Saturday, October 25, 2008

Soalan Esei dan Skema jawapan Percubaan Pahang 2008

5 a) Huraikan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China.
[9 markah]

F1 Pendapat ini dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi.
F2 Peniaga Arab mula mengunjungi Canton sebagai pusat perniagaan sejak abad ke
19 M.
F3 Peniaga Cina yang berdagang ke Asia Tenggara menyebarkan Islam kepada
masyarakat Asia Tenggara
F4 Penemuan batu bersurat di Terengganu mengukuhkan dakwaan teori ini.
F5 Penemuan sepasang batu nisan
C5 di Pekan ,Pahang
F6 Terdapat unsur persamaan seni bina di China dengan seni bina pada masjid-
masjid di Nusantara
C6 seperti di Kelantan / Melaka / Pulau Jawa.
F7 Di Melaka, unsur seni bina yang terdapat pada bumbung masjid
H7 Mempunyai persamaan dengan bumbung rumah ibadat China
F8 Terdapat pengaruh China pada atap genting yang berwarna merah dan kuning
H8 pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid.

b) Jelaskan teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari India.
[6 markah]

F1 Teori ini dikemukakan oleh Snouck Hurgronje sejarawan Belanda.
F2 Beliau berpendapat hubungan perdagangan sudah lama wujud antara India
dengan Asia Tenggara
H2 membolehkan pedagang India Islam menyebarkan Islam ke rantau ini.
F3 Pelabuhan Gujerat merupakan pelabuhan penting
H3 yang berperanan sebagai pusat aktiviti perdagangan
F4 Terdapat batu marmar
H4 pada batu nisan Malik Ibrahim di Gerisik,Jawa dan batu nisan Malik al Salih
di Pasai yang mempunyai ciri buatan India.
F5 Budaya masyarakat di Asia Tenggara mempunyai unsur kebudayaan Hindu.

c) Mengapakah sejarawan berpendapat bahawa kedatangan Islam ke Asia
Tenggara di bawa oleh pedagang-pedagang. [5 markah]


F1 Penyebaran Islam dilakukan oleh pedagang-pedagang kerana berdakwah dituntut
dalam Islam
F2 pada peringkat awal pedagang menyebarkan Islam hanya di kawasan pelabuhan
sahaja.
F3 Dakwah disebarkan ke Asia Tenggara oleh pedagang yang sudah lama menjalin
hubungan dagang dengan pelabuhan utama
F4 Pedagang Islam menunjukkan sikap dan tingkah laku yang murni telah menjadi
ikutan penduduk setempat
F5 Perkampungan tempat pedagang Islam tinggal telah menjadi tempat
perbincangan agama Islam
F6 Semangat dakwah Islamiah yang tertanam di hati pedagang Islam telah menarik
minat masyarakat tempatan di bandar-bandar pelabuhan
F7 pedagang ini mengamalkan sifat mahmudah semasa menyampaikan ajaran Islam.

No comments: