Sunday, February 17, 2013

Nota Bab 2 : Ting 5


Gerakan Islah 

  1. Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
  2. Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
  3. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam gerakan ini telah membawa idea gerakan pemulihan Islam setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir dan  dikenali sebagai Kaum Muda dan dipimpin oleh :

    1. Sheikh Tahir Jalaludin
    2. Syed Syeikh al-Hadi
    3. Dr. Burhanuddin al-Helmy

  1. Kaum Muda telah berusaha untuk menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
  2. Antara yang diperjuangkanm oleh golongan kaum Muda ini ialah :
     
a.       Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
b.      Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
c.       Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

  1. Idea-idea gerakan kaum Muda ini disampaikan menerusi akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh mereka seperti :

a.       Al-Imam
b.      Neracha
c.       Edaran Zaman
d.      Pengasuh

  1. Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi adalah merupakan tokoh gerakan Kaum Muda yang amat aktif pada ketika itu.
  2. Sheikh Tahir Jalaluddin adalah merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam dan juga menulis dalam majalah al-Manar.
  3. Begitu juga dengan Syed Syeikh al-Hadi yang telah menubuhkan Jelutung Press dan telah menerbitkan majalah Saudara.
  4. Beliau juga telah mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan juga terlibat dalam mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

  1. Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
  2. Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
  3. Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
  4. Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
  5. Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
  6. Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.
  7. Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
  8. Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardi ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
  9. Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.
Akronim Gerakan Islah

(GAT 3M PUS MPN)

G = Gerakan pemulihan

A = Al-Hadi

T = Tahir jalaluddin

M = Memajukan ekonomi

M = Mengkritik raja

M = Mengkritik pembesar

P = Penentangan kaum Tua

U = Undang2 menghalang kaum muda

S = Sebarang Risalah/ mesti mendapat

Kebenaran sultan

M = membina madrasah

P = pendidikan kaum wanita

N = aktif di negeri-negeri Selat


No comments: