Sunday, October 26, 2008

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

8 (a) Jelaskan kandungan Akta Pelajaran 1961 yang pernah menjadi Dasar
Pendidikan Kebangsaan negara kita. [9 markah]



Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kebangsaan/ tanpa mengira keturunan/ agama
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam Laporan Rahman Talib
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan pebuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan
Semua syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961
Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan pada tahun 1965
Sistem ini bertujuan menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
Sistem ini menyediakan pelajaran pada peringkat rendah sehingga berumur 15 tahun
Sistem ini memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir/persediaan pasaran kerja
Kursus kemahiran pilihan yang diajar ialah perdagangan/ sains rumah tangga/seni perusahaan/ sains pertanian
Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.

(b) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk melahirkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. [5 markah]

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971
Dasar digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk /mengekalkan identiti negara Malaysia
Menetapkan objektif untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
Menetapkan objektif untuk memupuk/memelihara keperibadian kebangsaan
Menetapkan tujuan dasar untuk memperkaya/ mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Menetapkan tiga Prinsip Utama
Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
Unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
Islam sebagai unsur yang terpenting


(c) Bagaimanakah sukan boleh memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita?


Penyertaan dalam bidang sukan tanpa mengira ideologi
Sukan dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
Aktiviti sukan membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
Temasya Sukan Malaysia(SUKMA) diadakan dua tahun sekali
SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum/ hubungan antara negeri
Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan di kalangan pemain, penonton dan penggiat sukan

No comments: