hj.Muda & Abdullah Al-Qari b. Hj.Salleh, Detik Sejarah Kelantan…hal. 167

11. Ibid, hal. 168

Kerajaan Thailand telah menghantar pegawai dan tentera ke Kota Bharu, mereka tinggal di Sekolah Melayu Merbau dan Sekolah Cina chung Hwa²². Pentadbiran tentera Thai telah berkuatkuasa pada 21 Oktober 1943. Pesuruhjaya Tentera Thai yang pertama di Kelantan ialah Lt. Charn Charan Chaichan yang telah berkhidmat hingga 30 Mac 1943 dan kemudia digantikan oleh R.T. Thavin rawang Phu²³.Pada 17 Disember 1943, Kerajaan Thai telah menyerahkan pentadbiran negeri Kelantan kepada Sultan Kelantan. Sultan akan menjadi ketua negeri dan Pesuruhjaya Tentera Thai adalah sebagai Penasihat. Kerajaan Thai juga akan membentuk sistem Perbandaran ( Municipal System ) dalam Bandar.

Semasa pemerintahan tentera Thai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Montri Sapha. Ia mula menjalankan tugas pada 1 januari 1944, Ahli-ahlinya ialah :

1. Sultan Ismail ibni Sultan Mohamed IV – Yang DiPertua Montri Sapha

2. Raja Kelantan ( Tengku Ibrahim ) – Naib Yang DiPertua

3. Tengku Muhammad Hamzah bin Tengku Zainal Abidin – Setiausaha

4. Datuk Nik Nik Mahmud – Ahli

5. Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud – Ahli

6. Tengku Indera Petra bin Tengku Ibrahim – Ahli

7. Tengku Mohamed bin Tengku Idris – Ahli

________________________________________________

12. Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, “ pendudukan dan pentedbiran Tentera jepun dan Tentera Thai di negeri Kelantan, hal.95-96

13. Nik Anuar b. Nik Mahmud, “ Kelantan di bawah pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai…hal.50

8. Tengku Abdul Rahman bin Sultan Ahmad – Ahli

9. Tengku Mohd Yusof bin Sultan Mohamed IV – Ahli

10. Tengku Abdul Majid bin Tengku Besar Tuan Soh – Ahli

11. Tengku Mohamed bin Sultan Mohamed IV – Ahli

12. Tengku Yahya Petra bin Tengku Ibrahim – Ahli

13. Tengku Ahmad bin tengku Abdul Ghafar – Ahli

14. En. Mohd bin Mahmud – Ahli

15. Haji Ahmad Mahir bin Haji Ismail – Ahli²⁴

Walaupun Kelantan diserahakn kepada Tentera Thai, Pentadbirannya masih dikawal oleh tentera Jepun, misalnya tentera jepun masih mengawal sistem keretapi, telefon dan Pos di Kelantan. Pentadbiran Thai di Kelantan berakhir setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak berikat pada 15 Ogos 1945.

________________________________________________

14. Nik Anuar b. Nik Mahmud, “ Kelantan di bawah pentadbiran Tentera Jepun dan Pentadbiran Tentera Thai…hal.143

15. Ibid, hal.95-96

Perjuangan Rakyat Kelantan Menentang Jepun

Orang Melayu telah memainkan peranan yang penting dalam mempertahankan Tanah Melayu semasa serangan Jepun ke atas Negara kita bermula pada pagi 8 Disember²⁶, 1941 lagi, tidak terkecuali kerana pada tarikh tersebut, tempat yang paling awal diserang oleh Jepun ialah Pantai Kuala Pak Amat dan Pantai Sabak yang berada di negeri Kelantan. Semasa Jepun mendarat di Kota Bharu pada awal pagi 8 Disember 1941, Batalion pertama Askar Melayu telah siap ditubuhkan dan Batalion kedua masih dalam proses penubuhannya. Pada waktu tersebut terdapat dua kompeni Askar Melayu dari Batalion Kedua yang terlibat menentang Jepun di Kelantan iaitu pasukan di bawah Kompeni “A” yang mempunyai seramai 120 orang²⁷.

Semasa tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kompeni A diletakkan berhampiran dengan stesen keretapi di Kuala Krai, pasukan tersebut diletakkan di bawah pemerintahan Tentera Berjalan kaki Briged India Kelapan bersama-sama dengan unit-unit lainnya ditugaskan mengawal 3 buah lapangan terbang kepunyaan Royal Air Force di Kota Bharu, Gong Kedak dan Machang. Pasukan tersebut telah dibom bertalu-talu oleh pasukan tentera udara Jepun yang menyebabkan mereka terpaksa berundur²⁷.

________________________________________________

16. Wan Hashim Wan The, Peranan Orang Melayu Dalam Gerakan Anti-Jepun, Jebat ( 1996 ). Hal.103

17. Wan Hashim Wan Teh , Perang Dunia Kedua, Peranan Askar Melayu…Hal. 91

Tokoh awal rakyat Kelantan yang menentang Jepun ialah Tengku Mahmood, dengan semangat patriotism yang tinggi, beliau telah mengetuai sekumpulan pemuda Melayu berperang secara berdepan dengan tentera Jepun yang mendarat di Pantai Sabak, keberanian beliau berperang secara berdepan menentang Jepun, pada hal beliau bukanlah askar kerajaan telah mengundang rasa hormat yang amat tinggi dari pihak Inggeris dan masyarakat setempat.

Bermula saat itu, tumpuan Tengku Mahmood mula terarah untuk mempertahankan maruah negara daripada ancaman penjajah. Beliau sanggup meninggalkan keluarga, harta dan pangkat demi berjuang untuk negara. Tengku Mahmood terlibat aktif menyusun serta mengumpul belia-belia Melayu di luar negara bagi menyertai gerila Force 136 yang dipimpinnya. Angkatan Force 136 yang berpusat di India itu adalah kumpulan yang bertanggungjawab menyusup masuk ke Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas risikan semasa perang dengan Jepun.Tugas dan tanggungajawab untuk membentuk Force 136 di bawah Cawangan Melayu telah diserahkan kepada Tengku Mahmood Mahyidden yang berpangkat Mejar²⁸.

Bersambung..................

________________________________________________

18. Wan Hashim Wan Teh, Perang Dunia Kedua : Peranan Gerila Melayu Force 136…Hal. 24-25

19. Wan Hashim W

No comments: