Masyarakat Melayu mengamalkan dua jenis sistem pendidikan iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pengajaran dan pembelajaran tidak formal dalam masyarakat Melayu adalah melalui
-Pendengaran
-Penglihatan
-Pemerhatian
-Latihan
-Bercerita / cerita lisan / cerita binatang / cerita jenaka / cerita teladan
-Pergaulan sosial / pantang larang / adat istiadat
-Aktiviti kesenian dan kesusasteraan / pantun / peribahasa / teka-teki /
pepatah
Nyatakan dua kemahiran yang diterapkan oleh ibu bapa melalui pendidikan tidak formal.
-Kemahiran dalam bidang pertanian / bercucuk tanam
-Bidang perikanan / menjadi nelayan / menangkap ikan
-Bidang kraftangan / menganyam / mengukir
-Bidang pertukangan / membina (seperti rumah, kapal)
-Bidang memasak / menjahit
Di manakah pendidikan formal masyarakat Melayu dilaksanakan selepas kedatangan Islam?
-Istana
-Masjid
-Rumah
-Surau
-Madrasah
-Pondok
Senaraikan dua ciri sistem madrasah dalam pendidikan formal masyarakat Melayu.
-Berdasarkan sukatan pelajaran
-Dilaksanakan secara kelas
-Pendidikan mengikut tahap / tahap permulaan / pertengahan / pengkhususan
-Diawasi oleh mudir / guru besar
-Diselia oleh lembaga / jawatan kuasa ke
Pada pendapat anda, bagaimanakah sistem pendidikan boleh menjana perpaduan dalam masyarakat Malaysia masa kini.
-Mewujudkan hubungan yang sihat antara kaum
-Mempunyai satu bahasa kebangsaan / bahasa Melayu tanpa meminggirkan bahasa ibunda
-Memupuk perpaduan melalui sekolah wawasan
-Menyuburkan semangat perpaduan melalui sistem persekolahan yang sama
-Melalui penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
-Melalui syor Penyata Razak / Ordinan Pelajaran
-Melalui Laporan Rahman Talib / Akta Pelajaran
-Melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 / 1979
-Pelaksanaan KBSR / KBSM
-Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Mana-mana jawapan yang munasabah)
No comments:
Post a Comment