Thursday, September 24, 2009

Penentangan Di Sabah

  1. Kehadiran kuasa British untuk mentadbir negeri Sabah juga telah menerima tentangan daripada para pemimpin tempatan
  2. Kuasa British yang mentedbir Sabah pada ketika itu ialah Syarikat Borneo Utara British ( SBUB )
  3. Kebangkitan rakyat tempatan yang paling besar ialah terhadap kompeni Inggeris tersebut datangnya daripada seorang pemimpin di Hulu Sungai Sugut dan Tambunan yang bernama Datu Mohamed Salleh bin Datu Balu ( Mat Salleh
    1. SBUB telah menduduki kawasan kawasan pengaruh Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan perahu.
    2. Pegawai-pegawai syarikat juga telah bertindak kasar kepada penduduk tempatan.
    3. Pada tahun 1897, Mat Salleh telah pergi ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi tidak dilayan.
    4. Gabenor Beaufort telah menyerang dan membakar kampungnya. Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
    5. Pada bulan Julai 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melancarkan serangan ke atas kedudukan SBUB di Pulau Gaya dan memusnahkan bangunan kerajaan.
    6. Pada Disember 1897, British telah menyerang kubu Mat Salleh di Ranau tetapi gagal menangkap Mat SallehKegagalan tersebut telah menyebabkan SBUB menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh iaitu dengan menawarkan Tambunan kepadanya.
      1. SBUB telah mungkir janji dan hal ini telah menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.
      1. Serangan tersebut telah dibalas oleh SBUB yang menyebabkan Mat Salleh tewas dan terkorban dalam serangan tersebut.

No comments: