Assalaimualaikum dan salam 1malaysia untuk Semua....Cikgusejarah dah lama dah tak update bahan dalam blog cikgusejarah....Mesti ada yang tertanya-tanya, cikgusejarah memohon maaf....cikgusejarah tengah sibuk sekarang...banyak projek menulis buku dari Longman terpaksa cikgusejarah Siapkan...Sekarang ni cikgu kena siapkan 3 projek sekali gus....esensi sejarah dah siap sepenuhnya....Kertas Model...tinggal bahagian Jawapan sahaja dan Resos Kit buat Soalan ( banyak juga soalan kena buat ) belum mula lagi...
Untuk tidak menghampakan di sini cikgusejarah masukkan tip-tip untuk cemerlang dalam sejarah :
Teknik Menjawab Soalan
1. Kertas 1 (objektif) – 40 markah
- 1 soalan – 1 markah
- Masa – 1 jam
- 1 bab – 2/3 soalan
- Cari jawapan salah dulu
- Pilih satu jawapan sahaja
- Buat ulangkaji / latih tubi berdasarkan topik
- Baca dua kali sebelum menjawab
- Urus masa dengan baik
2. Cara menjawab kertas 2
a) Soalan struktur (40 markah)
- Ada 4 soalan – 10 markah 1 soalan
- Masa 30/40 minit
- Ada pecahan i) ii) iii) iv)
- Baca tokoh / peristiwa / ciri-ciri / konsep/ istilah / faktor / kesan
- Meliputi teks T4/T5
- Jawab dalam bentuk ayat
b) Soalan esei
- Baca dan garis perkataan / kunci kata dalam soalan
- Jawab 3 soalan sahaja (60 markah)
- Bentuk ayat ringkas dan padat
- Beri 1 contoh sahaja dalam isimesti ada huraian
- Panjang jawapan berdasarkan markah soalan
- 1 soalan – 20 markah – guna masa 30 minit sahaja
- Merangkumi teks T4 / T5
- Jika 10 markah tulis 5 isi (1 isi - 2 markah)
- Jika 5 markah tulis 3 isi atau 1 perenggan
- 1 isi tulis dalam satu perenggan
- Tiada pengenalan atau penutup
- Tulis isi dan huraian sahaja
C Cadangan kepada calon / guru mata pelajaran Sejarah
- Beri tumpuan kepada fakta dalam buku teks sebagai rujukan utama
- Memahami konsep Sejarah
- Perbanyakkan latihan / kemukakan banyak soalan setiap bab
- Kuasai teknik menjawab yang tepat
- Buat nota / peta minda
- Buat kumpulan / perbincangan topic
Mata pelajaran sejarah bagi peringkat SPM adalah berbeza dari segi skop dan pengisiannya. Para pelajar atau calon SPM akan menjawab lebih banyak berbanding dengan peringkat PMR. Oleh itu para pelajar haruslah peka pada mata pelajaran sejarah SPM. Sejarah SPM dianggap lebih mudah berbanding dengan subjek lain kerana calon hanya perlu tahu.
Ingat fakta/isi
Faham sebab/kesan/punca peristiwa
Luahkan dalam peperiksaan
Teknik Menjawab
1. Pastikan pelajar cari kata kunci soalan dan gariskan. Ia penting kerana kata kunci soalan adalah tema persoalan yang dikehendaki soalan. Jika pelajar salah mentafsirkan maka akan larilah jawapannya.
2. Pastikan pelajar tahu apa kehendak soalan seperti berikut:
Kunci soalan yang kerapkali digunakan ialah:
o Apakah: Meminta calon menghuraikan/menerangkan sebab-sebab terjadi sesuatu peristiwa/sejarah.
o Mengapakah: Meminta para calon menghuraikan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
o Bagaimanakah: Meminta calon menghuraikan atau menjelaskan cara sesuatu peristiwa yang telah berlaku yang boleh membawa berlaku pula peristiwa yang lain.
o Huraikan: Para calon diminta menerangkan aspek-aspek tentang satu-satu perkara dan beri asalan atau komen.
o Jelaskan, Terangkan, Nyatakan: Meminta calon menerangkan sesuatu peristiwa.
o Kesan: Soalan yang berbentuk sedemikian meminta para calon menerangkan ciri-ciri penting akibat daripada sesuatu peristiwa, meliputi aspek negatif dan positif.
o Rumuskan: Meminta para calon mengemukakan sesuatu yang disoal itu dalam bentuk ringkas/padat. Perkara-perkara yang penting perlu dirumuskan dan diberikan sokongan serta alasan.
o Galurkan: Para calon diminta menyorot satu-satu peristiwa/perkara secara urutan atau turutan kejadian.
o Sebutkan/Senaraikan/Namakan: Meminta para calon mengemukakan nama tokoh/sesuatu perkara dengan tepat dan jelas seperti isi-isi perjanjian, perjuangan tokoh dan beberapa istilah sejarah.
o Faktor-faktor: Meminta para calon menyatakan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau perkara.
o Gambarkan/Analisakan: Soalan ini biasanya disertakan gambar atau rajah atau peta mengenai sesuatu peristiwa. Anda diminta menjawab soalan berkaitan dengan tepat dan jelas. Pelajar perlu memastikan kehendak soalan supaya dapat membezakan antara pernyataan dan soalan.
3. Bijak melakukan teknik menolak bagi jawapan aneka pilihan kerana jawapan bagi bahagian ini hampir-hampir sama antara satu sama lain.
4. Pastikan juga pelajar membuat rangka jawapan supaya isi yang sepatutnya ditulis tidak ketinggalan. Kemudian karangkan isi-isi penting tersebut.
5. Pastikan jawapan bagi soalan esei mengandungi tema berikut:
o (a) Isi
o (b) Huraian
o (c) Bukti/contoh menyokong jawapan.
Contoh:
Buruh India yang datang ke Tanah Melayu bertujuan mencari rezeki yang halal. Mereka datang melalui sistem Kangany. Mereka diarah bekerja di ladang-ladang getah dan membuat jalan raya.
6. Soalan esei Sejarah tidak perlu pengenalan. Jadi terus kepada jawapan.
7. Jawab soalan pendapat berdasarkan fakta Sejarah dan pengetahuan am.
8. Bijak membahagikan masa bagi soalan-soalan pecahan, contohnya pecahan ialah 10 minit setiap satu soalan.
9. Pastikan jawapan pelajar benar-benar mengikut soalan jadi tidak perlu mengulang isi.
10. Pastikan tulisan terang dan jelas untuk dibaca.
11. Gunakan buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka kerana soalan-soalan banyak digubal melalui buku tersebut
No comments:
Post a Comment