Saturday, October 25, 2014

Tema 8 : Bab 5 : Kerajaan Islam di Madinah

BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH******

Senaraikan kandungan Perjanjian Aqabah I pada tahun 621M

F1  Suku Aus dan Khajraj berjanji beriman kepada Allah dan Rasul
F2  Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
F3  Berjanji akan meninggalkan amalan jahiliah/minum arak/mencuri/bunuh bayi perempuan
     
Nyatakan kandungan perjanjian Aqabah II

F1  Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
F2  Mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
F3  Menjemput Nabi Muhammad s.a.w / orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah
F4  Secara sukarela menyediakan tempat tinggal
F5  Menjamin keselamatan untuk nabi dan umat Islam
F6  Bersedia untuk mempertahankan Islam

Nyatakan kesan perjanjian Aqabah I dan II terhadap perkembangan dakwah Islam.

F1      Mendorong kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
F2      Orang Islam Makkah mendapat bantuan orang Arab Madinah
F3      Strategi penyebaran yang lebih luas / lebih aman
F4      Penyebaran Islam di Madinah / seluruh Tanah Arab
F5      Pembentukan masyarakat Islam yang kuat / sebuah ummah
F6      Menyatukan masyarakat Madinah / perpaduan
F7      Kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia

Jelaskan iktibar yang boleh anda peroleh daripada peristiwa perjanjian  Aqabah I dan II?

F1   Mengamalkan sikap tolong-menolong/bekerjasama
F2   Sedia berkorban untuk mencapai kejayaan
F3   Menepati janji
F4   Setia kepada pemimpin
F5   Sentiasa berdisiplin
F6   Mewujudkan persefahaman
F7   Bersikap ikhlas
F8   Bersemangat setia kawan
F9   Bersifat terbuka
F10 Berdiplomasi /tolak ansur
F11 Berwawasan dalam tindakan/berpandangan jauh

Senaraikan penduduk Madinah sebelum peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w

F1  Suku Aus
F2  Suku Khajraj
F3  Orang Yahudi bani Qainuqa

Nyatakan pengertian hijrah.         *****

F1         -  Berasal daripada perkataan Arab iaitu berpindah
F2         -  Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain  
F3         -  Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
F4         -  Perjuangan untuk memperkukuhkan Islam.
F5         -  Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.
F6         -  Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan kejahatan
F7         -  Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan
F8         -  Perubahan dari segi sikap /Perubahan cara berfikir/Perubahan tingkahlaku
                                                 
Terangkan kepentingan hijrah kepada umat Islam. *****          

F1        -  Dakwah Islamiah
H1a     -  dapat dilaksanakan dengan aman tanpa selindung
H1b     -  sedangkan di Makkah seruan terhadap Islam sering terganggu
F2        -  Mendamaikan suku Arab di Madinah
H2a     -  yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj
H2b     -  melalui semangat persaudaraan sesama Islam
F3        -  Menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan orang
               Islam Madinah
H3a     -  Orang Islam Makkah yang berhijrah tidak berasa asing atau rendah diri di Madinah
H3b     -  menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukan 
              ekonomi dan sosial
H3c     -  Nabi Muhammad telah memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang
             berhijrah ke  Madinah
H3d     -  gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah
F4        -  Menyatukan penduduk Madinah
H4a     -  yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan Agama
H4b     -  Ini melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah
H4c     -  Dengan ini masyarakat Madinah dapat menjalankan kegiatan ekonomi dan agama
F5        -  Membina sebuah masjid
H5a     -  iaitu Masji al-Nabawi
H5b     -  Masjid Quba merupakan masjid pertama
H5c     -  Masjid dijadikan sebagai tempat untuk beribadat,  belajar, tempat bertemu dan berbincang
             masalah,kawasan persekitaran masjid diadakan aktiviti harian seperti jual beli
F6        -  Wujud takwim Islam
H6a     -  Berdasarkan kiraan tahun Hijrah
H6b     -  Takwim ini digunakan ketika Khalifah Umar al-Khattab
F7        -  menubuhkan sebuah negara Islam Madinah
H7a      -  menukarkan nama Yathrib kepada Madinah  al- Munawwarah
H7b     -  Menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam
F8        -  Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong- menolong
H8a     -  Orang Madinah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
H8b     -  Mereka sanggup memberikan tempat tinggal,  makanan, keperluan asas
H8c     -  menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah
F9        -  Pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w.                       
H9a     -  Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta 
H9b     -  Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda
H9c     -  Abdul Rahman bin Auf beri sumbangan harta
F10      -  Menunjukkan peranan wanita
H10a    -  Asmah binti Abu Bakar membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.
H10b    -  Menghantar makanan
H10c    -  menyampaikan berita tentang pergerakan Quraisy
F11      -  Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w.
H11a    -  Baginda sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup
H11b    -  Tidak pernah berputus asa
H11c    -  Bijak mengatur strategi peperangan
H11d    -  Bersembunyi di Gua Thur dan cari jalan lain ke Madinah







Sebagai pelajar bagaimanakah anda dapat mengamalkan konsep hijrah dalam diri anda? KBKK

F1   Berubah daripada sikapt negatif kepada positif
F2   Bersikap rajin
F3   Bersedia untuk berubah kea rah kebaikan
F4   Berusaha mencari ilmu pengetahuan
F5   Berwawasan dalam mengejar impian
F6   Mengamalkan strategi dalam pembelajaran

Apakah iktibar yang boleh dipelajari pelajar daripada peristiwa hijrah untuk mencapai kecemerlangan diri dalam kehidupan seharian. KBKK

F1           -  Perubahan sikap dan tingkah laku negatif kepada yang positif
F2           -  Perubahan dari tidak berdisplin kepada berdisplin
F3           -  Perubahan dari sifat malas kepada rajin berusaha
F4           -  Sikap suka melanggar undang-undang kepada akur kepada undang-undang
F5           -  Sikap mementingkan diri sendiri berubah kepada sikap bantu-membantu
F6           -  Sikap suka bertangguh kerja berubah kepada menghargai masa.
F7           -  Tidak menghormati orang tua kepada menghormati orang tua

Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.

F1    Kedudukan Nabi Muhammad
H1a  Diiktiraf sebagai pemimpin di Madinah
H1b  Dilantik sebagai ketua hakim
F2    Kedudukan kuam Yahudi
H2a  Pertahankan Madinah dari ancaman luar
H2b  Keselamatan dijamin
H2c  Bebas mengamalkan agama
H2d  Sebagai rakyat Madinah
H2e  Hak yang sama
F3    Prinsip Undang-undang
H3a  Undang-undang Islam guna pakai secara menyeluruh
H3b  Peraturan kekeluargaan boleh diamalkan – tidak bertentangan dengan Islam
F4    Kedudukan Masyarakat
H4a  Semua penduduk Madinah sebagai satu Ummah
H4b  Hidup membantu sama lain

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada Perlembagaan Madinah?***

F1
Undang-undang Islam boleh dijadikan panduan mentadbir sesebuah negara
F2
Perlu kebijaksanaan dalam pemerintahan
F3
Keperluan mewujudkan sistem ekonomi yang adil
F4
Riba, penindasan tidak menguntungkan umat manusia
F5
Ketokohan Rasulullah
F6
Keperluan mempunyai pemimpin yang berwibawa / karisma
F7
Keadilan sosial membina masyarakat madani
F8
Persamaan hak dan taraf dapat membina masyarakat yang bersatu padu
F9
Semangat bantu-membantu menyumbang kepada pembangunan
F10
Undang-undang Islam tidak meminggirkan kepentingan kaum minoriti
F11
Undang-undang yang bersifat syumul menjamin keamanan negara
F12
Setiap warganegara wajib mempertahankan negara
F13
Kehidupan masyarakat bersistematik disusun mengikut perlembagaan
F14
Keselamatan harta dan nyawa penting dalam kehidupan bernegara

Malaysia terbentuk berdasarkan Perlembagaan yang dirangkakan oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Lord Reid. ***

Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, cadangkan usaha-usaha yang boleh diambil supaya perlembagaan tersebut dihormati.

