Wednesday, October 22, 2008

Soalan Esei Percubaan SPM Johor

BAHAGIAN B

[60 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.



5.Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan. Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. membawa kegemilangan kepada masyarakat Arab dan Agama Islam.

(a)Huraikan corak kehidupan sosial yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah.
[8 markah]

(b)Nyatakan lapan sifat keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
[8 markah]

(c)Orang Arab Quraisy telah melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.
Jelaskan empat bukti yang menyokong pernyataan di atas.
[4 markah]

6. Penjajahan British di Tanah Melayu membawa kesan dalam aspek pembangunan fizikal dan sosial.

(a)Nyatakan enam kesan sosial akibat penggunaan buruh asing oleh British di Tanah Melayu.
[6 markah]

(b)Huraikan faktor-faktor perkembangan bandar-bandar baru awal abad ke-20 di Tanah Melayu
[6 markah]

(c)Terangkan perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada akhir kurun ke-19.
[8 markah]

7. Gerakan nasionalisme dalam kalangan pemimpin tempatan telah berlaku pada awal kedatangan British ke negara kita.

(a)Jelaskan peristiwa penentangan terhadap British oleh tokoh-tokoh di bawah:

(i)Penghulu Dol Said di Naning [3 markah]

(ii)Rentap di Sarawak [3 markah]

(iii)Tok Janggut di Kelantan [3 markah]

(b)Terangkan bagaimanakah pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu?
[7 markah]

(c)Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah cara anda menanamkan semangat nasionalisme terhadap rakyat jelata?
[4 markah]

8Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting sebagai simbol persetujuan British untuk memberi kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

(a)Terangkan empat usaha Pakatan Murni ke arah kemerdekaan Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.
[8 markah]

(b) Nyatakan lapan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
[8 markah]

(c) Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
[4 markah]

9(a)Terangkan lima faktor yang membawa kepada berlakunya Perang Dunia Pertama.
[10 markah]

(b)Jelaskan enam kesan Perang Dunia Pertama dari segi ekonomi.
[6 markah]

(c)Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah?

(i) Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information
and Communication Technology (ICT) [2 markah]

(ii)K-masyarakat [2 markah]

No comments: