Tuesday, June 19, 2012

Tema 7 : Bab 1, 2 dan 3 - SPM 2012

Untuk SPM 2012 Tema 7 : merangkumi bab 1, 2 dan 3

Antara tajuk Popular ialah :

Bab 1 :

PENGERTIAN TAMADUN DAN CIRI TAMADUN AWAL

(a)    Pengertian tamadun menurut pandangan Barat dan Islam

Pandangan Barat

·   Civilization berasal daripada bahasa Greek, Civitas bermaksud Bandar
·   Diertikan juga sebagai peradaban
·   Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutama dalam kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.
·   Menurut Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun sesebuah masyarakat
·   Darcy Riberio dan R.A Buchanan menolak unsur kerohanian sebaliknya hanya menekankan unsure pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun

Pandangan Islam

·   Tamadun berasal daripada bahasa Arab, Mudun dan Madain.
·   Satu lagi, Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar
·   Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah
·   Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur dalam sesebuah masyarakat
·   Sarjana Barat Richard Sullivan mengakui kepentingan unsur kerohanian dalam konsep tamadun

(b)   Tamadun awal yang terbina di lembah sungai

·   Tamadun Mesopotamia
·   Tamadun Mesir Purba
·   Tamadun Indus
·   Tamadun Hwang Ho

(c)    Kelebihan lembah sungai sebagai pusat petempatan awal

·   Kesuburan tanah untuk tujuan pertanian
·   Kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan
·   Kemudahan pengangkutan dan perhubungan

(d)   Ciri Tamadun awal

      i.    Petempatan kekal
·   Kehdupan menetap membawa corak kehidupan lebih sistematik
·   Kawasan dipilih dapat memastikan kelangsungan bekalan makanan
·   Inovasi manusia melahirkan kemajuan bidang pertanian dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang
·   Contoh penciptaan peralatan baru, cangkul dan teknologi pengairan
·   Ia meningkatkan pengeluaran dan membawa lebihan pengeluaran
·   Lebihan dapat menampung pertambahan jumlah penduduk

    ii.    Kehidupan berorganisasi
·  Mengatur cara hidup manusia
·  Memastikan kestabilan dan kemakmuran
·  Peringkat awal, sistem keluarga
·  Pertambahan penduduk  dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa kepada proses pembahagian masyarakat lebih kompleks
·  Berbentuk pyramid
·  Lapisan atas ialah golongan bangsawan, diterajui oleh raja
·  Lapisan kedua, pembesar, terdiri daripada golongan menguasai upacara dan hal ehwal agama, individu dihormati seperti ketua keluarga, ketua kelompok, kumpulan pentadbir dan ilmuan dan artisan
·  Rakyat biasa, jumlah teramai, tunjang ekonomi di bidang pertanian dan perdagangan
·  Hamba ialah lapisan terbawah

   iii.    Sistem pemerintahan
·   Untuk menjalankan pentadbiran
·   Raja menggunakan kuasa magis, mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan untuk mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah
·   Melahirkan sistem perundangan yang menjadi panduan masyarakat dan untuk menjaga keamanan dan kemakmuran

    iv.    Pengkhususan pekerjaan
·   Akibat peningkatan dalam produktiviti manusia
·   Menghasilkan kemakmuran dan kestabilan politik
·   Barangan atau produk dihasilkan melalui kepakaran golongan tertentu
·   Menghasilkan pertukaran barangan/sistem barter/membawa kepada aktiviti perdagangan
·   Aktiviti tukar barang dan perdagangan membawa berlaku pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya

     v.    Agama dan kepercayaan
·   Manusia cuba memahami dan menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling
·   Pokok, batu, matahari dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati
·   Percaya terdapat kuasa ghaib menguasai alam sekeliling/animisme
·   Kemudian bertukar menjadi agama
·   Politeisme ialah kepercayaan kepada banyak tuhan

    vi.    Bahasa dan sistem tulisan
·   Bahasa tertua ialah Yunani dan Sanskrit
·   Contoh tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram
·   Penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan antara masyarakat
·   Penting untuk tujuan urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan
·   Untuk menyampai, memperkembang dan mencatat idea dan pemikiran manusia

(e)   Peranan petempatan kekal dalam proses pembinaan tamadun

·   Memastikan kelangsungan bekalan makanan
·   Melahirkan kemajuan dalam pertanian, iaitu dari segi penanaman dan penyimpanan makanan serta penternakan binatang
·   Menghasilkan penciptaan peralatan baru seperti cangkul
·   Penggunaan teknologi seperti sistem pengairan yang baik
·   Meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran
·   Lebihan makanan menampung pertambahan jumlah penduduk

BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN (PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


(a)    Ciri pemerintahan di Athens sebelum sebelum sistem demokrasi

·   Sebelum pemerintahan demokrasi, Athens mengamalkan sistem beraja
·   Raja dibantu konsul
·   Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama
·   Peranan raja sebagai ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama merosot apabila kuasa konsul semakin kuat

·   Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa amat terhad
·   Pemerintahan dikuasai oleh konsul yang kaya
·   Sistem pemerintahan beberapa orang konsul dinamakan oligarki

·   Daripada kalangan konsul ini lahir pula golongan aristokrat yang kuat
·   Memiliki kuasa besar
·   Dinamakan aristokrasi (golongan bangsawan yang kaya)

·   Akibat tidak puas hati rakyat terhadap pemerintahan aristokrasi, muncul golongan yang menuntut hak dan menyebabkan rampasan kuasa
·   Terbentuk pula pemerintahan tirani (pemerintahan zalim dengan kuasa digunakan sewenang-wenangnya) oleh diktator (pemerintah berkuasa mutlak)
·   Diktator daripada golongan kaya atau tentera
·   Rampasan kuasa disokong oleh rakyat biasa tetapi ditentang oleh golongan aristokrat. Inilah yang melahirkan sistem demokrasi

(b)   Sejarah kemunculan sistem pemerintahan demokrasi di Athens, Yunani

·   Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih rakyat melalui pilihan raya
·   Terdapat beberapa bentuk demokrasi:
·   Demokrasi di Athens berbentuk penyertaan langsung kerana warganegara lelakinya terlibat membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan
·   Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu demokrasi berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini menganggotai Dewan Rakyat

(c)    Ciri pemerintahan demokrasi di Athens

·   Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
·   Warganegara lelaki Athens berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun
·   Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan
·   Setiap ahli dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
·   Segala keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis
·   Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan
·   Dewan berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

(d)   Ciri pemerintahan tentera di Sparta

·   Sistem pertahanan diberi perhatian
·   Anak lelaki dilatih dari awal menjadi askar yang baik
·   Berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal

(e)   Ciri pemerintahan republik dalam tamadun Rom

·   Negara ditadbir oleh wakil dipilih rakyat melalui pilihan raya
·   Diketuai Presiden
·   Pemerintahan di Rom bermula dengan sistem beraja
·   Diperintah secara mutlak oleh raja keturunan Etruscan (bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan)
·   Pemerintahan mereka tidak disenangi masyarakat Latin
·   Masyarakat Latin dipimpin golongan bangsawan (patrician) memberontak dan membentuk sebuah republik

·   Dalam sistem republik, tiada pemerintah berkuasa mutlak
·   Kuasa tertinggi kepada dua orang konsul dilantik oleh Dewan Senat
·   Tujuan dua konsul agar tiada yang lebih berkuasa

·   Konsul dibantu Dewan Senat yang diwakili golongan bangsawan bagi membincangkan hal ehwal negara dan merangka perundangan
·   Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai Konsul, beliau ialah praeotor (pemerintah tentera)
·   Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili semua rakyat Rom
·   Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan
·   Sistem republik berubah bila Rom mencapai taraf empayar
·   Semasa pemerintahan Julius Caesar
·   Beliau meluaskan pengaruh ke Macedonia, Yunani, Sham, Mesir, Perancis, Britain dan beberapa kawasan di Jerman
·   Terbentuknya pentadbiran berpusat, kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluknya
·   Beliau menamatkan sistem republik dan menjadi diktator
·   Beliau menguasai angkatan tentera dan Senat dan menggunakan gelaran Maharaja

·   Augustus meneruskan gelaran maharaja
·   Berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom
·   Keamanannya kekal selama 200 tahun
·   Digelar Pax Romana (Keamanan Rom) yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah

(f)    Ciri pemerintahan beraja dalam Tamadun India

·   Di awal pembentukan, Tamadun India mempunyai dua buah kerajaan, iaitu kerajaan kecil (Janapada) dan kerajaan besar (Mahajanapada)
·   Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja
·   Kerajaan besar diketuai raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magandha

·   Raja mengamalkan kuasa mutlak
·   Kedudukan raja diperkukuhkan dengan pelbagai ritual berasaskan kepercayaan seorang raja adalah suci dan harus dihormati
·   Golongan Brahmin selaku penasihat
·   Diikuti golongan Ksytria yang menjadi pemerintah tertinggi dan golongan yang dominan

·   Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil.
·   Status raja berubah menjadi maharaja
·   Empayarnya meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush
·   Ibu negara ialah Pataliputra

·   Zaman kegemilangan Maurya ialah semasa zaman Asoka
·   Beliau Berjaya menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya Bindusara
·   Berjaya menakluki Kalinga, negeri berpenduduk teramai
·   Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
·   Menjalankan pennaklukan melalui penyebaran agama Buddha bukan ketenteraan
·   Membentuk birokrasi pentadbiran semasa pemerintahannya

(g)    Pelaksanaan sistem birokrasi awam dalam Tamadun China

·   Perluasan kuasa merubah pemerintahan berbentuk feudal kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran pusat
·   Melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin
·   Konsep raja bertukar menjadi maharaja

·   Pemerintahan maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awan yang terdiri daripada pegawai yang dilantik maharaja
·   Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat
·   Perlantikan dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu
·   Pelantikan diasaskan kepada pencapaian dalam peperiksaan awam
·   Sistem ini diwujudkan zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain
·   Tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti

PENINGKATAN TAMADUN (EKONOMI)

TAMADUN YUNANI

·  Hampir semua negara kota member tumpuan kepada aktiviti perdagangan kecuali Sparta.
·  Keadaan muka bumi Yunani yang bergunung-ganang dan sesuai untuk pertanian.
·  Terdapat peningkatan tinggi dalam perdagangan dengan kawasan luar terutama melalui jalan laut.
·  Permulaan, perdagangan berlaku antara kawasan pesisir pantai berhampiran seperti Syria, Mesir dan Phoenecia.
·  Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan akibat kekurangan tanah pertanian.
·  Negara kota Yunani terpaksa mendapatkan bekalan makanan dari selatan dan Laut Hitam.
·  Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari Timur.
·  Kegiatan perdagangan di negara kota dikenakan cukai menyebabkan berlaku kenaikan barang.
·  Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat lain seperti Alexandria.
·  Zaman Graeco-Roman
·      Dikenali sebagai Zaman Hellenistik
·      Merujuk kepada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom

TAMADUN INDIA

(a)    Pusat dagangan dan pelabuhan di India

·   Anga
·   Kalinga
·   Karusa

(b)   Contoh pelabuhan penting

·   Tamralipti
·   Ghantashala
·   Kadura
·   Broach
·   Chual
·   Kalyan
·   Cambay

(c)    Hasil dagangan India

·   Senjata
·   Gading gajah
·   Emas
·   Berlian
·   Mutiara

(d)   Perusahaan di India

·   Pengeluaran tekstil
·   Kain kapas
·   Sutera
·   Barang emas
·   Mutiara
·   Batu permata

(e)   Sresthin

·   Persatuan perdagangan dan perusahaan
·   Wujud di setiap bandar
·   Contoh persatuan itu ialah persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit
·   Matlamatnya mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja
·   Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
·   Pelaksanaan undang-undang telah diawasi oleh raja

(f)    Cukai di India

·   Diperkenalkan sejak zaman Maurya
·   Hasil pertanian dan hasil buah-buahan
·   Untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan raja

(g)    Negara yang menjalankan hubungan dagangan dengan India

·   Antara kerajaan Maurya dengan Macedonia, Sri lanka, Asia Tenggara dan Asia Tengah
·   Sejak 100M, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu

(h)   Kemajuan yang dicapai dalam bidang perdagangan tamadun India

·   Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan di dalam wilayah India dan perdagangan luar seperti Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara
·   Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
·   Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalian dan Cambay
·   Setiap bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan yang dikenali sebagai sresthin
·   Antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit
·   Matlamat Sresthin ialah mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja
·   Raja menggubal undang-undang untuk mengawasi perjalanan persatuan perdagangan
·   Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik dengan menggunakan mata wang sebagai medium jual beli
·   Contoh bentuk mata wang emas dikenali sebagai dinara, wang perak dan wang daripada cengkerang siput
·   Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata
·   Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai hasil perdagangan
·   Seperti cukai hasil pertanian dan buah-buahan
·   Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan raja
·   Perdagangan dengan Alam Melayu berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi
·   Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi

TAMADUN CHINA

(a)    Jenis kegiatan ekonomi zaman Dinasti Shang

·   Kemajuan dalam pertanian
·   Perdagangan dalam negeri
·   Perdagangan maritim
·   Perusahaan
·   Pembentukan persatuan perdagangan

(b)   Sumbangan Tamadun China dalam bidang pertanian

·   Dalam bidang pertanian tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
·   Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah
·   Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
·   Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
·   Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperolehi sumber air dalam pertanian terkawal
·   Kawalan terhadap banjir dengan pembinaan terusan

(c)    Kesan perkembangan perusahaan dalam Tamadun China

·   Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han lagi
·   Perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
·   Hasil dagangan dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang
·   Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan-kawasan tersebut
·   Hasil perusahaan China bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan dalam negeri China sendiri
·   Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar
·   Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu

PENINGKATAN PENDIDIKAN

TAMADUN YUNANI

·   Perkembangan berlaku apabila banyak sekolah falsafah tumbuh dan berkembang di negara kota
·   Seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus
·   Athens juga dikenali sebagai pusat cendikiawan Yunani yang penting semasa zaman Pericles
·   Sekolah ini melahirkan sejarahwan seperti Thucydides dan Herodotus
·   Melahirkan pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxarogas

Athens

·   Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani
·   Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
·   Manusia yang cemerlang sahaja yang dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia
·   Menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal dan menulis

Sparta

·   Matlamat melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya
·   Mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding dengan pendidikan mental

TAMADUN ROM

·   Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia pada Rom
·   Justeru itulah Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberi kesejahteraan hidup pada masyarakatnya
·   Peringkat awal perkembangan ilmu pengetahuan, Rom banyak menyerap unsur dari Yunani
·   Pusat pendidikan dan ilmu berkembang pesat di bandar-bandar seluruh empayar Rom
·   Pusat pendidikan melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
·   Melahirkan juga ahli falsafah dan sejarahwan yang menulis tentang kegemilangan Rom

TAMADUN INDIA

(a)    Ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik

·   Mementingkan keagamaan
·   Agama Hindu sebagai teras
·   Didominasi oleh kaum lelaki
·   Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan
·   Tumpuan kepada pembelajaran kitab-kitab veda
·   Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
·   Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab veda
·   Pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha
·   Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan rumah
·   Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
·   Lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda

(b)   Tujuan pendidikan

·   Untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
·   Segala hukuman agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama
·   Untuk mencapai taraf Brahmin yang berpendidikan
·   Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
·   Pendidikan bertujuan menambah ilmu
·   Bertujuan mengatasi buta huruf
·   Pendidikan juga untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

(c)    Aspek penekanan dalam pendidikan

·   Mementingkan keagamaan dan agama Hindu
·   Pendidikannya memberi tumpuan pembelajaran kitab-kitab veda
·   Seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya veda yang mengandungi peraturan ritual, mentera dan lagu-lagu agama
·   Mereka juga harus belajar karya saintifik dan falsafah

TAMADUN CHINA

·  Masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan
·  Matlamat utama pendidikan ialah lulus peperiksaan awam kerajaan
·  Terdapat 3 tahap pendidikan, iaitu;
·   sekolah rendah
·   menengah
·   tinggi
·  Peringkat sekolah rendah menumpukan kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan Sembilan buku suci tanpa memahami maknanya
·  Peringkat menengah, menumpukan kepada karangan dan kesusasteraan
·  Peringkat tinggi, menterjemah buku suci

·  Sistem peperiksaan awam
·   Sistem peperiksaan tertua di dunia
·   Dikendali dengan ketat
·   Meniru akan dihukum mati
·   Pemeriksa dikurung untuk memastikan tidak berlaku penipuan
·   Calon peperiksaan di tempatkan dalam bilik khas, disediakan makanan dan dikurung 3 hari untuk menulis jawapan
·   Mengandungi 3 tahap
·   Hsiu Tai (pertama)
·   Chun-Jen (kedua)
·   Chin Shih (ketiga)
·   Tahap pertama setaraf ijazah sarjana muda
·   Tahap kedua setaraf sarjana
·   Tahap ketiga setaraf doctor falsafah
·   Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar di hadapan maharaja
·   Lulusan tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
·   Lulusan ijazah ketiga berpeluang menjadi pendidik
·   Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
·   Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali




SOALAN STRUKTUR

SOALAN 1
a)    Namakan sebuah negara kota yang paling menonjol di Yunani.
      i.   Athens
    ii.   Sparta
    iii.   Corinth

b)    Berikan dua ciri polis dalam tamadun Yunani.
      i.    Institusi politik yang merdeka
    ii.    Jumlah penduduknya kecil (Athens mempunyai 40,000 orang penduduk)
   iii.    Terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar
    iv.    Mengandungi sebuah kota
     v.    Kawasan pertanian di luar kota
    vi.    Di dalam polis terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
  vii.    Mempunyai acropolis (kawasan tertinggi yang menempatkan bangunan kerajaan dan keagamaan
  viii.    Mempunyai agora (tempat pertemuan/ mesyuarat rakyat / pusat ekonomi)

c)    Nyatakan  bentuk sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sebelum sistem pemerintahan demokrasi di perkenalkan.
      i.    Monarki
    ii.    Oligarki
   iii.    Aristokrasi
    iv.    Diktator / tirani

d)    Apakah sumbangan tamadun Yunani kepada peradaban dunia hari ini ?
     i.    Sistem pemerintahan berbentuk Demokrasi
    ii.    Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik
  iii.    Rakyat membentuk kerajaan rakyat
   iv.    Lahir tokoh ilmuan seperti Pythagoras, Hippocrates, Archimedes dan Ptolemy
    v.    Lahir ahli falsafah terkenal iaituHeredotus, Socrates, Aristotle dan Plato
   vi.    Lahir Sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus
  vii.    Lahir pemikir sains dan teknologi seperti Thales, Anaximander, Heraclitus dan Anaxogaras
viii.    Tumbuh banyak sekolah falsafah
   ix.    Perkembangan dalam bidang pendidikan yang seimbangkan Rohani dan Jasmani
    x.    Pengenalan sukan Olimpik

e)    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah pemerintahan  sistem Demokrasi diamalkan di negara kita ?
      i.    Kerajaan ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat
    ii.    Rakyat menjadi wakil dalam pentadbiran
   iii.    Pemerintah dipilih melalui undian / pilihan raya
    iv.    Rakyat terlibat dalam membentuk kerajaan
     v.    Wakil rakyat menganggotai Dewan Rakyat /parlimen
       vi.     Mana-mana yang munasabah

SOALAN 2
a)    Apakah bentuk pemerintahan yang dijalankan di Yunani sebelum wujudnya sistem pemerintahan demokrasi?
[2 markah]
b)    Nyatakan dua ciri demokrasi di Yunani.
[2 markah]
c)    Bagaimanakah sistem pemerintahan bercorak republik diamalkan di Rom?
[2 markah]
d)    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri sistem pemerintahan beraja dalam tamadun India?
[2 markah]
e)    Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai sistem pemerintahan yang teratur?
[2 markah]

SOALAN ESEI

a)    Terangkan sejarah sistem pemerintahan yang diamalkan di Yunani sehingga membawa kepada kemunculan sistem demokrasi.
[8 markah]
b)    Dewan Perhimpunan memainkan peranan penting dalam amalan demokrasi di Yunani. Jelaskan ciri dewan tersebut.
[6 markah]
c)    Pada pendapat anda, apakah kelebihan amalan sistem pemerintahan bercorak demokrasi?
[6 markah]
































SOALAN-SOALAN

SOALAN STRUKTUR

1.     Aktiviti perdagangan tamadun India mengalami perkembangan yang sangat pesat pada abad ketiga sebelum Masihi .

a)     Nyatakan dua jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat  dalaman tamadun India pada masa itu.

      i.    Senjata
    ii.    Gading gajah
   iii.    Emas
    iv.    Berlian
     v.    mutiara

b)    Senaraikan negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan dengan tamadun India.

      i.    Macedonia
    ii.    Sri Lanka
   iii.    Asia Tengah
    iv.    Asia Tenggara
     v.    China

c)     Mengapakah ekonomi Tamadun India  berkembang dengan pesat pada abad ketiga SM?

      i.    Perdagangan dalaman di wilayah India
    ii.    Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China
   iii.    Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti
    iv.    Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam.
     v.    Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit
    vi.    Persatuan mengawal harga barangan
  vii.    Persatuan mengawal kualiti barangan
 viii.    Persatuan mengawal gaji pekerja
    ix.    Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
     x.    Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
    xi.    Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
  xii.    Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
 xiii.    Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera
  xiv.    Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara.
   xv.    Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan
  xvi.    Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka

d)    Berdasarkan pengetahuan sejarah anda bagaimanakah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara kita

      i.    Bersikap inovatif
    ii.    Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada
   iii.    Mewujudkan sebuah negara aman
    iv.    Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil
     v.    Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik
    vi.    Menjadi pemerintah yang berwibawa
  vii.    Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau
  viii.    Mana-mana munasabah

Soalan 2

a)     Apakah punca yang menyebabkan semua negara kota di Yunani memberikan tumpuan terhadap kegiatan perdagangan?

b)    Nyatakan faktor yang mendorong kepesatan bidang perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 SM.

c)     Berikan dua kemajuan dalam bidang pertanian yang dicapai oleh masyarakat tamadun China.

d)    Mengapakah aktiviti perdagangan mengalami peningkatan yang pesat pada zaman Dinasti Han di China?

e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan kegiatan perdagangan antarabangsa kepada negara kita?

SOALAN ESEI

1.     Terangkan kemajuan kegiatan ekonomi dalam Tamadun India?

·   Perdagangan antara kawasan-kawasan dalam wilayah India di Anga, Kalinga dan Karusa
·   Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
·   Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara
·   Pelabuhan penting seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay
·   Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan (sresthin) di setiap bandar seperti persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit
·   Matlamat persatuan untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
·   Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
·   Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja
·   Mata wang diguna sebagai medium jual beli
·   Di zaman Gupta, mata wang emas digunakan
·   Telah melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
·   Pengeluaran tekstil, kain kapas dan sutera
·   Perusahaan sutera berpusat di Bengal dan Benares
·   Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata
·   Cukai dikenakan terhadap hasil pertanian dan buah-buahan
·   Cukai untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan raja
·   Perdagangan Maritim India dengan Alam Melayu
·   Untuk mendapatkan rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi
·   Tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China

SOALAN-SOALAN

SOALAN STRUKTUR

Soalan 1

a)     Apakah yang anda faham tentang falsafah pendidikan Athens di Yunani?

b)    Berikan dua kesan yang berlaku di Rom hasil daripada pendidikannya yang menekankan ilmu praktikal.

c)     Nyatakan ciri pendidikan agama dalam tamadun India pada Zaman Vedik.

d)    Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam pendidikan Tamadun China pada peringkat:
      i.    Peringkat rendah
     ii.    Peringkat menengah

e)    Berdasarkan pengetahuan anda, apakah matlamat pendidikan dalam sesebuah tamadun?

SOALAN ESEI

Soalan 1

Jelaskan perkembangan pendidikan dalam tamadun India.

·         Mementingkan pendidikan agama
·         Pendidikan berteraskan agama Hindu
·         Mempelajari kitab Veda
·         Pendidikan didominasi oleh kaum lelaki
·         Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan
·         Menggunakan bahasa Sanskrit
·         Menggunakan kaedah hafalan
·         Menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
·         Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman
·         Sebelumnya di istana dan rumah
·         Lahir Universiti agama Buddha iaitu Nalanda
·         Mempelajari karya saintifik dan falsafah
·         Pendidikan meningkatkan ilmu sains
·         Bertujuan menambahkan ilmu
·         Mengatasi buta huruf
·         Selain untuk mendapat jawatan dalam pentadbiran

Soalan 2

Pada pandangan anda, mengapakah negara perlu memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan?

·         Meningkatkan ilmu pengetahuan
·         Menaikkan imej negara
·         Melahirkan masyarakat berilmu
·         Memajukan negara
·         Meningkatkan ekonomi negara
·         Mana-mana yang munasabah

Soalan 3

a)     Jelaskan tentang falsafah pendidikan Athens dan falsafah pendidikan Sparta dalam Tamadun Yunani.

b)    Pendidikan dalam tamadun China bertujuan untuk lulus peperiksaan awam. Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam tersebut.

c)     Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama dilaksanakan dalam tamadun India pada zaman Vedik?





























BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA



1
PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA
SOALAN-SOALAN

a)  Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal

·   Dibawa oleh golongan ksytria (tentera penakluk) dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara
·   Dibawa oleh golongan pedagang (vaisya)
·   Dibawa oleh golongan Brahmin (pendeta)
·   Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang disesuaikan dengan budaya tempatan

b)  Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal

·   Sistem beraja dengan penggunaan gelaran raja sebagai pemerintah
·   Raja berada di puncak pemerintahan
·   Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar dan Brahmin
·   Raja bekuasa mutlak dalam pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
·   Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
·   Sesiapa yang melanggar perintah raja bermakna menderhaka dan tidak akan diampunkan
·   Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
·   Raja merupakan bayangan tuhan dan lahir konsep dewa raja
·   Raja mempunyai kesaktian melalui mitos dan lagenda untuk memperkuat kedudukan
·   Untuk memperkukuhkan kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat pertabalan raja yang dipimpin oleh golongan Brahmin
·   Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan orde kosmos iaitu konsep alam semesta

c)  Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesenian

i.      Maksud monumen

·   Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau peristiwa penting
·   Monumen boleh berupa candi / kuil / wat / stupa / arca / patung

ii.    Kepentingan / fungsi / tujuan / candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

·   Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
·   Sebagai rumah ibadat
·   Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
·   Tempat menyimpan patung dewa utama
·   Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya
·   Melambangkan orde kosmos, contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

iii.   Contoh candi terkenal di Asia Tenggara

·   Candi Dieng di Jawa Tengah, Indonesia
·   Candi Borobudur di Jawa Tengah, Indonesia
·   Candi Prambanan di Jawa Tengah, Indonesia
·   Candi Angkor Wat di Kemboja
·   Candi Chaiya dan Yarang di Thailand
·   Candi Lembah Bujang di Kedah

iv.    Patung agama

·   Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha
·   Patung Dewa Vishnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Buddha
·   Patung Drawapala dan Nabdiswara menjaga candi daripada dimasuki roh jahat
·   Melambangkan zaman penciptanya
·   Melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Palava, Pala atau Cola
·   Menunjukkan adunan dua tamadun iaitu India dan Asia Tenggara
·   Gaya India bergantung pada masa patung itu dibuat. Sekiranya dibuat antara abad ketiga hingga kelima Masihi, terdapatlah pengaruh Amaravati
·   Sekiranya dicipta abad kelima masihi hingga abad ketujuh masihi mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta

v.     Angkor Wat

·   Dibina untuk agama Hindu
·   terletak 6 km ke utara Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
·   Tinggi 213 meter dan keluasan kawasannya 208 hektar
·   Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat
·   Setiap sudut mempunyai menara
·   Bahagian luar terdapat tembok
·   Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata

vi.    Candi Borobudur

·   Mewakili agama Buddha
·   Terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan tiga tahap kehidupan iaitu sila, Samadhi dan panna
·   Setiap tingkat mempunyai patung stupa dan patung Buddha
·   Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
·   Dibina selama 75 tahun

d)  Kepentingan Bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal Asia Tenggara

·   Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
·   Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang
·   Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
·   Batu bersurat Sungai Mas berkaitan dengan ajaran Buddha
·   Inskripsi di Palembang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja
·   Batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat
·   Bahasa keagamaan
·   Bahasa yang digunakan dalam urusan pemerintahan
·   Mengalami penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa Melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf
·   Berkembang menjadi bahasa ilmu
·   Bahasa komunikasi
·   Memperkayakan bidang kesusasteraan seperti epik / puisi / prosa jawa / penceritaan lisan dan teater

e)  Pengaruh Hindu dan Buddha dalam kesusasteraan

·   Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabhrata dan Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik di Asia Tenggara
·   Pengaruh kesusasteraan India dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakartaagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarma
·   Cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabhrata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
·   Epik Mahabharata melahirkan naskhah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba
·   Hikayat Ramayana melahirkan Hikayat Seri Rama

Soalan 1

Antara warisan kesenian tinggalan kerajaan awal Asia Tenggara ialah monument dan batu bersurat.

a)   Apakah maksud monumen?

      i.    Binaan/bangunan yang diperbuat daripada batu
    ii.    Dibina untuk memperingati orang ternama/peristiwa penting
    iii.    Berupa candi/kuil/wat/stupa/arca dan patung

b)  Namakan sebuah candi yang terdapat di Asia Tenggara.

      i.    Candi Dieng
    ii.    Candi Borobudur
   iii.    Angkor Wat
    iv.    Candi Prambanan
     v.    Candi di Chaiya
    vi.    Candi di Yarang
   vii.    Candi di Lembah Bujang

c)   Nyatakan dua fungsi candi dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

      i.    Merupakan monumen keagamaan agama Hindu dan Buddha
    ii.    Berperanan sebagai rumah ibadat
   iii.    Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
    iv.    Tempat menyimpan patung dewa utama
     v.    Lambang keagungan pemerintah/kehebatan seni binanya
    vi.    Lambang orde kosmos

d)  Berikan dua kegunaan batu bersurat dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

      i.    Mencatat keturunan raja
    ii.    Mencatat maklumat berkaitan agama
   iii.    Mencatat perkara berkaitan pemerintahan
    iv.    Mencatat amaran raja kepada rakyat
     v.    Menulis maklumat undang-undang

e)  Pada pandangan anda, apakah usaha yang dilakukan untuk memelihara monumen yang terdapat di negara kita.

     i.    Mewartakan monumen sebagai khazanah negara
    ii.    Memastikan monumen diselenggara selalu
   iii.    Menjalankan usaha-usaha pemulihan terhadap monumen
   iv.    Menjadikan monumen tarikan pelancong
     v.    Melancarkan kempen kesedaran pentingnya memelihara warisan bangsa
   vi.    Mana-mana yang munasabah

SOALAN 2

a)   Apakah kegunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara?
b)  Berikan dua perkataan Melayu yang diubahsuaikan daripada bahasa Sanskrit.
c)   Nyatakan pengaruh Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan di Asia Tenggara.
d)  Pada pandangan anda, mengapakah karya kesusasteraan penting dalam sesebuah masyarakat?

SOALAN ESEI

SOALAN 1

a)   Jelaskan proses penyebaran agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara

      i.    Dibawa oleh golongan Ksytria
    ii.    Disebar melalui golongan penakluk dari India yang membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
   iii.    Dibawa oleh pedagang/vaisya
    iv.    Penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
     v.    Dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
    vi.    Perdagangan dua hala dengan Asia Tenggara

b)  Terangkan lima pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.

      i.    Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
    ii.    Dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
   iii.    Bermulanya gelaran raja untuk ketua kerajaan
    iv.    Raja berada di puncak pemerintahan
     v.    Di bawahnya terdapat kerabat diraja
    vi.    Selepas itu pembesar iaitu Brahmin
  vii.    Diikuti dengan rakyat
 viii.    Hamba golongan paling bawah
    ix.    Raja berkuasa mutlak
     x.    Dalam pentadbiran/hubungan luar/ketenteraan
    xi.    Perintah raja menjadi undang-undang
  xii.    Sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka/tidak diampunkan
 xiii.    Raja dikehendaki adil terhadap golongan diperintah
  xiv.    Raja sebagai bayangan tuhan
   xv.    Rakyat takut menderhaka
  xvi.    Lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
xvii.    Dipercayai memiliki kesaktian
xviii.    Lahir unsur mitos dan lagenda asal usul raja
  xix.    Bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
   xx.    Wujud adat istiadat pertabalan raja
  xxi.    Bertujuan mengukuh kedaulatan raja
xxii.    Upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
xxiii.    Dapat membezakan kedudukan raja daripada rakyat
xxiv.    Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
 xxv.    Bertujuan menjadikan raja terulung
xxvi.    Mendirikan kompleks kota
xxvii.    Lambang konsep alam semesta/orde kosmos
xxviii.    Terdapat gelaran Hindu-Buddha
xxix.    Seperti yuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
 xxx.    Di bawah anak raja terdapat parvanda/senapati sebagai ketua pentadbiran pusat

c)   Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kepentingan bahasa Sanskrit kepada masyarakat Asia Tenggara?

      i.    Untuk merekodkan ilmu pengetahuan
    ii.    Meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
   iii.    Batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
    iv.    Tentang agama/Batu Bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
     v.    Pemerintahan beraja/Batu Bersurat Kutei menjelaskan keturunan raja dan undang-undang
    vi.    Memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat, contohnya inskripsi di Palembang
  vii.    Menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat dalam batu bersurat di Lembah Bujang
 viii.    Bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama
    ix.    Bacaan mentera/upacara keagamaan
     x.    Perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa/duka/derhaka/manusia/pahala/rupa/sengsara
    xi.    Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
  xii.    Pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabhrata serta Purinas
 xiii.    Pengaruh dalam puisi dan prosa jawa seperti Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
  xiv.    Penceritaan lisan dan wayang kulit
   xv.    Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama
  xvi.    Untuk menulis di batu bersurat/candi/monumen

SOALAN 2

a)   Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar ke Asia Tenggara?
b)  Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
c)   Pada pendapat anda, mengapakah sistem pemerintahan perlu disesuaikan dengan keadaan setempat?

SOALAN 3

a)   Binaan Angkor Wat banyak dipengaruhi oleh agama Hindu. Nyatakan ciri binaan Angkor Wat.
b)  Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borobudur.
c)   Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen?






******* Nota Sumbangan Cikgu Hisyam SMK. Kemumin 

No comments: