Wednesday, September 26, 2018

Target SPM 2018 - Bab 3- Pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara


1         Pengaruh Hindu dan Buddha berkembang di Asia Tenggara dan telah meninggalkan kesan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

(a)    Bagaimanakah pengaruh Hindu-Buddha di bawa ke Asia Tenggara?
              F1          Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan
  F2          Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara.
  F3          Disebarkan oleh golongan Brahmin (Pendeta) yang menerapkannya dalam
     pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan.
  F4          Disebar oleh pedagang Asia Tenggara yang berdagang ke India
  F5          Mereka mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya
    tempatan
  F6          Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha dan menjadi
    ikutan rakyat.

 ( 3 Markah )
( b )  Senaraikan Dua golongan pentadbir yang mentadbir kerajaan Srivijaya?
F1          Datu
F2          Senapati
F3          Pratisara
F4           Kumaramatya


 ( 2 Markah )

( c ) Mengapakah raja kerajaan awal di Asia Tenggara di anggap sebagai Dewaraja?

F1          Mengikut konsep ini raja dikatakan mempunyai kuasa kesaktian
F2          lahirnya unsure mitos dan lagenda tentang asal usul raja
F3          bagi menguatkan kedudukan dan status raja sebagai pemeritah.
 ( 3 Markah )
( d ) Apakah pengaruh  Hindu-Buddha yang dilihat dan diamalkan oleh masyarakat melayu
 pada hari ini?

F1   Adat Melenggang perut
F2   Adat perkahwinan orang melayu seperti merisik, bertunang dan bersanding
F3   Adat kematian seperti bina hiasan dikubur, berkabung selama 40 hari
F4   Istiadat pertabalan raja atau sultan seperti bedilan meriam 9 das
( 2 Markah )

No comments: