Thursday, June 6, 2013

Tema 7 : Bab 2 : Soalan target SPM 2013

Terangkan kegiatan Ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India****

F1         Kegiatan perdagangan berkembang pesat
H2a      Melibatkan perdagangan dalaman /antara wilayah kerajaan India
H2b      Perdagangan luar
H2c       Pusat perdagangan di Anga/Kalinga/Karusa
H2d      Menghasilkan emas/gading gajah/senjata/berlian/mutiara
H2e      Menjalin hubugan dagangan dengan Macedonia/Sri Lanka/Asia Tengah/Asia Tenggara
H2f       Pelabuhan antarabangsa di Tamralipti/Ghantashala/Kadura di Timur
H2g      Pelabuhan Broach/Chaul/Kalyan/Cambay di bahagian Barat
F2         Kewujudan persatuan perdagangan/sresthin
H2a      Persatuan tukang kau
H2b      Tukang logam/tukang kulit
H2c       Matlamat persatuan mengawal harga
H2d      Kualiti barangan / gaji pekerja
F3         Penggubalan undang-undang persatuan
H3a      Undang-undang diawasi oleh raja
F3         Pengenalan mata wang sebagai medium jual beli
H3a      Zaman Gupta-Mata awng emas digunakan
H3b      Pelaksanaan dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
F4         Perkembangan perusahaan tekstil/kain kapas /sutera      
H4a      Sutera berpusat di Bengal dan Benares
H4b      Perusahaan barangan emas/mutiara/batu permata
F5         Cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan
H5a      Hasil pertanian dan buah-buahan
H5b      Cukai untuk menyara tentera/pentadbir/raja


Terangkan perkembagaan Pendidikan dalam Tamadun India***


F1         Bermula pada zaman vedik
F2         Mementingkan keagamaan/agama Hindu sebagai teras
F3         Didominasi oleh kaum lelaki
F4         Wanita tidak berpeluang untuk belajar
F5         Pembelajaran kitab-kitab veda
F6         Bahasa sanskrit sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
F7         Menggunakan kaedah hafalan untuk mendalami kitab-kitab veda
F8         Pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha sebagai persediaan selepas mati
F9         Tumpuan pendidikan ialah agama
F10       Mempelajari segala hukum agama untuk kesempurnaan hidup
F11       Pengajaran nilai-nilai murni
F12       Pendidikan tinggi di kolej Brahman
F13       Pendidikan turut diberikan di istana
F14       Universiti agama Budhha (Nalanda) turut diwujudkan
F15       Untuk menjadi Brahmin seseorang harus menghafal pelbagai buku agama (Veda)
F16       Turut mempelajari karya saintifik /falsafah
F17       Meningkatkan ilmu sains
F18       Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan mengatasi buta huruf
F19       Mendapat jawatan dalam kerajaan

Huraikan perkembangan Pendidikan dalam Tamadun Yunani

F1
Pendidikan di Athens untuk melahirkan manusia yang seimbang
H1a
Jasmani dan rohani
H1b
Manusia yang cemerlang mampu memenuhi tuntutan fizikal dan mental
H1c
Manusia yang cemerlang mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan manusia
H1d
Tumpuan pengajaran kepada pendidikan /sukan/muzik/kesusateraan/seni berpidato/membaca/menghafal/menulis
F2
Pendidikan di Sparta bertujuan melahirkan warganegara
H1a
Gagah/sempurna/setia kepada negara
H1b
Tumpuan kepada latihan fizikal
H1c
Kemahiran menggunakan senjata
F3
Perkembangan sekolah falsafah
H3a
Di negara kota Athens/Thebes/Elea/Miletus
H3b
Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani
H3c
Semasa pemerintahan Pericles
H3d
Melahirkan sejarawan Yunani
C3d
Herodotus/Thucydides
H3e
Pemikir dalam bidang sains dan teknologi
C3d
Thales/Anaximander/Heraclitus/Anaxagoras

