Wednesday, October 16, 2019

Target SPM Bab 1 : Tamadun Indus

(a)












( b ) 
Mengapakah penduduk dalam tamadun Indus mampu membina bandar terancang?

      Penduduk tamadun indus mampu membina bandar terancang kerana menguasai ilmu matematik dan geometri.
     Mereka juga menguasai ilmu seni bina yang sangat tinggi.
      Penduduk indus juga mempunyai kemahiran dalam membina batu bata daripada lumpur sungai indus dan meningkatkan teknologi dengan membakar tanah liat di dalam suhu yang sangat tinggi.
      Mereka juga mempunyai sifat terbuka dengan memanfaatkan ilmu tamadun lain dan meningkatkan  lagi ilmu tersebut mengikut acuan mereka sendiri.


    
Ciri ciri bandar Indus atau keunikan bandar indus

Keunikan bandar Indus adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama merupakan pusat pentadbiran dan bahagian kedua merupakan tempat tinggal rakyat.

     Setiap bangunan di dalam tamdun indus adalah berbentuk segi empat tepat.
     Antara bangunan tersebut ia dipisah oleh sistm rangkaian jalanraya yang lurus sebagai alat perhubungan rakyat.
     Setiap bandar di dalam tamadun Indus mempunyai tembok yang dapat dijadikan sebagai kubu pertahanan bagi mempertahakan negara dari dikuasai oleh kuasa luar.
     Bandar indus juga unik kerana ia mempunyai sistem kumbahan yang terancang dan setiap rumah mempunyai bilik mandi dan tandas.
     Air kumbahan disalir keluar ke longkang dan mengalir terus di bawah jalan.
Bandar indus juga dihubungi oleh sungai sebagai jalan perhubungan.


( c ) Kepentingan bandar terancang

     Kepentingan bandar terancang ialah mewujudkan sebuah bandar yang memupnyai susun atur yang sistematik dan kondusif serta mesra rakyat.
     Ia juga akan dapat menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, bangunan pentadbiran dan pusat kemudahan rakyat.
     Bandar yang terancang akan boleh menghalang daripada berlakunya banjir besar di sesebuah bandar bandar terancang pasti mempunyai sistem pebentungan yang dapat mengelakkan banjir
     Ia juga boleh mengelakkan daripada kesesakan lalulintas di bandar kerana bandar tersebut telah dirancang terlebih dahulu.
     Ia juga dapat membantu rakyat memajukan ekonomi penduduk  dan menggalakkan interaksi sosial di antara semua penduduk di bandar tersebut.

No comments: