Apakah yang dimaksudkan dengan renaissance ?
- Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment’
- Bermaksud “kelahiran semula”.
- Merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani dan Rom.
- Kegemilangan tamadun yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
- Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahanny
Berikan dua faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.
- Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
- Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
- Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
- Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
- Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
- Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
- Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
- Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
- Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar mereka.
- Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
- Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
- Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
- Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.
Sebutkan tokoh renaissance yang muncul di Itali.
- Francesco Petrarch
- Niccolo Machiavelli
- Giovanni Bocaccio
- Galileo Galilei
- Leonardo da Vinci
- Raphael
- Michelangelo
Mengapakah pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli sains dan matematik pada zaman renaissance
- Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
- Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
- Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
- Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
- Gereja menekankan penjelasan tradisional.
- Zaman Renaissance telah membangkitkan semangat inkuiri.
- Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
- Semangat inkuiri menyebabkan berkembangnya bidang intelektual.
- Zaman renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
- Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
- Perkembangan intelektual telah berjaya memupuk keyakinan diri masyarakat.
- Perkembangan intelektual menyebabkan masyarakat mengutamakan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
- Perkembangan intelektual melahirkan manusia yang mampu menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan.
- Perkembangan intelektual melahirkan sifat berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.
No comments:
Post a Comment