Thursday, September 24, 2009

Penentangan di Sarawak

1. Tindakan Brooke meluaskan kawasan pentadbirannya dengan mengambil alih beberapa daerah di bawah kuasa Kesultanan Brunei telah mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin tempatan.

2. Mereka enggang menyerahkan daerah tersebut kepada Brooke dan menyebabkan James Brooke menyerang daerah-daerah tersebut.

3. Penentangan dilakukan oleh Linggir, Rentap dan Syarif Masahor.

4. Pada tahun 1849, Linggir pemimpin kaum Iban di Saribas telah menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.

5. Serangan tersebut adalah hasil tindakbalas langkah James Brooke dan kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.

6. Di dalam serangan tersebut Linggir dan pengikutnya telah tewas di dalam pertempuran tersebut.

1. Pada tahun 1853, Rentap atau Libau, salah seorang pemimpin Iban telah menentang James Brooke kerana tindakan Brooke menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap sebagai Lanun.

2. Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang bagi menghalang kezaliman Brooke di kawasan tersebut.

3. Rentap dan pengikutnya berjaya mengusir James Brooke tetapi James Brooke telah bertindak balas dengan membakar kampong mereka.

4. Rentap dan pengikutnya telah ke Bukit Sadok dan mengukuhkan kubu di kawasan tersebut.

5. Pada tahun 1861, Charles Brooke telah menyerang kubu tersebut sebanyak 3 kali barulah berjaya menawan kubu tersebut.

6. Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungai Entabai dan menjadi semakin lemah.

7. Kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan telah membangkitkan penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif Masahor dan datu Patinggi Abdul Gapor.

8. Mereka telah menolak penguasaa James Brooke di Sungai Rajang pada tahun 1857.

Tindakan James Brooke membina sebuah kubu di Kanowit telah mencabar kewibawaan Syarif Masahor sebagai pemerintah di kawasan tersebut. Kemarahan beliau semakin memuncak kerana pada tahun 1855, James Brooke telah melucutkan kuasanya di Sarikei. Serangan tersebut gagal, Syarif Masahor telah melarikan diri ke Brunei tetapi telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura.

Datu Patinggi Abdul Gapor melarikan diri ke Betawi tetapi beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada James Brooke. Syarif Masahor telah menyerang kubu James Brooke di Kanowit. Kemudian Syarif masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching.

No comments: