Wednesday, October 22, 2014

Tema 7 : Bab 2 : Target SPM 2014

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA *******


Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran di Yunani sebelum pelaksanaan
sistem demokrasi ***

 F1      Monarki/beraja
 H1a    Raja dibantu oleh konsul
 H1b    Raja sebagai ketua hakim/ketua tentera/ketua agama
 H1c    Konsul menjadi kuat dan peranan raja merosot
 H1d    Lahir sistem raja yang dipilih tetapi kuasa terhad
 F2      Pemerintahan beberapa orang konsul melahirkan oligarki
 H2a    Lahir golongan aristokrat yang kuat dan miliki kuasa yang besar dinamakan sistem aristokrasi
 H2b    Berlaku tidak puas hati rakyat dan tuntut hak
 H2c    Berlaku rampasan kuasa
 F3      Muncul sistem pemerintahan tirani oleh diktator
 H3a    Diktator terdiri daripada golongan kaya/tentera
 H3b    Akhirnya mereka ditentang oleh aristokrat dan lahir demokrasi

Jelaskan ciri-ciri sistem demokrasi yang diamalkan dalam tamadun Yunani***

 F1  Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
 F2   Berbentuk penyertaan langsung daripada rakyat
 F3   Semua warganegara lelaki dewasa berpeluang jadi ahli Dewan Perhimpunan
 F4   Tempoh menjadi ahli antara enam bulan hingga setahun
 F5   Dewan Perhimpunan  bersidang tiga kali dalam sebulan
 F6   Setiap ahli Dewan Perhimpunan boleh kemuka cadangan tentang dasar kerajaan
 F7   Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan Majlis
 F8   Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan
 F9   Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap ketiga-tiganya

Pada pengetahuan sejarah anda, apakah kebaikan amalan sistem pemerintahan
demokrasi di negara kita?***

 F1  Rakyat terlibat dalam memilih/membentuk kerajaan
 F2  Rakyat boleh bersuara/kemukakan pandangan
 F3  Pemimpin tidak berkuasa mutlak
 F4  Menjamin hak asasi rakyat
 F5  Tidak berlaku kekejaman
 F6  Kedaulatan di tangan rakyat
 F7  Rakyat bebas memilih pemimpin melalui pilihan raya
 F8  Menjamin kerajaan yang adil/stabil
 F9  Menjamin perkembangan ekonomi
 F9  Menggalakkan pelaburan asing

Jelaskan sumbangan tamadun Cina  dalam bidang pertanian 

F1    Pengenalan alat tenggala
F2    Membuat batas tanaman
F3    Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta kuda / kereta sorong beroda
F4    Membuat penyisir tanah
F5    Penciptaan alat kegunaan pertanian/Cangkul/Bajak
F6    Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan tanah
F7    Kawasan bukit diteres untuk pertanian
F8    Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian
F9    Pembinaan terusan untuk kawalan banjir


Terangkan kegiatan ekonomi yang dijalankan dalam tamadun India****

F1         Kegiatan perdagangan berkembang pesat
H1a      Melibatkan perdagangan dalaman /antara wilayah kerajaan India
H1b      Perdagangan luar
H1c       Pusat perdagangan di Anga/Kalinga/Karusa
H1d      Menghasilkan emas/gading gajah/senjata/berlian/mutiara
H1e      Menjalin hubugan dagangan dengan Macedonia/Sri Lanka/Asia Tengah/Asia Tenggara
H1f       Pelabuhan antarabangsa di Tambralipti/Ghantashala/Kadura di Timur
H1g      Pelabuhan Broach/Chaul/Kalyan/Cambay di bahagian Barat
F2         Kewujudan persatuan perdagangan/sresthin
H2a      Persatuan tukang kayu
H2b      Tukang logam/tukang kulit
H2c       Matlamat persatuan mengawal harga
H2d      Kualiti barangan
H2e      Mengawal gaji pekerja
F3         Penggubalan undang-undang persatuan
H3a      Undang-undang diawasi oleh raja
F3         Pengenalan mata wang sebagai medium jual beli
H3a      Zaman Gupta-Mata wang emas digunakan
H3b      Pelaksanaan dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
F4         Perkembangan perusahaan tekstil/kain kapas /sutera         
H4a      Sutera berpusat di Bengal dan Benares
H4b      Perusahaan barangan emas/mutiara/batu permata
F5         Cukai dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan
H5a      Hasil pertanian dan buah-buahan
H5b      Cukai untuk menyara tentera/pentadbir/raja

Terangkan perkembangan sistem pendidikan Zaman Vedik tamadun India***

F1      Pendidikan pentingkan keagamaan
H1a    Teras pendidikan agama Hindu
H1b    Pendidikan didominasi kaum lelaki
H1c    Golongan wanita tidak berpeluang mendapat pendidikan
F2      Pendidikan tertumpu kepada pembelajaran Kitab-kitab  Veda
H2a    Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
H2b    Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami Kitab Veda
F3      Pendidikan sebagai persediaan manusia hadapi hari selepas mati
H3a    Tumpuan pendidikan ialah agama Hindu /Buddha
H3b    Segala hukum agama  harus dipelajari
H3c    Mereka hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar agama
F4      Pendidikan tinggi di Kolej Brahman  selepas tahun 100 S.M
H4a    Pendidikan diberikan di istana / di rumah pada peringkat awal
H4b    Muncul universiti agama Buddha, iaitu Nalanda 
F5      Untuk mencapai taraf Brahmin berpendidikan
H5a    Perlu  menghafal  perbagai buku agama/ Veda
H5b    Veda mengandungi peraturan ritual/ mantera/ lagu-lagu agama
H5c    Pelajar juga belajar karya saintifik/ falsafah
F6      Pendidikan juga untuk meningkatkan ilmu sains
H6a    Menambahkan ilmu pengetahuan
H6b    Mengatasi buta huruf
H6b    Memperoleh jawatan dalam pemerintahan





Pada pandangan anda , Apakah kepentingan bidang berikut  kepada negara kita?

i.              Pendidikan

F1    Melahirkan masyarakat yang berilmu berpengetahuan
F2    Melahirkan modal insan berilmu
F3    Memaju negara/ Membangunkan negara
F4    Mengukuh perpaduan rakyat
F5    Mampu menghadapi cabaran globalisasi
F6    Menjadikan rakyat celik huruf/Menghapuskan kadar buta huruf
F7    Meningkatkan penghormatan negara luar terhadap negara kita
F8    Meningkatkan taraf hidup rakyat

ii.            Pertanian

F1     Menyediakan sumber makanan negara
F2     Mengurangkan kawasan tanah terbiar
F3     Menjana sumber pendapatan
F4     Menyumbang modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F5     Mengelak pengangguran di kawasan luar bandar
F6     Pertanian sebagai perniagaan
F7     Mengurangkan import bekalan makanan dari luar
F8     Menjimatkan kos mengimport bekalan makanan luar negara

Jelaskan perkembangan Pendidikan dalam Tamadun Yunani***

F1
H1a
Pendidikan di Athens
Untuk melahirkan manusia yang seimbang
H1b
Jasmani dan rohani
H1c
Manusia yang mampu memenuhi tuntutan fizikal dan mental
H1d
Mampu memberi sumbangan kepada kesejahteraan manusia
H1e
Tumpuan pengajaran kepada pendidikan /sukan/muzik/kesusateraan/seni berpidato/membaca/menghafal/menulis
F2
H2a
Pendidikan di Sparta
bertujuan melahirkan warganegara gagah
H2b
Sempurna/setia kepada negara
H2c
Tumpuan kepada latihan fizikal
H2d
Mahir menggunakan senjata
F3
Perkembangan sekolah falsafah
H3a
Di negara kota Athens/Thebes/Elea/Miletus
H3b
Athens dikenali sebagai pusat cendekiawan Yunani
H3c
Semasa pemerintahan Pericles
H3d
Melahirkan sejarawan Yunani
C3d
Herodotus/Thucydides
H3e
Pemikir dalam bidang sains dan teknologi

(a)    Nyatakan pusat pendidikan dalam tamadun Yunani.***

F1     Athens
F2     Thebes
F3     Elea
F4     Miletus
F5     Sparta
                                                                   
(b)   Berikan aspek yang diberi penekanan dalam bidang pendidikan di Yunani.***

F1     Sukan
F2     Muzik
F3     Kesusasteraan
F4     Seni berpidato
F5     Membaca
F6     Menghafal
F7     Menulis
F8     Falsafah
F9     Latihan fizikal/Latihan ketenteraan
                                                                    
(c)    Nyatakan tujuan pendidikan di Yunani.***

F1   Melahirkan manusia seimbang dari sudut rohani dan jasmani
F2   Meningkatkan tahap intelek
F3   Melahirkan warganegara tentera yang gagah/sempurna
F4   Melahirkan warganegara yang setia kepada negara kota
F5   Mahir menggunakan senjata
F6   Melahirkan manusia yang cemerlang
F7   Manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
                                                                          
(d)   Jelaskan kesan kemajuan pendidikan kepada peningkatan tamadun Yunani.***

F1  Athens menjadi pusat cendekiawan Yunani
F2  Kemunculan banyak sekolah falsafah
F3  Melahirkan ramai ahli sejarawan
F4  Lahir ramai pemikir dalam bidang sains/teknologi
F5  Penulisan karya sejarah saintifik
M-Mana-mana yang munasabah 
                                                                           
(e)   Pada pandangan anda, mengapakah bidang pendidikan penting kepada kemajuan sesebuah negara?***

F1  Melahirkan manusia yang mampu bersaing
F2  Meningkatkan tahap kemajuan diri
F3  Membantu kemajuan negara
F4  Melahirkan masyarakat berilmu
F5  Mengurangkan kadar buta huruf/meningkatkan kadar celik huruf
F6  Mampu bertindak secara rasional
F7  Melahirkan rakyat yang setia Negara



Pada pandangan anda, bagaimanakah Dasar Pelajaran Kebangsaan mampu
mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia? KBKK

F1        Penggunaan sukatan pelajaran sama
F2        Bahasa pengantar sama
F3        Sistem persekolahan yang sama
F4        Pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
F5        Penerapan nilai-nilai murni
F6        Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
F7        Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
F8        Konsep sekolah wawasan
F9         Pendidikan moral

Jelaskan sumbangan tamadun China kepada peradaban manusia sehingga kini.

F1
Kemajuan dalam pertanian
H1a
Penciptaan batas dalam bidang pertanian
H1b
Tenggala untuk membuat batas
H1c
Kolar kuda untuk menarik tenggala kayu
H1d
Kereta kuda
H1e
Kereta sorong beroda
H1f
Penyisir tanah
H1g
Sistem tanaman bergilir untuk menjaga kesuburan tanah
H1h
Pembinaan sistem pengairan untuk mengawal air di kawasan pertanian
H1i
Bukit diteres untuk tujuan pertanian
H1j
Penciptaan alatan pertanian seperti tajak/cangkul
H1k
Penukaran alatan pertanian daripada kayu kepada besi
F2
Jalan Sutera Darat
H2a
Menghubung laluan perdagangan antara India dengan Barat/Rom
F3
 Perusahaan membuat tembikar/logam
F4
Pengenalan tulisan ideogram
H4a
Berdasarkan rekahan tulang oracle menghubung laluan perdagangan antara India dengan Barat/Rom
H4b
Berbentuk simbol dan gambar
H4c
Diajar pada peringkat sekolah rendah
F5
Falsafah Confucianisme/ Taoisme
H5a
Cara hendak melahirkan masyarakat dan poitik yang baik
H5b
Falsafah Legalisme/Hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik masyarakat
H5c
Konsep Yin dan Yang/Unsur saling melengkapi/Yin Kuasa Pasif/Yang kuasa aktif
H5d
Falsafah Feng Shui/ Hubungan antara alam semesta dengan manusia
H5e
Falsafah Perang Tsun Tzu melalui karya the art of war/Taktik dalam urusan perniagaan
F6
Kalendar
H6a
Terdapat 30 hari sebulan/ 360 hari setahuan
H6b
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menuai/menanam
H6a
Menjalankan aktiviti harian seperti perkahwinan/berburu/pengkebumian
F7
Upacara korban
H7a
Menggunakan unsur makanan/duit kertas/barangan perhiasan

  


Jelaskan iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan ekonomi dalam tamadun India dan China untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.  KBKK       

F1        Sentiasa bersikap inovatif
F2        Sentiasa berusaha membaiki/ meningkatkan kehidupan
F3        Memelihara/ mengekalkan keamanan negara
F4        Mempunyai pemerintahan yang kuat/ adil
F5        Pemerintahan yang berwibawa
F6        meneliti/ menghayati perubahan masyarakat lampau
F7        Pengetahuan agama yang baik/ falsafah/ sains dan teknologi
F8        Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku/ pandangan jauh
F9        Meningkatkan pemikiran/ kemahiran
F10       Meningkatkan ilmu

F11       Meneroka bidang baru

No comments: