Wednesday, October 16, 2019

Target spm sejarah 2019 : Tamadun Mesir Purba


Apakah keistimewaan  masyarakat Mesir Purba yang menyumbang kepada kemunculan Mesir sebagai pusat tamadun awal dunia.

Keistimewaan masyarakat  Mesir yang menyumbang kepada kemunculannya sebagai sebuah pusat tamadaun awal dunia ialah ia  dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean.
Sungai Nil berpunca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.
Selain itu,  Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar kawasan gersang kepada dataran lanar yang subur.
Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian dan petempatan manusia.
Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai Nil, sudah pasti tidak wujud tamadun Mesir.
Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti penduduk untuk menetap di situ.
Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan.
Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman pertanian.
Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir.
Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan tamadun Mesir.
5  ( b ) Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang
     kekal hinga ke hari ini? (6m)
Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada masyarakat dunia yang kekal hinga ke hari ini ialah dalam bidang pendidikan atau ilmu pengetahuan iaitu pendidikan di Mesir purba diuruskan oleh rumah ibadat , ia mengajar ilmu geometri matematik dan sains.
Sumbangan yang kedua mesir Purba ialah dalam bidang seni bina iaitu membina piramid dengan menggunakan batu bata atas ilham Imhotep seorang tokoh saintis Mesir
                      Sumbangan tamadun Mesir Purba yang seterusnya ialah dalam bidang pengairan iaitu menukar kawasan padang pasir kepada tanah pertanian oleh Firaun Hatsheput dan juga pembinaan tembok pengairan oleh Firaun Senuusret.III sepanjang 123 KM.

No comments: