Soalan :Campur tangan British secara langsung di Negeri-Negeri Melayu bermula pada tahun 1874 dengan pengenalan Sistem Residen di negeri Perak. Sistem ini telah mengakibatkan berlakunya penentangan oleh pembesar-pembesar tempatan di negeri ini.
3(a) Namakan dua orang tokoh yang terlibat menentang British.
Dato’ Maharaja Lela/ Pandak Limo
-Sultan Abdullah
-Sultan Ismail
-Ngah Ibrahim
-Syahbandar
-Laksamana
-Seputum
-Pandak Lam
-Dato’ Sagor
-Pandak Indut
(b) Nyatakan tiga sebab mereka melakukan penentangan tersebut.
-residen mungkir fungsinya sebagai penasihat
-pembesar menolak sistem cukai
-hak pembesar kutip cukai terhapus
-pembesar tolak pengusaan British di kawasan mereka
-British campur tangan dalam adat resam/hal ehwal tempatan
-Birch tidak hormat sistem sosial tempatan
-Birch tidak tahu berbahasa Melayu
(c) Jelaskan tindakan yang dilakukan oleh pembesar dan penduduk tempatan untuk menentang British.
-bantahan terbuka terhadap campur tangan British
-Dato’ Maharaja Lela membina kubu/bina kubu di Pasir Salak
-mesyuarat pembesar-pembesar di Durian Sebatang
-mesyuarat pembesar dan sultan di Belanja
-Dato’ Maharaja Lela bersetuju/ sanggup membunuh Birch
-penduduk tempatan membunuh orang suruhan British di Pasir Salak
-Birch dibunuh oleh pembesar atas arahan Dato’ Maharaja Lela
(d) Pada pengetahuan sejarah anda, apakah nilai yang perlu dimiliki bagi menjamin kejayaan dalam sesebuah perjuangan?
-semangat yang tinggi
-sanggup berkorban
-saling bekerjasama/tolong menolong
-sentiasa berdisiplin
-gigih/cekal/tidak mudah putus asa
-berilmu pengetahuan
-kuasai teknologi
-mempunyai kemahiran
-mempunyai perancangan/strategi
-bijaksana
-berani
(Terima mana-mana jawapan munasabah)
No comments:
Post a Comment