Sunday, August 16, 2009

Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Tajuk ini juga tidak boleh diabaikan oleh pelajar yang akan menghadapi SPM sejarah 2009

Dewan Negara :

  1. Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara kita.
  2. Ia mengandungi seramai 69 orang ahli yang dipilih oleh kerajaan tanpa perlu memenangi pilihanraya.
  3. Ahli Dewan Negara ini digelar sebagai Senator, dan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sahaja.
  4. Seseorang Senator itu mestilah berumur 30 tahun dan taraf mereka sama dengan Ahli parlimen dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
  5. Ahli Dewan Negara adalah dilanti oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan.
  6. Orang Asli juga boleh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili golongan mereka.
  7. Keahlian Dewan Negara adalah dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang bagi setiap negeri.
  8. Ia dipili oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang bukan ahli DUN.
  9. Yang DiPertuan Agong pula memilih dua orang ahli dewan Negara yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
  10. Seramai 40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Dewan Rakyat :

  1. Dewan rakyat adalah mempunyai peranan yang penting di dalam pemerintahan di Negara Malaysia kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
  2. Ia mengandungi ahli seramai 219 orang yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh Negara.
  3. Mereka memegang jawatan selama lima tahun dan boleh bertanding lagi apabila pilihanraya dilakukan untuk tempoh seterusnya.
  4. Tugas utama ahli Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

Kesimpulannya Dewan negara ialah dewan tertinggi negara yang dipilih oleh YDPA berdasarkan kecemerlangan dalam perkhidmatan di malaysia, Dewan rakyat pula ahlinya adalah dipilih menerusi Pilihanraya....Yang menang dalam pilihanraya adalah Ahli Dewan Negara atau Ahli Parlimen...

Friday, August 14, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009

Apakah yang dimaksudkan dengan renaissance ?

  • Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment
  • Bermaksud “kelahiran semula”.
  • Merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani dan Rom.
  • Kegemilangan tamadun yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
  • Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahanny

Berikan dua faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.

  • Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
  • Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
  • Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
  • Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
  • Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
  • Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
  • Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
  • Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
  • Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar mereka.
  • Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
  • Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
  • Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
  • Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.

Sebutkan tokoh renaissance yang muncul di Itali.

  • Francesco Petrarch
  • Niccolo Machiavelli
  • Giovanni Bocaccio
  • Galileo Galilei
  • Leonardo da Vinci
  • Raphael
  • Michelangelo

Mengapakah pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli sains dan matematik pada zaman renaissance

  • Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
  • Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
  • Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
  • Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
  • Gereja menekankan penjelasan tradisional.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan pada Zaman Renaissance ?

  • Zaman Renaissance telah membangkitkan semangat inkuiri.
  • Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
  • Semangat inkuiri menyebabkan berkembangnya bidang intelektual.
  • Zaman renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
  • Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
  • Perkembangan intelektual telah berjaya memupuk keyakinan diri masyarakat.
  • Perkembangan intelektual menyebabkan masyarakat mengutamakan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
  • Perkembangan intelektual melahirkan manusia yang mampu menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan.
  • Perkembangan intelektual melahirkan sifat berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.


Sunday, August 2, 2009

Contoh Jawapan Esei untuk SPM 2009

(a) Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah berjaya diasaskan pada tahun 750 M? [6 markah]

Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan pertolongan

pelbagai pihak, terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang dipanggil Revolusi

Abbaysiyah.

Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit.

Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara terbuka.

Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait ( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk

mendapatkan sokongan.

Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.

Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani dan berpusat di Khurasan dan Salamah

al-Khallal yang berpusat di Kufah.

Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan

mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.


(b ) Terangkan lima faktor yang membantu Kota Baghdad muncul sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. [10 markah]

Faktor yang membolehkan Kota Baghdad muncul sebagai sebuah pusat kegiatan intelektual

pada zaman Kerajaan Bani Abbasiah ialah Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui

penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.

Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa dan sastera yang serba boleh

serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik, perubatan, seni

muzik dan falsafah.

Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid iait

BaitulHikmah. Penubuhan Institusi ini juga telah membolehkan kota Baghdad muncul sebagai

sebuah pusat kegiatan intelektual pada zaman kerajaan Bani Abbasiah.

Institusi ini telah mengalami perkembangan yang pesat semasa pemerintahan Al-Makmun.

Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memperterjemahkan karya falsafah dan sains

terutamanya bahasa Yunani.

Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahas Yunani, Sanskrit dan suriani telah

mengalakkanlagi perlkembangan intelektual pada waktu itu di kota Baghdad.

Kegiatan penulisan yang dilakukan adalah adalah mengikut tiga tahap iaitu :

Tahap pertama – mencatat segala idea atau percakapan, Tahapkedua – mengumpulkan segala

idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammads.a.w ke dalam sebuah buku.

Tahap ketika ialah Mengarang – ia dilakukan dengan teliti kerana segala yang dicatatkan itu diatur

ke dalam bahagian dan bab tertentu, serta berbeza antara satu sama lain.

Golongan ulama juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya pada tahun 761 Masihi,

ramai ulama telah mulamenyusun hadis dan menghasilkan Tulisan dalam bidang fekah, tafsir,

sejarah dan sebagainya.

Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan sahaja

memperterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang

diterjemahkan ke dalambahasa Arab.

Mereka juga telahmembuat penambahan dan pembaharuan yang sangat tinggi nilainya.


(c) Berdasarkan pencapaian kerajaan Islam, bagaimanakah generasi hari ini dapat menjadikan

Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pegetahuan yang terkemuka di dunia [4 markah]


Generasi hari ini dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pegetahuan yang terkemuka di dunia dengan menguasai menguasai bahasa Inggeris dan bahasa lain yang penting di dunia.

Mereka juga perlu memperterjemahkan banyak buku ilmu pengetahuan kepada bahasa melayu agar semua penduduk di Malaysia akan memperolehi manfaat dari usaha tersebut.

Generasi hari ini juga perlu mempunyai kebolehan mengolah buku yang diterjemahkan dengan menambahbaikan lagi terhadap buku yang diterjemah.

Generasi hari ini juga perlu menguasai pelbagai bidang dan cabang ilmu yang terdapat pada hari ini agar pengetahuan mereka tidak terbatas kepada sesuatu ilmu sahaja

Mereka harus berani Meneroka bidang-bidang baru yang belum diterokai oleh bangsa lain agar Negara kita berada di barisan depan di dalam bidang baru tersebut.

Generasi hari ini juga perlu menghasilkan banyak karya-karya sendiri hasil daripada penyelidikan yang berterusan

Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat ilmu pengetahuan semua generasi hari ini perlu berfikiran terbuka dan mampu berfikir tentang sesuatu pekara sera dapat manfaat ilmu tersebut kepada Negara.



a. Nyatakan Empat sifat yang perlu ada pada seorang pengusaha untuk Berjaya di alam perusahaan yang mereka ceburi? Buku Teks Hal. 240( 4 markah )

F1 Mempunyai idea imaginative

F2 kegiatan yang inovatif

F3 Kegigihan dalam keusahawanan

F4 Komitmen yang tinggi

F5 Menjalankan perniagaan secara jujur dan ikhlas

F6 Tidak menindas pihak lain

F7 Tidak mementingkan keuntungan semata-mata

F8 Tidak jemu untuk menuntut ilmu di dalam bidang perniagaan

Conto Soalan Sejarah SPM berbentuk KBKK - Ramalan SPM 2009

a. Berikan Empat cadangan kepada generasi hari ini supaya mereka dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai oleh Negara kita? ( 4 markah )

Contoh Jawapan

F1 Mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan terutamanya teknologi terkini

F2 Tidak mudah menerima pengaruh asing yang membawa keburukan kepada bangsa dan Negara.

