Wednesday, October 22, 2014

Tema 7 : Bab 1 : Tamadun Hwang Ho belum keluar SPM : Target Spm 2014

BAB 1 :  KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

  TAMADUN HWANG HO

Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang

F1    Anyang

Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.

F1         Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
F2         Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
F3         Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
F4         Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
F5         Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani

Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?

F1         Kezaliman pemerintah Raja Shang
F2         Kebangkitan golongan hamba
F3         Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan

Langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat  sokongan daripada pembesar mereka

F1         Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
F2         Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
F3         Diminta melindungi Raja
F4         Memberikan bantuan tentera pada masa perang
F5         Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho

F1         Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
F2         Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
F3         Bertanggungjawab memungut cukai
F4         Menguruskan pertahanan
F5         Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing

Jelaskan Sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam setiap aspek berikut, ***

(a)       Bidang politik/pemerintahan

     F1    Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching
     F2    Gelaran raja ditukar kepada maharaja
     F3    Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
     F4    Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20   
      F5    Raja dibantu oleh bangsawan
     F6    Raja dibantu oleh pegawai kerajaan





(a)    Sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian ***

F1    Memperkenalkan sistem pengairan
F2    Pembinaan empangan Szechwan
F2    Memperkenalkan alat pertanian daripada besi
F3    Menggunakan cangkul
F4    Menggunakan sabit
F5    Memperkenalkan teknologi pembajakan
        F6                Memperkenalkan batas untuk tanaman

 (c)      Ciri-ciri Sistem Tulisan Tamadun Hwang Ho

F1    Tulisan Ideogram
F2    berbentuk gambar dan simbol
F3    terhasil dari penilikan tulang oracle
F4    diguna dalam penulisan
F5    diguna dalam pencetakan
        F6                diguna oleh orang Jepun dan Korea
                                                                         
(d)       Bidang agama dan kepercayaan

·                     Pemujaan roh nenek moyang
·                     Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan        mengikut
            kesesuaian masa
·                     Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur   makanan , duit kertas dan barangan perhiasan
·                     Konsep Yin dan Yang  serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini
·                     Orang China mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur saling
            melengkapi iaitu Yin dan Yang
·                     Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan        falsafah alam
            semesta yang merujuk   pada hubungan antara manusia   dengan alam sekitar

( e )     Sistem kalendar

·                     Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
·                     30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
·                     Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
·                     Untuk menjalankan aktiviti harian.
·                     Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan /   perburuan / pengkebumian.
     
(f)   Senaraikan sumbangan tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.**


F1
Pembinaan sistem pengairan
F2
Kemajuan teknologi pembajakan
F3
Penciptaan cangkul/sabit
F4
Alatan pertanian daripada besi
F5
Pemujaan roh nenek moyang
F6
Pengenalan sistem kalendar
F7
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam perniagaan
F8
Konsep Yin Yang berdasarkan keseimbangan unsur alam dalam perubatan
F9
Konsep Feng Sui berlandaskan falsafah alam semesta
F10
Penciptaan tulisan ideogram

No comments: