Wednesday, January 27, 2010

bab 1 : tingkatan 4 ( contoh Soalan dan Jawapan )

a. Beri maksud tamadun di atas? ( 3 Markah )

Pilih mana-mana tiga

F1 bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa

F2 pembukaan Bandar.

F3 bahasa Inggeris Civilization yang berasal daripada bahasa Greek

F4 civitas yang bermaksud Bandar.

F5 sebagai kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi.

F6 Ia juga boleh di ertikan sebagai peradaban.

b. Nyatakan 3 ciri penting tamadun ? ( 3 Markah )

Pilih mana-mana tiga

F1 Negara Kota

F2 Kerajaan

F3 Teknologi

F4 Lapisan sosial

F5 Bahasa dan tulisan

F6 Agama dan kepercayaan

a. Nyatakan maksud tamadun mengikut perpeksktif Barat ? ( 2 markah ) Pilih mana-mana dua

F1 Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti

F2 Penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

F3 Mengikut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun

dalam sesebuah masyarakat.

F4 Darcy Riberio dan R. A Buchanan pula menolak unsur rohani sebaliknya hanya

menekankan

F5 kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

b. Apakah pandangan Ibnu Khaldun tentang tamadun? ( 2 markah )

F1 Berpendapat Kehidupan Bandar ialah kehidupan bertamadunIa terbentuk apabila

F2 lahir semangat assabiyah atau kekitaan

F3 Hasilnya wujud semangat berkerjasama dan saling Bantu membantu

F4 Penulisan adalah berdasarkan pengalaman sebenarnya.

F5 Di dalam karyanya yang ulung, iaitu Muqaddimah, beliau telah menggunakan istilahumran yang

F6 bermakna Tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju dan istilah hadarah

yang bermaksud hidup di Bandar.

F7 Hadarah bermaksud kehidupan di Bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, dan moral

yang yang tinggi

F8 Karyanya telah menjadi rujukan utama sarjana Barat dalam bidang sosiologi, antrapologi,

antropologi dan sejarah.

Saturday, January 23, 2010

a) Apakah yang anda faham dengan Nasionalisme ? ( 2 M )

F1 Nasionalisme ialah perasaan cinta kepada bangsa

F2 Cinta kepada Negara

F3 Mengakibatkan gerakan membebaskan tanah air.

F4 Ia juga bermaksud membebaskan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.

a) Nyatakan dua -faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara ( 2 M )

F1 Dasar Penjajah Barat yang menindas

F2 Pengaruh Agama membangkitkan penyatuan

F3 Karya sastera

F4 Sistem Pendidikan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati

F5 Kemunculan Golongan Intelektual

F6 Pengaruh Media Massa

F7 Kemudahan system Pengangkutan

F8 Pengaruh politik disebelah luar

Contoh soalan KBKK bab 1

a) Apakah sikap yang perlu ada pada kita untuk mengelakkan kita dijajah oleh kuasa Barat ( 2 M )

F1 Bersifat Terbuka

F2 sanggup menerima perubahan

F3 Tidak bertindak mengikut nafsu

F4 Bermesyuarat

F5 Semangat perpaduan

Contoh soalan Struktur/esei bab 1 ting 5

a) Berikan dua sebab mengapakah Thailand berjaya mengekalkan wilayahnya daripada Pengaruh Barat?

F1 Raja Monkut dan raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Birokrasi Barat di Thailand dalam usaha untuk memodenkan Thailand.

F2 Raja Monkut telah melantik 80 orang penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan di samping melatih pegawai-pegawai tempatan

F3 Raja Monkut juga telah melantik penasihat kewangan, pegawai pelabuhan dan polis dari Britain.

F4 Sementara itu penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika Syarikat dan perancis.

F5 Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan dasar-dasar yang dibuat oleh Raja Mongkut dengan memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri yang terdiri daripada golongan bangsawan yang berpendidikan Barat dan mengetuai kementerian.

F6 Majlis Penasihat Rendah dan Majlis Mesyuarat Tertinggi merupakan badan penasihat raja dalam pentadbiran Negara.

F7 Juruaudit dari Britain juga telah dilantik untuk berkhidmat dalam perbendaharaan Negara.

F8 Keadaan ini telah menyebabkan telah muncul golongan baru yang terdiri daripada pentadbir yang mempunyai kedudukan dalam birokrasi moden berasaskan tahappendidikan mereka.

F9 Sistem raja berkuasa mutlak telah digantikan dengan sistem raja berperlembagaan pada tahun 1932.

Friday, January 22, 2010

Bab 1 Faktor-faktor Kemunculan Nasionalisme

1. Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara berlaku secara berasingan di Negara Asia Tenggara.

2. Terdapat perbezaan dari segi masa dan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

3. Namun begitu, fakitor pencetus kepada nasionalisme di Asia tenggara mempunyai persamaan di Negara-negara Asia Tenggara.

Dasar Kuasa Barat

1. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat.

3. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan.

4. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo.

5. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja.

6. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat.

7. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan ekonomi oleh golongan imigran terbabit.

Pengaruh Agama

1. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.

1. Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906.

2. Agama telah dijadikan sebagai alat perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme.

3. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat.

4. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk menentang kuasa Sepanyol.

5. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Karya Kesusasteraan

1. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Ia merupakan media bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah.

3. Di Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme di Asia Tenggara.

4. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat nasionalisme.

5. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.

Sistem Pendidikan

1. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat tempatan.

3. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.

4. Pendidikan hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar.

5. Ini dapat dilihat di Indonesia, anak-anak golongan berkedudukan di Jawa ( Priyayi ) diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.

6. Di Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji ancaman kepada sekolah Buddha.

7. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris.

8. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

Kemunculan Golongan Intelektual

1. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.

2. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan Islam.

3. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang mengamalkan dasar diskriminasi.

4. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.

Pengaruh Media Massa

1. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada.

1. Peranan akhbar dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme dapat di lihat dalam jadual di bawah:

Negara Asia Tenggara

Akhbar dan Majalah

Vietnam

Tribune Indigene dan Cloche Felee

Tanah Melayu

Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis

Filipina

La Solidaridad

Indonesia

Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindi

Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan

1. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

2. Kemunculan alat sebaran am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis.

3. Kewujudan jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di pendalaman.

4. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat.

Pengaruh Luar

1. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ialah pengaruh luar.

2. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.

3. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara.

4. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan.

5. Beliau enggan berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.

Friday, January 8, 2010

Bab1 : Imperialisme Barat di Asia Tenggara - Nota Ting 5

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

  1. Kegiatan imperialisme telah berlaku sejak zaman Empayar Yunani dan Empayar Rom lagi.
  2. Imperialisme zaman moden bermula sejak abad ke-15 apabila kuasa-kuasa Barat mula menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia.
  3. Imperialisme ini boleh ditakrifkan sebagai dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruhnya dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu seperti ekonomi, politik dan keagamaan.

1.1.1 Imperialisme Barat

  1. Portugal merupakan perintis utama kepada imperialisme

Barat .

  1. Ini kerana kejayaannya menawan Melaka pada tahun 1511.
  2. Imperialisme Barat ini berlaku secara tidak langsung dan

Bertujuan untuk menguasai kepentingan

Perdagangan rempah sahaja.

  1. Namun, selepas tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, persaingan antara kuasa barat menjadi semakin sengit.
  2. Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dikuasai sepenuhnya oleh kuasa Imperialisme Barat.
Faktor Imperilisme

  1. Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dan India telah menarik minat imperialisme Barat untuk menguasainya.
  2. Ini akan menjamin pasaran yang luas.
  3. Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah dan tanah yang subur.
  4. Sejak abad ke-17 berlaku kepesatan sektor perindustrian di Eropah yang membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai barangan perkilangan secara besar-besaran.
  5. Ini telah menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah
  6. Keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka.
  7. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
  8. Ini kerana China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat.
  9. Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.
  10. Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak dan mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.

  11. Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan antara Barat dan Timur.
  12. Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat dan menjimatkan kos
  13. Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan Timur.
  14. Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan berkesan, urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat
  15. Imperialisme Barat juga telah didorong oleh persaingan antara kuasa barat yang telah menjadikan Negara Asia Tenggara sebagai mangsa penjajahan mereka.

Tamadun Awal Manusia - Sejarah Tingkatan 4

Pengertian Tamadun

1. Tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar.

2. Maksud mengikt bahasa Inggeris Civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud Bandar.

3. Tamadun boleh didefinisikan sebagai kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi.

4. Ia juga boleh di ertikan sebagai peradaban.

5. Konsep tamadun mengikut masyarakat Barat ialah dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

6. Mengikut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.

7. Darcy Riberio dan R. A Buchanan pula menolak unsur rohani sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

8. Dari segi pandangan Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohanian.

9. Islam amat menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah.

10. Kedua-dua unsur ini amat penting bagi mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat.

11. Munurut tokoh Islam Syed Naquib al-Atas, tamadun ialah pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

12. Ini disokong pula oleh Sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohanian sangat penting dalam konsep tamadun.

13. Konsep tamadun mestilah mempunyai pencapaian lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota dan juga pencapaian dalam aspek rohanian, tatsusila dan moral.

Untuk lebih lanjutkan dapatkan Di sini Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Saturday, December 5, 2009

Team Futsal SMK.Kemumin




Dis 2009, Team Futsal SMk.Kemumin berentap lagi...Lawan kali ini pasukan yang sama iaitu musuh tradisi...Team Bomba, Pada perlawanan tersebut Team SMK.Kemumin akhirnya tewas juga kepada pasukan Bomba. Munkin sebab lama dah tak beraksi. Sejak perlawanan 11 sebelah menetang SMK.Dato Ahmad Mahir sebelum puasa, skuad Futsal SMK.Kemumin bercuti panjang.....Tapi dalam perlawanan tu ok juga, pemain dapat bermain seperti biasa....walaupun lama tak main,...Semua pemain dapat menjaringkan gol.

Thursday, December 3, 2009

Cuti-Cuti..masa nak cari duit lebih kat internet

PERCUMA TANPA MODAL


Pernah anda mendengar tentang program HEBAT "Catcheye"???Pasti belum pernah mendengarnya,BUKAN???Program ini masih terlalu baru kerana baru je dilancarkan. Yang bagusnya program ini percuma & dalam masa yang sama kita boleh menjana pendapatan bersama-sama program ini.

Sekarang saya dengan sukacitanya memperkenalkan Program "Catcheye" yang merupakan program dari MALAYSIA dan berkonsepkan "Beramal sambil Menjana Wang".Anda akan dibayar RM1.00 bila sudah mendaftar & dibayar RM0.20 setiap downline yang anda kenalkan & Anda akan dibayar sehingga level ke 4.HEBAT,BUKAN???!!!

Di catcheye.com ini,jika anda daftar dan mempunyai sepuluh orang downline dan downline-downline anda juga mendapat 10 orang downline dan seterusnya hingga 4 level...apa anda akan dapat?Anda akan dapat RM11.30 untuk satu ads yang anda klik...itu untuk satu ads..bayangkan hari itu anda klik 10 ads..anda akan RM111.30.....lumayan tu....Anda akandibayar melalui cheq jika akaun anda telah mencukupi RM50.Jadi apa tunggu lagi..Jom daftar sekarang....

http://www.catcheye.com.my/?r=14193

http://www.catcheye.com.my/?r=14193

Sekiranya anda sudah bersedia untuk menyertai Program Catcheye yang HEBAT ini,sila ikuti langkah-langkah mudah yang saya berikan ini..

1- Klik http://www.catcheye.com.my/?r=14193 & anda akan terima paparan merah:-

2- Klik pada "Join Catcheye" & anda akan dipaparkan borang pendaftaran yang mudah.

3- Isi borang tersebut dengan maklumat yang betul & ada 3 soalan akan ditanyakan kepada anda.Anda tak perlu risau sebab anda hanya perlu ikut je jawapan yang saya sediakan seperti dibawah ini.

a) What is catcheye.com.my?

- A charity-oriented online advertising platform where you are rewarded for viewing ads.

b) How will catcheye.com.my work?

- You contribute to charity and receive benefits at the same time for viewing ads.

c) What is The Next Biggest Even?

- Fight For A Good Cause - Our Big Surprise launch on 21st Nov 2009

4- Selepas itu klik "Agree and Proceed"

5- Sila cek email yang anda guna untuk mendaftar pada borang tadi & klik link pengesahan yang diberikan.

6- Selepas itu anda sudah boleh login ke dalam akaun anda dan lihat RM1.00 sudah dimasukkan kedalam akaun anda.

7- SELEPAS itu anda hanya perlu kenalkan Program ini kepada orang ramai melalui "link referrel" anda dan terima RM0.20 setiap pendaftaran yang berdafttar pada link referral anda.

8- Anda juga boleh menjana pendapatan dengan klik iklan/ads yang ada setelah login ke dalam akaun anda...( iklan/ads akan disediakan untuk anda selepas pelancaran dibuat tak lama lagi...Sementara itu anda tumpukan dengan mengajak seberapa banyak orang join pada network anda.Cepat bertindak sebab Program ini masih baru & semakin berkembang PESAT!!!

SEMOGA BERJAYA!!!!

http://www.catcheye.com.my/?r=14193

http://www.catcheye.com.my/?r=14193