Huraikan sumbangan tamadun China kepada peradaban manusia sehingga kini.***


F1
Kemajuan dalam pertanian
H1a
Penciptaan batas dalam bidang pertanian
H1b
Tenggala untuk membuat batas
H1c
Kolar kuda untuk menarik tenggala kayu
H1d
Kereta kuda
H1e
Kereta sorong beroda
H1f
Penyisir tanah
H1g
Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
H1h
Pembinaan sistem pengairan untuk mengawal air di kawasan pertanian
H1i
Bukit diteres untuk tujuan pertanian
H1j
Penciptaan alatan pertanian seperti tajak/cangkul
H1k
Penukaran alatan pertanian daripada kayu kepada besi
F2
Jalan Sutera Darat
H2a
Menghubung laluan perdagangan antara India dengan Barat/Rom
F3
 Perusahaan membuat tembikar/logam

F4
Pengenalan tulisan ideogram
H4a
Berdasarkan rekahan tulang oracle menghubung laluan perdagangan antara India dengan Barat/Rom
H4b
Berbentuk simbol dan gambar
H4c
Diajar pada peringkat sekolah rendah
F5
Falsafah Confucianisme/ Taoisme
H5a
Cara hendak melahirkan masyarakat dan poitik yang baik
H5b
Falsafah Legalisme/Hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik masyarakat
H5c
Konsep Yin dan Yang/Unsur saling melengkapi/Yin Kuasa Pasif/Yang kuasa aktif
H5d
Falsafah Feng Shui/ Hubungan antara alam semesta dengan manusia
H5e
Falsafah Perang Tsun Tzu melalui karya the art of war/Taktik dalam urusan perniagaan
F6
Kalendar
H6a
Terdapat 30 hari sebulan/ 360 hari setahuan
H6b
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menuai/menanam
H6a
Menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan/berburu/pengkebumian
F7
Upacara korban
H7a
Menggunakan unsur makanan/duit kertas/barangan perhiasan

Monday, May 20, 2013

Contoh Soalan Kertas 3

Kertas 3 Ting 4
Soalan 1 bulan sebelum peperiksaan

Soalan Sejarah 1249/3
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Tugasan untuk calon
             
                         

TAJUK  8.2 – Kerajaan Islam Di Madinah
( Merujuk tema 11 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 )

Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
  1. Calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku teks,buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
  2. Pada hari peperiksaan, calon hanya dibenarkan membawa masuk  buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah dan risalah sahaja ke dalam dewan / bilik peperiksaan.
  3. Bahan  tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.

 Soalan pada hari peperiksaan

TAJUK 8.2 : Kerajaan Islam Di Madinah

Tema / Tajuk  :  8.2 Bab 5  Ting 4

Soalan :
Huraikan bagaimanakah proses pembentukan negara Madinah oleh nabi Muhammad SAW menjadi contoh kepada proses pembentukan negara bangsa Malaysia yang merdeka ?

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah

Bil
Format
Perincian
Markah  Penuk
1
Pengenalan
1.    Pengenalan

Jelaskan latar belakang pembentukan Piagam Madinah.

5
 markah
2
Isi dan Huraian
2.    Kandungan Piagam Madinah.

Huraikan isi kandungan Piagam Madinah.

30
 markah


3.    Kepentingan Piagam Madinah.

Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan tamadun Islam.

15
markah


4.    Merasionalkan Piagam Madinah dalam konteks menjamin perpaduan kaum.

Bagaimanakah kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam negara kita yang mempunyai  pelbagai kaum.

15
 markah


5.    Manfaat warganegara Malaysia apabila mematuhi perundangan Negara.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, nyatakan manfaat yang diperolehi  warganegara Malaysia apabila mematuhi perundangan negara.
10
 markah


6.    Langkah-langkah bagi melahirkan warganegara yang setia kepada Negara

Sekiranya anda sebagai seorang pemimpin, nyatakan langkah-langkah bagi melahirkan warganegara yang setia kepada Negara.

10
 markah


7.    Penerapan nilai-nilai murni/ ikhtibar / patriotism daripada Perlembagaan Madinah dalam mendaulatkan Perlembagaan Malaysia,

Nyatakan nilai-nilai murni / ikhtibar / patriotisme yang perlu ada pada diri pelajar dalam mendaulatkan Perlembagaan Malaysia.

10
markah
3
Kesimpulan
8.    Rumusan

i.Pengetahuan yang diperoleh
ii.Ikhtibar kepada diri, bangsa dan Negara
iii.Harapan untuk masa depan agar warganegara lebih mematuhi perundangan Negara.

5
markah


Peraturan  pemarkahan Tingkatan 4 Bab 5
Cadangan Soalan Kertas 1249/3
Soalan:
Piagam Madinah merupakan perlembagaan yang menyatukan pelbagai kaum dan tanggungjawab rakyat kepada Negara.
Soalan
Isi  dan Huraian
Markah
1
1.Pengenalan / Jelaskan latar belakang pembentukan Piagam Madinah.

-sebuah perlembagaan bertulis
-berpandu wahyu Allah
-asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
-catat peraturan , tanggungjawab ketua Negara dan masyarakat Islam
-berasaskan persetujuan antara orang Islam dan bukan Islam
-contoh – orang Islam Muhajirin dan Ansar / bukan Islam Yahudi dan suku Arab yang lain.
-kandungan lengkap, menyeluruh dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

5 markah
2
2.Kandungan Piagam Madinah. / Huraikan isi kandungan Piagam Madinah.

-dipersetujui oleh orang islam dan bukan Islam
-ada 47 fasal
-23 fasal – merupakan tanggungjawab orang Islam
-24 fasal – tanggungjawab orang Yahudi terhadap Madinah
-Perlembagaan bertulis pertama di dunia
-mennjdi asas kepada sebuah Negara berdaulat
-terdapat 7 aspek penting
-contoh –politik/ social / ekonomi / pentadbiran / agama / social / perundangan / pertahanan / kedudukan  Yahudi.

a.       Politik
-Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin
-semua masyarakat setuju terima Nabi Muhammad s,a,w sebagai pemimpin
-berperanan sebagai hakim
-menyelesaikan semua masalah yang dihadapi  masyarakat Madinah.
-berasaskan semangat musyawarah & berlandaskan keadilan.

b.      Agama
-bebas memilih agama masing-masing
-setiap individu mesti menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
-sikap buruk sangka dari segi agama dilarang sama sekali
-Nabi Muhammad s.a.w tiidak pernah memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam.
-contoh- Orang yahudi  bebas memeluk ajaran agama mereka.

c.       Sosial
-Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu Ummah
-hidup bersatu-padu, tolong-menolong & bekerjasama tanpa mengira bagsa
-Perasaan benci-membenci & mementingkan diri sendiri dielakkan.

d.      Perundangan
-Undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh.
-peraturan kekeluargaan yang bersesuain dengan Islam boleh diamalkan
-hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah bukan untuk menzalimi tetapi untuk menginsafkan.
-perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah
-agar hukuman dikenekan terhadap mereka yang bersalah dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati
-peraturan dan cara hidup yang diamalkan dapat membentk masyarakat tersusun

e.       Ekonomi
-tiada diskriminasi
-melarang riba
-melarang penindasan

f.       Pertahanan
-mewajibkan masayarakat Madinah mempertahankan Madinah
-sikap bertanggungjawab penting
-untuk menjaga Negara demi kesejahteraan rakyat

g.      Kedudukan Yahudi
-mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai masyarakat Madinah
-mempunyai hak yang  sama dengan masyarakat lain untuk menikmati keselamatan dan kebebasan
-Dibenarkan tinggal di Madinah
-kedudukan mereka terjamin dan selamat selagi mematuhi Piagam Madinah
-tidak dibenar bertindak sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru-hara
-mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalam sesebuah Negara
-perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan



 



30 markah
3
3.Kepentingan Piagam Madinah. / Jelaskan kepentingan Piagam Madinah kepada perkembangan tamadun Islam.
-merupakan model kerajaan Islam yang unggul
-boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan Islam
-perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua golongan
-boleh dipraktikkan dalam sesebuah Negara berbilang bangsa dan agama
-kepintaran Nabi Muhammad menggubal perlembagaan
-dikagumi kerana baginda Berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkapp
-mengandungi peraturan berkaitan dengan dunia dan akhirat
-amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan
-safat bertimbang rasa dan aamalan bersedekah digalakkkan
-sangat mementingkan keadilan, dan ketelusan dalam berniaga
-berasaskan keadilan ini, ekonomi Madinah mula meningkat
-berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah
-hidup bersau padu dan aman
-berasaskan semangat ukhuwah Islamiah
-taraf dan kedudukan rakyat sama rata
-konsep keadilan sosial dipraktikkan
-menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
-tiada lagi persamaan taraf
-semangat perpaduan, bantu membantu, dan rela berkorban boleh dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia hari ini.
-undang-undang yang lengkap dan sempurna
-syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil
-pembentukan satu perundangan yang sesuai dalam sesebuah Negara
-berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
-setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan
-contoh: orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab lain
-ksemua bangsa ada hak dalam Negara madinah dan harus mematuhi peraturan dan cara hidup yang meenjadi panduan masyarakat
-kerjasama daripada semua masyarakat
-Madinah menjadi kuat dan disegani oleh Negara luar
-membolehkan keharmornian dan kesejahteraan masyarakat terus berkekalan

15 markah
4
Kandungan Piagam Madinah boleh dipraktikkan dalam negara kita yang mempunyai  pelbagai kaum.
-perpaduan kaum
-taraf sama rata
-tanggungjawab menjaga keamanan Negara
-keadilan sosial
-perlaksanaan undang-undang yang adil
-jujur dalam perniagaan
-berkerjasama
-mematuhi peraturan
-menjalin hubungan diplomatic
-menghormati agama dan budaya setiap kaum
-sanggup berkorban
-amalan bersedekah
-mengagihkan sumber Negara secara adil
-mengharamkan rasuah
-menjauhi riba
-perlaksanaan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
-meraikan semua perayaan kaum
-semangat ukhuwah Islamiah
-menghormati pusat ibadat semua kaum
-tidak mementingkan diri sendiri
-sistem pendidikan yang seragam
-mana-mana munasabah



15 markah
5
Manfaat warganegara Malaysia apabila mematuhi perundangan Negara.
-dapat mewujudkan warganegara yang setia
-hormat menghormati
-mewujudkan perpaduan kaum
-kehidupan lebih harmorni
-keamanan Negara terjamin
-kejadian jenayah dapat dikurangkan
-pembangunan Negara berjalan lancer
-kegiatan ekonomi berjalan lancer
-pentadbiran Negara berjalan lancer
-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan mudah
-mengekalkan kedaulatan Negara
-mana-mana munasabah
10 markah
6
langkah-langkah bagi melahirkan warganegara yang setia kepada Negara.
-melalui p&p mata pelajaran Sejarah, Sivik dan Kewarganegaraan
-konsep 1Malaysia
-Rukunegara
-Lagu Negaraku
-perundangan Negara
-terapkan semangat cintakan Negara
-bidang sukan
-dasar-dasar Negara
-peranan media massa
-kegiatan kokurikulum
-Program Latihan Khidmat Negara
-kursus kenegaraan
-mana-mana munasabah
10 markah
7
nilai-nilai murni / ikhtibar / patriotisme yang perlu ada pada diri pelajar dalam mendaulatkan Perlembagaan Malaysia.
-hormat-menghormati
-bertolak ansur
-rajin berusaha
-berani
-kerjasama
-tolong menolong
-semangat patriotism
-sanggup berkorban
-cintakan Negara
-berdikari
-kesabaran
-mana-mana munasabah

10 markah
8

Iktibar:

-beberapa cirri Kerajaan Madinah sebenarnya terdapat di negara kita
-keupayaan kita mempraktikkan nilai-nilai yang diamalkan oleh nabi Muhammad dalam Perlembagaan madinah membolehkan keharmornian dan kesejahteraan masyarakat kita terus berkekalan
-amalan seperti semangat perpaduan, bantu-membantu, dan rela berkorban boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.
-diharapkan masa depan Perlembagaan Malaysia dihormati demi melahirkan sebuah Negara yang maju, aman, makmur, dan berdaulat

5 markah