F3 Bersikap tolenrasi dalam menjalinkan hubungan antara kaum

F4 Berani menerokai bidang baru dalam meningkatkan pengetahuan

F5 Generasi harus mempunyai sikap yang inovatif dalam kehidupan

F6 Mempunyai semangat inkuiri dalam semua bidang

F7 Mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap Negara

F8 Bertanggungjawab dalam kehidupan kenegaraan dan tidak mementingkan diri sendiri

F9 sanggup dan berani mempertahankan Negara jika Negara diserang musuh

Saturday, July 25, 2009

Tip Spm 2009

Assalaimualaikum.....lama dah rasanya cikgusejarah tak tap update blog...Sekarang ni tengah sibuk mengedit buku Sejarah untuk Longman dan nak siapkan juga edit kertas model, dan yg terbaru cikgusejarah telah terima tawaran untuk siapkan 520 soalan objektif, 600 soalan struktur dan 80 soalan esei.....banyak juga tu....tapi cikgusejarah berfikiran positif...semua kerja akan dibereskan, setiap kemahuan perlu ada usaha yang lebih....

Tip untuk SPM 2009
Soalan SPM 2009 akan mempunyai banyak soalan yang berbentuk KBKK, Biasanya soalan berbentuk KBKK ini soalannya tertulis :
Apakah pandangan anda?
berdasarkan pengetahuan sejarah anda?
Berdasarkan pemerhatian anda?
Berikan Ulasan anda?

Biasanya jawapan untuk soalan KBKK ini jawapannya adalah berkaitan dengan nilai, Setiap soalan struktur terutamanya soalan ( c ) adalah berbentuk KBKK begitujuga dengan soalan Esei.
Disini cikgu sejarah berikan contoh soalan dan jawapan soalan yang berbentuk KBKK

1 1 Peranan tokoh-tokoh tertentu penting dalam membangunkan dan meningkatkan sesebuah tamadun

c. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tokoh-tokoh Malaysia pada hari ini dalam menaikan nama Negara di mata dunia? ( 4 markah )

F1 Mengemukakan Wawasan 2020 untuk mencapai negara industri dan maju mejelang 2020

F2 Mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC)

F3 Menukar sumber strategik ekonomi negara daripada pertanian kepada perindustrian

F4 Mewujudkan Projek Kereta Nasional (Proton) [pada tahun 1994

F5 Mengemukakan gagasan Islam Hadhari

F6 Memperhebatkan usaha mencegah rasuah

F7 Memulihkan sektaro pertanian

F8 Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

F9 Pengerusi Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC)

F10 Pengerusi Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN) 2005

Ini Contoh Soalan dan jawapan, nanti cikgusejarah berikan lagi contoh soalan dan jawapan untuk soalan KBKK.

Tuesday, June 30, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009 - Tema 1 ( Bab 1 Ting 4 )

Nyatakan enam keistimewaan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa

  • Bandarnya terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua.
  • Bahagian utama ialah pusat pentadbiran.
  • Pusat pentadbiran menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian.
  • Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan.
  • Bandar dikelilingi oleh tembok.
  • Bandar disusun berasaskan blok segi empat.
  • Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya.
  • Jalan raya berkeadaan lurus dan bersambung
  • Bandar dihubungkan dengan sungai.

Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang ?

-Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar.
-Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik.
-Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan.
-Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain
-Pertukaran teknologi dengan tamadun lain.
-Peningkatan mutu bahan binaan.
-Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
-Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

Terangkan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia.

-Keupayaan masyarakatnya mengeksploitasi kelebihan yang ada untuk membina tamadun
-Mereka mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka.
-Perancangan bandarnya
-Mereka berjaya mewujudkan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa.
-Kejayaan membina bandar adalah gabungan kepakaran dalam pelbagai segi.
-Contohnya kepakaran dari segi susun atur dan pengisiannya, kepakaran dalam ilmu geometri, kesenian dan matematik, Memberikan sumbangan dalam meningkatkan mutu bahan binaan.Menghasilkan batu-bata menggunakan suhu yang tinggi. Masyarakat Indus bersifat terbuka dalam membuat hubungan dengan tamadun lain.Mereka bertukar pandangan dengan tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah faktor untuk mencapai kemajuan.

Sunday, June 21, 2009

kELAB fUTSAL SMK. KEMUMIN BERTARUNG LAGI.....



Kemumin, 20 Jun 2009...Kelab SMK. Kemumin berkunjung ke gelangang Futsal Real 7 di Pasir tumbuh..Pada malam itu kelab Futsal SMK,kemumin di cabar oleh Kelab Futsal gabungan Kota. Pada perlawanan tersebut....buat pertama kali bagi kelab futsal SMK.Kemumin bertarung di gelangan Pakir....tak biasa menyebabkan, pasukan Smk.kemumin sukar untuk membiasakan diri dengan lantainya....biasa sebelum ini kelab Futsal SMK. Kemumin menjadikan Gelangang bersebelahan dengan Pasifik Crwew di Panji sebagai Tuan Rumah yang menggunakan lantai karpet...Awal permainan SMK. kemumin ketinggalan 10 - 0, entah kenapa susah nak jaringkan gol...Ada peluang tapi semuanya tak masuk gol....Gol-gol yg dicari akhirnya menjelma juga...hasil umpanan ustaz hasan yg cantik..hasilnya gol pertama berjaya juga di jaringkan oleh CikguSejarah...Lepas lama main atas padang pakir tu....kira dah sesuai...skuad SMK. Kemumin...akhir merapatkan Jumlah bilangan Gol......sebanyak 13 Gol. Senarai penjaring seperti di bawah..PK.Hem ( Encik Zulkfli ) Juga telah jaringkan Gol, dan ada bakat juga jadi gol keeper bersama-sama ustaz Hasan....yang jadi tandatanya gol keeper kita yg awal cikgu Badrol...Abangnya bermain untuk pihak lawan....????????? Rasa-rasanya, keeper kita sudah dibayar$$$. Mungkin lebih mahal daripada harga Ronaldo...

Senarai Penjaring :
Kapten Cikgu Hisyam jaringkan 5 Gol
Cikgu Sejarah jaringkan 4 Gol
Ustaz hasan Jaringkan 2 Gol
PK.Hem jaringkan 2 Gol

Itu sahaja...untyk tatapan skuad Futsal SMK. Kemumin....Minggu Depan lawan lagi......

Saturday, June 20, 2009

Soalan Ramalan SPM 2009 ( Tema 1 )

  • Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
  • Dibawa oleh Ksyatria / disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
  • Dibawa oleh pedagang/vaisya
  • Disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
  • Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
  • Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
  • Perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M. telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
  • Mana-mana 6 x 1 m
  • Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara
  • Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
  • Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
  • Bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
  • Raja berada di puncak pemerintahan
  • Di bawahnya terdapat kerabat diraja
  • Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
  • Di ikuti dengan rakyat
  • Hamba golongan paling bawah
  • Raja berkuasa mutlak
  • Meliputi pentadbiran / hubungan luar / ketenteraan
  • Perintah raja menjadi undang-undang
  • Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
  • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
  • Raja sebagai bayangan tuhan
  • Rakyat takut menderhaka
  • Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
  • Dipercayai memiliki kesaktian
  • Lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
  • Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
  • Wujud adat istiadat pertabalan raja
  • Bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
  • Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
  • Dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
  • Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
  • Bertujuan menjadi raja terulung
  • Mendirikan kompleks kota
  • Lambang konsep alam semesta / orde kosmos
  • Terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
  • Seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
  • Di bawah anak raja terdapat parvanda / senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat
  • Mana-mana 8 x 1 m
  • Pada pendapat anda, apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara ?
  • Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan
  • Meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
  • Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
  • Tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
  • Pemerintahan raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja
  • dan undang-undang
  • memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang
  • menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat batu bersurat di Lembah Bujang
  • bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama / bacaan mentera / upacara keagamaan
  • perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa / duka / derhaka / manusia / pahala / rupa / sengsara
  • bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
  • pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
  • pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
  • Penceritaan lisan dan wayang kulit
  • Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama
  • Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen


Ramalan SPM 2009 - Tema 1 ( Bab 1, Bab 2 dan Bab3 Tingkatan 4 )

  • Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
  • Anyang
  • Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
  • Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
  • Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
  • Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
  • Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
  • Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani
  • Mana-mana 2 x 1 m
  • Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang
  • kepada Dinasti Chou ?
  • Kezaliman pemerintah Raja Shang
  • Kebangkitan golongan hamba
  • Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan
  • Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou
  • untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?
  • Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
  • Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
  • Diminta melindungi Raja
  • Memberikan bantuan tentera pada masa perang
  • Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
  • Mana-mana 3 x 1 m
  • Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho ?
  • Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
  • Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
  • Bertanggungjawab memungut cukai
  • Menguruskan pertahanan
  • Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing


Saturday, June 6, 2009

pantai Sabak dilanda hakisan - Gambar Lama

Gambar lama sewaktu hakisan melanda kampung Pantai Sabak.....Seingat cikgusejarah waktu pertama kali hakisan melanda pantai sabak ialah sewaktu sedang menuntut di universiti tahun ke 2...waktu itu ibu beritahu....rumah telah runtuh kerana hakisan ombak....cikgusejarah terkejut kerana sebelum ini peristiwa hakisan ombak tidak pernah meruntuhkan rumah....Memang rumah cikgusejarah paling hampir dengan laut....dibelakang rumah cikgu sejarah...tempat nelayan mendarat...tiap-tiap pagi cikgusejarh dikejutkan oleh bunyi enjin sangkut perahu nelayan kg pantai sabak untuk turun ke laut. hari jumaan sahaja bunyi tersebut tidak kedengaran.....Sebelum ini hakisan hanya sekejap sahaja....aku pernah tidur...bila malam terjaga kerana terkejut kerana katil dibasahi oleh air ombak pada waktu tengah malam. Cikgusejarah juga pernah lalui pengalaman dinding kedai rumah runtuh ketika ramai pelanggan sedang menjamu selera di waktu tengah malam...di kedia kopi lik ( ayah telah meninggal pada masa tu )..tapi kedia tu org tetap panggil kedia lik sahaja. Sewaktu cikgusejarah sedang membancuh teo ben dan mengangkat mi goreng tiba-tiba "gedegug" bunyi ombak menghempas dinding rumah...air yg cikgusejarah bawa bersama dengan mi terbalik entah ke mana...seorang pelanggang terseliuh kaki kerana kakinya terselit di celah meja...yang lucunya selepas itu...cikgusejarah dan pelanggang tadi...sama-sama baiki dinding yg tercabut tadi....utk dipaku semula....lepas tu mereka oder teo ben dan mi goreng semula...Malam tu tv ada menanyang cerita "kisah benar"kalu tak silap hari tu hari ahad.....itulah pengalaman yg sukar utk dilupakan.......Kisah benar membina rumah ditepi pantai sabak......Malam tu ramai org luar datang.....mereka terkejut tgk keadaan kedai yg penuh air laut....tapi cikgusejarah dan pelanggang relax je duk dalam kedai....tak risau apapun.....tetapi dua tiga hari lepas tu ombek semakin mengganas.....Cikgusejarah dan mak terpaksa mengalah....kami akhirnya perpindah lagi untuk kali ke 2. ( kedia kopi yg kedua selepas setahun rumah kami runtuh kerana hakisan ombak ) satu ekar tanah.....kami berada di dalam laut....Mak masih membayar cukai tanah.....tak apalah katanya tak mahal RM2.50 je.....aku hanya mengikut sahaja....tapi sekarang ni akulah yg membayarnya....

Pantai Sabak yang aku rindukan.........

Inilah wajah kampung ku. kampung pantai sabak....sewaktu aku kecil dan sewaktu aku bersekolah....Dulu...masa bersekolah....ditepi pantai tulah tempat aku belajar dan study.....sehingga aku mampu meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia....kenangan di Pantai sabak.....amat indah...banyak memori yg tersimpan kemas di hati ini.....Sekarang aku sudah kembali ke kampung halaman ke.....kenangan itu sering hadir apabila aku melihat ombak dan pantai....walaupun di Pantai sabak sekarang....pantainya berbatu......

Tuesday, June 2, 2009

Download Skema Jawapan Gerak Gempur Sejarah JPN Kelantan 2009

Terbaru Dapatkan di sini Skema jawapan untuk gerak gempur Sejarah JPN 2009

Klik di sini Untuk Download :


Semua bahan adalah hak cipta JPN Kelantan. Apa2 maklumat adalah untuk membantu pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek sejarah untuk spm 2009. Kepada En Nasir di JPN kelantan. Terima Kasih kerana bahan ini.
cikgusejarah 2009