F1
Rakyat mesti mempunyai pengetahuan
F2
Pemimpin menunjukkan kepimpinan melalui teladan
F3
Tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang dilarang dalam perlembagaan
F4
Tindakan yang tegas patut dikenakan ke atas mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif
F5
Pengetahuan perlembagaan perlu disisipkan dalam subjek Sejarah /Sivik dan Kewarganegaraan / Pendidikan Moral
F6
Ikrar Rukunegara perlu dibaca dalam perhimpunan sekolah
F7
Perpaduan kaum dalam masyarakat digalakkan
F8
Menolak campur tangan kuasa asing
F9
Setia kepada negara

 Terangkan kesan penggubalan Piagam Madinah terhadap perkembangan dakwah Islam.***

            F1  Kerajaan Islam Madinah
H1a  Merupakan model kerajaan Islam yang unggul
H1b  Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam
H1c  Perlembagaan dalam kerajaan ini boleh diterima pakai oleh semua golongan
H1d  Unsur Islam boleh dipraktikkan dalam negara yang terdiri berbilang bangsa dan agama

F2     Menunjukkan kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW
H2a   Menggubal sesuatu piagam sangat dikagumi
H2c   Berjaya mengatur pemerintahan yang lengkap
H2d   Merangkumi peraturan dunia dan akhirat

F3    Syariah Islam
H3a  Syariah yang diperkenalkan adalah adil
H3b  Masyarakat pelbagai budaya, keturunan dan agama dapat mendiami dalam negara yang
         mempunyai undang-undang lengkap dan sempurna

F3     Ekonomi
H3a   Penipuan, riba, penindasan, rasuah tidak dibenarkan
H3b   Ekonomi Islam mementingkan keadilan
H3c   Bersifat timbang rasa dan amalan sedekah digalakkan
H3d   Ekonomi kerajaan Islam Madinah meningkat
H3e   Askar memberikan bantuan kepada orang Muhajirin secara sukarela

F4      Berjaya membentuk masyarakat
H4a   Berasaskan Ummah
H4b   Masyarakat yang hidup bersatu padu
H4c   Hidup secara aman
H4d   Mulai hidup berasaskan Ukhuwah Islam
H4e   Taraf dan kedudkan rakyat adalah sama
H4f     Keadilan sosial dapat dipraktikkan
H4g    Ada persamaan hak
H4h    Hidup bantu-membantu dan rela berkorban diamalkan

F5    Membentuk masyarakat baru
H5a  Nabi Muhammad SAW menyusun perlembagaan Negara terlebih dahulu sebelum
         mengasaskan kerajaan
 H5b Masyarakat Madinah diikat dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung
         bawah sebuah pemerintahan
 H5c  Pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi

F6    Sifat menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
H6a  Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang digariskan
H6b  Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum yang lain
H6c  Semua bangsa ada hak dalam Negara Madinah
H6d  Semua bertanggungjawab mempertahankan keselamatan Madinah
H6e  Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar

Apakah ciri-ciri masyarakat Madinah yang dapat diterapkan dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara kita

            F1  Hidup bersatu padu
                F2  Hidup secara aman
                F3  Taraf dan kedudukan sama
                F4  Tiada penindasan
                F5  Ada persamaan hak
                F6  Hidup bantu membantu
                F7  Ada kebebasan beragam
                F8  Bukan Islam boleh hidup di negara Islam

Nyatakan ciri persamaan Piagam Madinah dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957.***

            F1  Ada pakatan semua kaum
            F2  Melibatkan pelbagai kaum
            F3  Dipersetujuikan pelbagai kaum
            F4  Ada sikap toleransi
            F5  Ada kebebasan agama
            F6  Mempertimbangkan pandangan orang lain

            F7  Perlembagaan bertulis (mana-mana yang munasabah)

No comments: