Cadangan
Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 7
1.
Pengenalan/Latar
belakang sistem demokrasi berparlimen
Selepas pembentukan Malaysia pada tahun
1963,jentera pentadbiran kerajaan telah diperkemaskan.
sistem pemerintahan dan pentadbiran negara
selepas merdeka adalah berlandaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Negara
demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat.
Terdapat dua corak pemerintahan demokrasi,
Sistem Raja Berpelembagaan,iaitu sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai
pemerintah tertinggi negara dan negeri. Pemerintah negara dibantu oleh Perdana Menteri.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi
berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara,
Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
Rakyat berpeluang membentuk kerajaan.Rakyat
bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya.Rakyat berhak menyokong,mengekal
atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya.
Perlembagaan Malaysia menjadi garis
panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk
menyesuaikan sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa.
Sistem demokrasi berparlimen berjaya
mengekalkan kerajaan yang adil,sejahtera dan stabil.
[15x1m][Maksimum:5 markah]
2.
Ciri-ciri
sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen
(a)
Perlembagaan
Maksud perlembagaan merupakan
undang-undang tertinggi jyang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah
kerajaan.
Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi
negara yang terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan
kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara.
Ia Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab
kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya.
Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada
16 September,1963 yang mempunyai 183 perkara.Perlembagaan ini terdiri daripada
peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan Negeri dan Senarai
Bersama.
Institusi Yang di-Pertuan
Agong,Parlimen,Jemaah Menteri,dan Badan Kehakiman.
Perlembagaan Malaysia telah membuat
pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kerana
Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan.
Negeri-negeri yang bergabung dengan
Persekutuan Malaysia diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang
diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri.
Keluhuran Perlembagaan
Bermaksud keagungan dan ketertinggian
undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.Bukti keluhuran perlembagaan
(ketertinggian perlembagaan Malaysia)
Kuasa Parlimen,kedudukan Yang di-Pertuan
Agong,kuasa perundangan dan kebebasan asasi diperuntukkan oleh Perlembagaan. Parlimen
memperoleh kuasa daripada Perlembagaan.
Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia....Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang
di-Pertuan Agong,Parlimen,Jemaah Menteri dan mahkamah.
Semua jenis undang-undang yang bercanggah
dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak tidak sah.
Undang-undang Negeri mestilah selaras
dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang
negeri yang bertentangan dengan dengan Perlembagaan
Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di
luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan
setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan
Malaysia.
Kepentingan
Perlembagaan
Ia Menentukan rangka dan bentuk
kerajaan.Perlembagaan menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan
rangka dan bentuk pentadbirannya.
Perlembagaan membantu dalam menjamin
kecekapan,kejujuran,ketelusan,serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan
sesebuah kerajaan.
Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa
memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan dan
aspirasi rakyat.
Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia
yang tidak berbelah bagi kepada negara supaya semangat patriotism dapat
dibentuk.
Perkara 24,Perlembagaan Malaysia
menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan
dilucutkan kewarganegaraannya.
Perkara 25 menyatakan bahawa seseorang
warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada
negara ini.
Perkara ini bertujuan supaya rakyat
memberikan sepenuh kesetiaan kepada tanah air untuk mengekalkan identity negara
dan bangsa Malaysia.
PerlembagaanMalaysia turut menjamin hak
asasi dan kebebasan rakyat di negara ini.
Perlembagaan
membolehkan rakyat mengetahui had kebebasan mereka di sisi undang-undang.
Menjaga dan memelihara hak istimewa dan
kedudukan, Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Yang
di-Pertuan Agong berperanan menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan
orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah.
Hak istimewa ini termasuk pemberian
jawatan dalam perkhidmatan awam,biasiswa,kemudahan pendidikan dan pemberian
lessen perniagaan dan perdagangan.
Perlembagaan juga memastikan Perkara 153
dilaksanakan dengan berhati-hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan
kaum-kaum yang lain.
Menjamin kerjasama,kesepakatan,dan
kepentingan bersama.
Perlembagaan Malaysia juga menjamin
kerjasama,kesepakatan,dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.
Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam
penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri utuk membolehkan sistem
pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan.
Pembahagian ini turut menjelaskan bahawa
Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Menjamin hak istimewa orang Melayu dan
bumiputera tidak dipersoalkan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak
istimewa orang Melayu dan bumiputera d Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan.
Jaminan ini telah ditetapkan dalam
Perlembagaan Malaysia sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia
pada tahun 1963.
Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai
kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan
pembangunan di Sarawak dan Sabah menyebabkan pembangunan yang pesat berlaku
dalam bidang pendidikan,kesihatan dan perkhidmatan pos,telekom dan polis
terutamanya di kawasan pedalaman.
Pindaan Perlembagaan
Sejak tahun 1957,Perlembagaan Malaysia
telah dipinda beberapa kali untuk melindungi kepentingan rakyat.
Ia juga bagi menjamin keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
Pindaan menjadikan perlembagaan sebagai
undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela
hati.
Untuk melarang perkara sensitive dipersoalkan secara
terbuka seperti pemerintahan beraja,agama Islam,kedudukan bahasa Melayu,hak
istimewa orang Melayu.
Parlimen telah meluluskan pindaan Akta
Hasutan 1970 yang mengehadkan seseorang individu daripada bercakap
sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara sensitive yang boleh menimbulkan
perbalahan antara kaum di negara ini.
Tujuannya ialah untuk memelihara
keselamatan,ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara
kita.
Pindaan terbesar yang dibuat ialah
pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja yang
memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.
[50x1m][Maksimum:10 markah]
(b)
Raja
Berpelembagaan
Maksud Raja Berpelembagaan ialah sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia..Jawatan Yang di-Pertuan Agong
diwujudkan sejak tahun 1957
Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak negara dan Ketua Utama
Negara.
Ia merupakan simbol
keutuhan perpaduan rakyat.
Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan
Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri.
Dalam menjalankan tugasnya,Yang di-Pertuan Agong tidak boleh
bertindak sendiri kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara
baginda dalam membuat keputusan.
Yang di-Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang
Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergillir-gilir.
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan
dalam perlembagaan Malaysia.Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan(Legislatif),Badan Pemerintah
(Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari)
Baginda merupakan Ketua Tertinggi angkatan Bersenjata.Yang
di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman
terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan
hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu
mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan,kedudukan,kehormatan dan
kemuliaan Raja-Raja Melayu.
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri
baginda sendiri,Pulau Pinang,Melaka,Wilayah Persekutuan,Sarawak dan Sabah.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk
melantik Perdana Menteri.Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan
jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana
Menteri.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan undang-undang
darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam.
Baginda melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya
Pilihan Raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman,serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.Baginda bertanggungjawab melantik Peguam Negara
dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.Yang di-Pertuan Agong mempunyai
kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita.
Sistem Raja Berpelembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan
Malaysia sehingga kini,
Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di
negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat
dan rakyat yang dinaungi oleh raja.
[19x1m][Maksimum:10
markah]
(c)
Kuasa
Pemerintahan
Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang
mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang,iaitu Badan
Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang
berasinagan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
Badan
Perundangan
Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh
badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di Malaysia.
. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan
Agong,Dewan Negara dan dewan Rakyat.
Dewan
Negara
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem
pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mempunyai 69 orang ahli,26 orang ahli dipilih
daripada 13 buah negeri,iaitu dua orang setiap negeri.
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada
kalangan ahli DUN
Dua orang ahli dilantik
oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri
daripada individu yang telah member sumbangan yang cemerlang dalam perkhidmatan
awam,bidang professional atau bidang tertentu seperti
perniagaan,perusahaan,pertanian,kesenian dan kebajikan atau yang mewakili
sesuatu kumpulan minoriti seperti orang asli.
Ahli Dewan Negara digelar Senator dan mereka dilantik tanpa
bertanding dalam pilihan raya.
Seorang Senator memegang jawatannya bagi tempoh 3 tahun. Senator
mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun
Taraf senator sama dengan ahli Parlimen dan Senator boleh
dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Dewan
Rakyat
Dewan rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Dewan rakyat mempunyai 219 orang ahli yang mewakili semua
kawasan pilihan raya di seluruh negara.
Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah 5 tahun
Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan
undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dikenal sebagai Akta. Undang-undang
yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen
Undang-udang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri di Sarawak
dan Sabah dinamakan Ordinan
Badan
Pelaksana (Eksekutif)
Kabinet(Jemaah
Menteri)
Jemaah Menteri,atau cabinet merupakan badan pelaksana
dasar-dasar kerajaan.
Kabinet merupakan
pembuat dasar tertinggi negara
Tugas Jemaah Menteri, atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara.
Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Kementerian
Perdana Menteri,atau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sebuah
atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertnggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan,merancang dan menyelaraskan program pembanguan ekonomi dan sosial di
negara kita.
Pada masa ini,terdapat 26 buah kementerian yang
bertanggungjawab dalam semua perkara
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu
oleh Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian
tertentu dikenal sebagai Menteri Tak Berportfolio
Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas tertentu
oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan
Awam
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan
kerajaan.
Pada peringkat kementerian,pentadbirannya diketuai oleh Ketua
Setiausaha Kementerian.
...Ketua Setiausaha
Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenal sebagai kumpulan
pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan
tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan
Kerajaan
Jabatan Kerajaan diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenal
sebagai Ketua Pengarah
Sesebuah Kementerian
pada kebiasaannyamempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.
Badan
Berkanun
Badan Berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai
kuasa autonomi tertentu
Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri
Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang
bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan
Badan berkanun mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang
besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan
lima tahun kerajaan.
Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA)/Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)/Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia(FRIM)
Suruhanjaya
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan untuk mengendalikan urusan
pelantikan menguruskan kenaikan pangkat memantau disiplin dalam kakitangan awam
Contoh-contoh suruhanjaya ialah Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam/Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan/Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis
Angkatan Tentera.
Badan
Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan menentukan
perkara sivil dan jenayah
Perkara sivil berkaitan dengan saman (biasanya memerlukan
affidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
Menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan
perundangan dan pihak badan pelaksana.Mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri
Sistem mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk
melaksanakan tugas kehakiman di Malaysia.
Tugas-tugas Mahkamah ialah mentafsir perlembagaan negara dan mentafsir
undang-undang
Mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri
mengisytiharkan sesuatu
tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang
Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan
tertakluk pada badan perundangan atau Parlimen
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki pyramid ,
Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuasa hati dengan
perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
Perdana Menteri
Urusan Perlantikan,kenaikan
pangkat,dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong
Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa
sebarang sebab yang munasabah
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya
hakim dilindungi daripada pengaruh politik.Justeru itu kadialan dan kesaksamaan
undang-undang terjamin
Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dan Peguan
Negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan
Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang
dan Kehakiman.
[68x1m][Maksimum:10
markah]
3.
Bidang
kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memajukan negara.
Kerajaan
Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan memberikan peruntukan yang luas kepada
Kerajaan Persekutuan berhubung dengan pentadbiran negara
Pentadbiran negara meliputi semua aspek perkhidmatan seperti
perkhidmatan ekonomi,sosial,keselamatan dan pendidikan.
Badan Pelaksana atau Eksekutif mempunyai tugas untuk
menjalankan kuasa-kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang
sedia ada.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan.kuasa eksekutif bagi Kerajaan
Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong
Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa
eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia terletak di
Putrajaya. Senarai Persekutuan memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hal
ehwal luar negeri (hubungan luar)Pertahanan, Keselamatan dalam negeri, Pentadbiran
dan keadilan, Kerakyatan negara, Pilihan raya negara, Kewangan, Perniagaan,perdagangan
dan perusahaan, Jabatan ukur dan penyelidikan, Kerja raya dan tenaga pusat, Pelajaran,
Kesihatan, Keselamatan buruh dan sosial, Orang asli, Hal-hal lain
Kerajaan
Negeri
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada
setiap negeri
Kuasa eksekutif
peringkat negeri terletak pada Raja atau Sultan atauYang Dipertua Negeri
Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh raja atau Yang
di-Pertua Negeri daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
Urusan pentadbiran negeri terletak pada perlembagaan negeri
seperti mana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
Majlis Mesyuatrat Kerajaan Negeri (EXCO) di Semenanjung
Malaysia,Majlis Tertinggi di Sarawak dan Kabinet di Sabah mempunyai sebilangan
ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio),iaitu Setiausaha
Kerajaan Negeri,Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri yang
berperanan menjalankan dasar pentadbiran negara di peringkat negeri.
Senarai Negeri terdiri daripada bidang kuasa yang diperuntukkan
kepada Kerajaan Negeri iaitu Undang-undang Islam.Tanah, Pertanian dan
perhutanan, Kerajaan Tempatan, Perkhidmatan tempatan, Kerajaan negeri, Hari
cuti negeri, Undang-undang negeri
[36x1m][Maksimum:15
markah]
4.
Bagaimana
kita memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan politik di
Malaysia?
Kita
akan dpat memanfaatkan demokrasi berparlimen untuk mewujudkan kestabilan
politik di Malaysia dengan mengamalkan tiga komponen utama demokrasi berparlimen
Malaysia iaitu Badan Perundangan/Badan Pelaksana/Badan Kehakiman
Mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam
kerajaan juga akan mewujudkan kestabilan politik di Malaysia. Konsep
pengasingan kuasa ini akan dapat mengelakkan pembolotan kuasa.
Kestabilan politik di negara kita akan
diwujudkan bila Pilihan raya diadakan untuk memilih wakil rakyat dan kerajaan
yang memerintah.
Rakyat berkuasa untuk memilih wakil rakyat untuk
memerintah Negara berdasarkan parti politik yang bertanding dalam pilihanraya
yang seterusnya akan membawa kepada kestabilan politik negara
Rakyat memilih ahli Dewan Rakyat untuk mewakili
mereka di dalam pemerintahan kerajaan Demokrasi berparlimen.
Rakyat memilih Ahli Dewan Undangan Negeri bagi
memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus mengamalkan pemerintahan
demokrasi berparlimen
Rakyat juga berhak menentukan corak pemerintahan
yang dijalankan oleh setiap negeri dan
kerajaan yang mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen
Pemerintahan Demokrasi berparlimen yang diamalkan
oleh Negara kita akan mewujudkan Keamanan negara seterusnya mewujudkan
kestabilan politik dalam negara
Pelaksanaan sistem Demokrasi Berparlimen di dalam
Negara juga akan memastikan Undang-undang negara terpelihara
Setiap pemimpin atau kerajajaan di Malaysia akan
menjadikan Perlembagaan sebagai garis panduan untuk memerintah Negara.
Proses ini akan Membentuk kerajaan yang adil dan
stabil serta bertanggungjawab terhadap rakyat di dalam Negara Malaysia tanpa
mengira kaum agama dan bangsa.
Ia juga memastikan Raja menjadi lambang taat setia
rakyat dan setiap rakyat di Negara kita harus menghormati dan menyanjung tinggi
konsep Raja berperlembagaan
Sistem Demokrasi berparlimen kerajaan Malaysia akan
memastikan Undang-undang yang akan menjamin keselamatan rakyat dan Negara.
Undang-undang yang digubal akan melindungi
kepentingan rakyat di dalam Negara tanpa
mengira agama bangsa dan Negara serta fahaman politik rakyat.
Undang-undangyang digubal menerusi Dewan Rakyat dan
Dewan Negara akan membantu melicinkan
urusan pentadbiran Negara serta memastikan kerajaan yang dibentuk sentiasa
selaras dengan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Negara kita.
[17x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan yang
munasabah]
5.
Kejayaan
yang dicapai oleh negara kesan daripada kestabilan politik
...Kejayaan
yang akan dicapai oleh Negara kesan daripada kestabilan politik ialah Kemajuan
ekonomi Negara.
Kestabilan politik Negara juga membolehkan Sektor
perindustrian berkembang maju dan mampu bersaing di peringkat global.
Sektor
Industri pertanian juga akan pesat membangun kerana kestabilan politik yang
mewujudkan kemamanan kepada negara
Begitu juga dengan Sektor pelancongan yang akan menjana
ekonomi Negara dan seterusnya meningkatkan pendapatan Negara.
Politik
yang stabil akan membolehkan kerajaan kita menjalinkan Hubungan antarabangsa dengan
lebih meluas lagi dengan semua Negara di dunia.
Negara kita juga akan Mendapat pengiktirafan negara
luar kesan kestabilan politik Negara.
Pemimpin Negara kita juga akan diiktiraf oleh masyarakat
antarabangsa
Negara kita juga
mencapai kejayaan dalam memupuk Perpaduan kaum antara Melayu, China dan India
agar saling memahami dan berkerjasama membangunkan Negara.
Kestabilan politik akan
memastikan Kehidupan rakyat harmoni dan hidup penuh dengan keamanan dan
kemakmuran
Kejayaan seterusnya ialah Kecemerlangan dalam bidang
institusi pendidikan dan akan
membolehkan rakyat terus menerima pendidikan
. Kestabilan politik akan membolehkan
kerajaan membangunkan sistem
pengangkutan Negara berada ditahap terbaik
Negara kita juga Berjaya melaksanakan sistem Perhubungan/komunikasi
secara meluas
Kejayaan Negara juga dicapai dalam bidang Industri
perkapalan yang semakin berkembang maju diperingkat global dan pelabuhan kita
menjadi pelabuhan maritime yang terkenal diseluruh dunia
Kejayaan juga di capai dalam Sektor perlombongan yang
dipergiatkan untuk menambahkan lagi pendapatan Negara.
[14x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang
munasabah]
6.
(a)
Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
Cabaran
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
ialah Nilai mata wangsentiasa turun naik menyebabkan berlaku ketidakstabilan
ekonomi.
Kenaikan harga barangan di pasaran global yang boleh
menjejaskan ekonomi Negara seterusnya memberi cabaran sebagai sebuah Negara
maju.
Negara kita juga menghadapi cabaran iaitu Persaingan
dengan negara maju yang menekankan ekonomi Negara kita.
Cabaran juga dihadapi oleh Negara kita dalam menembusi pasaran antarabangsa kerana terpaksa bersaing dengan Negara Negara
lain diseluruh dunia terutama dengan Negara Negara maju.
Negara kita juga masih bergantung kepada teknologi
luar dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.
Teknologi Negara kita juga masih rendah dan tidak
mempu bersaing dengan Negara Negara maju, serta terpaksa membawa mahal untuk
membawa teknologi Negara maju
Masalah juga dihadapi dalam usaha untuk menarik
pelabur asing di dalam Negara kita
Masalah gejala sosial yang dihadapi oleh Negara
menyebabkan kerajaan terpaksa menumpukan membelanjakan peruntukan yang banyak
untuk menghadapi masalah tersebut
[8x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang
munasbah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi
cabaran
Langkah-langkah
untuk mengatasi cabaran tersebut ialah Meningkatkan penyediaan
dan pembangunan (R&D) di dalam Negara supaya dapat bersaing dioeringkat
global.
Kerajaan juga perlu memastikan rakyat Negara kita menguasai
pelbagai teknologi terkini bagi memastikan Negara kita tidak ketinggalan.
Kerajaan juga perlu memperkukuh peranan negara
sebagai hub halal di dunia serta meningkatkan kualiti barangan yang dikeluarkan
supaya menapati hub halal tersebut
Kerajaan juga perlu melahirkan modal insan yang
benar benar berkualiti dan menepati dengan keperluan ekonomi globalisasi
Kerajaan juga harus berusaha memperkenal dinar emas
untuk digunakan oleh Negara Negara islam supaya menjadi matawang utama Negara
Islam.
Untuk menghadapi cabaran dalam membentuk Negara maju
kerajaan Malaysia haruslah Mendapatkan hak milik/paten terhadap sesuatu
teknologi yang dihasilkan
Kerajaan juga perlu Memperluas perbankan Islam
diseluruh Negara dan memperkenalkan system perbankan Islam di peringkat dunia
terutamnya di Negara-negara Islam.
Kerajaan juga perlu melibatkan diri dalam sistem
ekonomi E-dagang dan menggalakkan rakyat melibatkan diri dalam sistem ekonomi
tersebut serta menyediakan prsarana yang mencukupi untuk kemudahan ekonomi
tersebut.
Kerajaan juga perlu Menambah bilangan tenaga
professional didalam bidang bidang yang masih lagi kurang di Negara kita seperi
teknologi, sains, kemahiran tinggi bidang pemprosesan pembangunan sistem IT.
[10x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang
munasabah]
7.
Penerapan
nilai-nilai murni/iktibar/patriotism
Penerapan nilai nilai murni di dalam pembinaan
kerajaan demokrasi berparlimen di Negara kita ialah Sedia menerima perubahan
yang positif
Kepentingan memelihara perpaduan untuk memastikan
kerajaan demokrasi berparlimen negara kita terus utuh dan bewibawa
Penerapan nilai nilai murni seperti toleransi dan
permuafakatan akan mewujudkan kestabilan kepada Negara dan seterusnya
menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju.
Ikhtibar pembentukan demokrasi berparlimen di
Malaysia ialah Mengekalkan kedaulatan Negara
Ikhtibar seterusnya ialah perlunya sikap Bekerjasama
untuk memajukan negara
Iktibar
seterusnya iala keperluan untuk memelihara kemakmuran Negara bagi memastikan
kerajaan Malaysia membentuk sebuah Negara maju
Manakala unsur patriotism yang di amalkan ialah Taat
setia kepada pemerintah dan patuh kepada undang-undang.
Kita juga perlu berbangga menjadi warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan
dan menguasai teknologi terkini
Rakyat Malaysia juga perlu menyanjung tinggi kepada
sistem raja berperlembagaan dan menjadikan institusi beraja sebagai simbol
kedaulatan dan kesetiaan rakyat terhadap negara
[12x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang
munasabah]
8.
Rumusan
Sebagai
kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa Negara Malaysia mengamalkan sistem
Demokrasi berparlimen yang meletakkan Sistem raja Berperlembagaan yang diketuai
oleh Yang DiPertuan Agong sebagai ketua Negara yang dibantu oleh barisan
cabinet Negara yang diketua oleh Perdana menteri
Pengamalan
sistem demokrasi berparlimen memerlukan sokongan daripada rakyat untuk sama
sama terlibat dalam proses pemilihan kerajaan. Sokongan daripada rakyat akan dapat melicinkan pentadbiran Negara
dan seterusnya membawa kepada kemajuan kepada Negara kita
Kerjasama antara pemimpin dan rakyat
akan menjamin kestabilan politik dan ekonomi Negara.
Kesetiaan dan semangat patriotism
akan mengukuhkan pembentukan identity Negara dan bangsa Malaysia
Harapan untuk Negara kita agar terus
mecapai keamanan dan keharmonian dan meningkatkan taraf hidup rakyat seterusnya
memacu Negara kea rah Negara maju menjelang wawasan 2020.
P/S : Salin jawapan bila soalan sama dengan soalan
sebenar. Tidak semestinya apa yang cikgu tulis ni sama dengan soalan sebenar..Cikgu
tidak tahu soalan sebenar Soalan sebenar hanya akan keluar pada hari
peperiksaan
No comments:
Post a Comment