BAB 1 Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara
SOALAN OBJEKTIF
1 Mengapakah Volksraad ditubuhkan oleh Belanda di Indonesia?
ms 9
A Menerima desakan Sarekat Islam
B Mewujudkan kerjasama parti politik
C Mewujudkan perpaduan rakyat tempatan
D Memberi peluang rakyat mentadbir negara
2. Gerakan nasionalisme yang lebih radikal muncul di IndoChina selepas
kegagalan parti-parti politik sederhana.
Apakah tindak balas Perancis terhadap keadaan tersebut?
ms 11
A Membuang negeri pemimpin komunis
B Mengharamkan parti-parti berhaluan kiri
C Menangkap dan menghukum bunuh pemimpin
D Membenarkan parti politik bercorak sederhana
3. Maklumat berikut merujuk kepada akta yang diperkenalkan oleh British di Burma
Akta Kampung Ulu
Akta Perkampungan
Apakah kesan daripada pengenalan akta di atas ?
ms 11
A Mengurangkan kuasa raja
B Menyingkirkan puak pelampau
C Menghapuskan golongan agama
D Melenyapkan pentadbiran tradisional
4 Apakah perubahan pentadbiran yang diperkenalkan bagi mengekalkan
kemerdekaan di Thailand?
ms 13
I Menghapuskan kuasa golongan mandarin
II Melantik ramai penasihat Barat
III Menubuhkan Dewan Tempatan
IV Memperkenalkan raja berperlembagaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV
5. Antara berikut yang manakah membawa kepada penubuhan Parti Rakyat di Thailand pada tahun 1932?
ms 22
I Perkembangan sistem pendidikan barat
II Kelemahan sistem pentadbiran
III Sikap boros raja Vajiravudh
IV Sistem raja berperlembagaan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
Struktur
| | 1. Pengenalan Sistem Birokrasi Barat telah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan di Asia Tenggara hingga menyebabkan kebangkitan nasionalisme di kalangan mereka. ( ms 8-12 ) | ||
| | a. | I ii | Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara- negara Asia Tenggara? ……………………………………………………………….................................... ………………………………………………………………..................................... (2 markah) |
| | b. | | Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu. |
| | | i. ii | ………………………………………………………………………................................. ………………………………………………………………………………....................... ( 2 markah) |
| | c. | | Nyatakan perubahan-perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia? |
| | | i ii | ………………………………………………………………………................................. ……………………………………………………………………….................................. (2 markah) |
| | d. | i ii | Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British. ………………………………………………………………………….............................. …………………………………………………………………………............................... ( 2 markah) |
| | e. | i ii | Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem encomeinda dibenci oleh Penduduk filipina? ……………………………………………………………………………………………… ................................................................................................................................... [2 markah] |
| | | | [ 10 Markah ] |
| 2 | Thailand tidak dijajah oleh mana-mana kuasa barat. Birokrasi Barat di Thailand diperkenalkan sendiri oleh Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. (ms 13 - 22) (a) Jelaskan tiga tindakan Raja Mongkut dalam usahanya meningkatkan tahap kecekapan pentadbiran Thailand. i. ....………………………………………………………………………………. ii. …………………………………………………………………………………. iii. ................................................................................................................ (3 markah) (b) Nyatakan sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn. i. ………………………………………………………………………………. ii. ………………………………………………………………………………. (2 markah) (c) Apakah kesan pelaksanaan pemodenan sistem pentadbiran di Thailand semasa pentadbiran Raja Chulalongkorn dan Mongkut. i. ……………………………………………….......…………………………… ii. ..………………………………….......………………………………………. (2 markah) (d) Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme di Thailand yang dianggap berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara i. ...……………………………………………………………………………. ii. ………………………………………………………………………………. iii. .............................................................................................................. (3 markah) | ||
| | | | [ 10 Markah ] |
ESEI
1 (a) Bagaimanakah sistem pendidikan boleh dianggap faktor penting kebangkitan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
(10 markah)
(b) Terangkan peranan golongan intelektual dalam menaikkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
(6 markah)
(c ) Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk mengukuhkan semangat nasionalisme di sekolah.
[ 4 markah ]
2 (a) Jelaskan perkembangan media massa dalam mempengaruhi perkembangan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
(8 markah)
(b) Nyatakan pengaruh sistem pengangkutan dan perhubungan yang berkesan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
(7 markah)
(c) Jelaskan bagaimanakah pengaruh luar dapat menaikkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
(5 markah)
PERATURAN PEMARKAHAN
OBJEKTIF
1. D 2. C 3. D 4. D 5. B
STRUKTUR
| | | |||||
| 1 | ( a) | F1 F2 F3 F4 F5 | Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara- negara Asia Tenggara? Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah tanah Jajahan Pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan Pelaksaan pentadbiran melalui biro (jabatan) Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro Pengenalan undang-undang Barat | 1 1 1 1 1 [2M] | ||
| | (b) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 | Nyatakan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu. Menubuhkan Negeri-negeri Selat Memperkenalkan Sistem Penasihat British Memperkenalkan Sistem Residen Sistem Kehakiman Barat Sistem pengutipan cukai Pembahagian negeri kepada beberapa daerah Penubuhan balai polis | 1 1 1 1 1 1 1 [2M] | ||
| | (c) | F1 F2 F3 F4 F5 F6 | Nyatakan perubahan-perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia? Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor General Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan Pengawasan Pegawai Belanda Penubuhan Jabatan Kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan Penubuhan Volksraad | 1 1 1 1 1 1 [2M] | ||
| | d | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 | Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British. Burma mengamalkan sistem beraja di bawah dinasti Konbaung Raja dibantu oleh Majlis Diraja, Dibantu Pegawai Tinggi Kerajaan, Ketua Bandar Pegawai Diraja Pembesar-pembesar tradisional Raja juga penaung kepada sami Buddha | 1 1 1 1 1 1 1 [2M] | ||
| | e | F1 F2 | Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah penduduk Filipina membenci sistem encomeinda? Mengenakan cukai yang tinggi Kerahan tenaga kepada mereka | 1 1 [2M] | ||
| 2 | a | F1 F2 F3 F4 F5 | Jelaskan dua tindakan Raja Mongkut dalam usahanya meningkatkan tahap kecekapan pentadbiran Thailand. Melantik 80 penasihat Barat untuk mengetuai pelbagai jabatan dan Melatih pegawai-pegawai tempatan Penasihat kewangan, pelabuhan serta polis dari Britain Penasihat kastam dari Amerika Syarikat Penasihat ketenteraan dari Perancis | 1 1 1 1 1 [3M] | ||
| | b | F1 F2 F3 F4 | Nyatakan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn. Memperkenalkan Majlis Penasihat Raja Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi Memperkenalkan Kabinet Menteri Juru audit dari Britain dilantik dalam perbendahahraan negara | 1 1 1 1 2M | ||
| | c | F1 F2 F3 | Apakah kesan pelaksanaan pemodenan sistem pentadbiran di Thailand Semasa pentadbiran Raja Chulalongkorn dan Mongkut. Sistem Raja berpelembagaan diperkenalkan pengaruh pembesar tradisional dan institusi raja berkurangan Pemodenan pentadbira dapat mengekalkan kemerdekaan Thailand | 1 1 1 [2M] | ||
| | d | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 | Nyatakan ciri-ciri gerakan nasionalisme di Thailand yang dianggap berbeza dengan negara-negara lain di Asia Tenggara Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat raja Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak Bukan bersifat anti penjajah Kelemahan sistem pentadbiran negara Sikap boros Raja Vajiraudh Tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh Barat Pibhul Songram lulus undang-undang sekat kebebasan / penguasaaan ekonomi orang Cina Sekolah Cina / akhbar Cina dibubarkan Penduduk peribumi digalakkan terlibat dalam ekonomi Jawatan tinggi kerajaan kepada penganut agama Buddha Tukar nama Siam kepada Thai | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [3M] | ||
ESEI
| 1a | 1 (a) Jelaskan bagaimanakah sistem pendidikan boleh dianggap faktor penting kebangkitan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? (12 markah) | |||
| | | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 | Sikap pilih kasih penjajah dalam menyediakan kemudahan pendidikan Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar memberi pendidikan peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar Di Indonesia anak golongan priayi diberikan pendidikan tersendiri / Diasingkan daripada anak orang kebanyakan Sikap pilih kasih Belanda bertujuan memecahkan perpaduan rakyat Indonesia Di Burma,pengenalan pendidikan sekular sekolah mubaligh menjadi ancaman kepada sekolah Buddha Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah Inggeris kemunculan golongan intelek merupakan pencetus gerakan nasionalisme golongan intelek ini berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat Mereka sedar bahawa penjajah tidak mentadbir tanah jajahan sepatutnya seperti mentadbir tanah air sendiri | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak.10 m] |
| 1. | (b) | F1 H1a H1b F2 H2a F3 H3a F4 F5 | Terangkan peranan golongan intelektual dalam menaikkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? Golongan intelek pencetus gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. berpeluang melanjutkan pelajaran ke Barat dan ke Asia Barat mereka terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam Pengalaman di Barat dan Asia Barat menyedarkan mereka bahawa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka Golongan ini memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air Mereka menuntut pembelaan taraf hidup bangsa mereka Akhirnya mereka menuntut penjajah membebaskan negara mereka | 1 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak. 6 m] |
| 1 | c | F1 F2 F3 F4 F5 F6 | Bagaimanakah anda boleh berperanan untuk mengukuhkan semangat nasionalisme di sekolah. Menyertai Persatuan Rukun Negara menghayati sejarah perjuangan para nasionalis negara mempelajari kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri cepat berubah apabila menghadapi cabaran luar Mengutamakan pendidikan sekular dan agama Menghidupkan rasa bangga terhadap keunggulan tamadun negara sendiri (mana-mana yang munasabah) | 1 1 1 1 1 1 [4 markah] |
| 2a | Jelaskan sumbangan media massa dalam mempengaruhi perkembangan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. | |||
| | | F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 | Akhbar dan majalah menyemarakkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara berupaya menyebarkan idea nasionalisme dan menanam perasaan anti penjajah kepada rakyat jelata Di Vietnam, akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee akhbar Di Tanah Melayu, Ikhwan, Warta Malaya dan Majlis adalah akhbar utama Pihak penjajah menganggap akhbar sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah jajahan | 1 1 1 1 1 1 1 1 [Mak.8 m] |
| 2. 2 | | (b) F1 H1a F2 H2a F3 F4 F5 (c ) F1 F2 F3 F4 F5 | Terangkan pengaruh sistem pengangkutan dan perhubungan dalam menbangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Kewujudan perkhidmatan telefon dan telegraf Memudahkan perhubungan di kalangan nasionalis Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya Dapat menghubungkan kawasan yang terpisah Memudahkan rakyat Dan pemimpin bertemu dan Dan membincangkan idea-idea nasionalisme Jelaskan bagaimanakah pengaruh luar dapat menaikkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara? Kejayaan Jepun menewaskan Rusia Jepun menewaskan China Kejayaan ini membuka mata para nasionalis Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil menewaskan negara besar Perjuangan Mahatma Gandhi menjadi inspirasi lepada nasionalis Asia Tenggara | 1 1 1 1 1 1 1 [Mak.7m] 1 1 1 1 1 (Mak.5m) |
No comments:
Post a Comment