Tuesday, August 19, 2008

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 51

Bulan ogos bulan yang amat bererti kepada kita semua rakyat malaysia...Tarikh 31 ogos setiap tahun negara kita menyambut sambutan hari Kemerdekaan. Pada tahun ini negara kita telah merdeka selama 51 Tahun. Setiap tahun sambutan telah diadakan tapi penghayatannya kurang berkesan kepada generasi pada hari ini..Bagi mereka mengikat bendera Jalur Gemilang di motorsikal kemudian berarak keliling kampung dengan menguatkan bunyi motorsikal masing-masing dah kira sebagai sambutan merdeka bagi mereka.

Tahukah kita negara kita baru merdeka selama 51 tahun, sedangkan negara kita di jajah lebih kurang 420 tahun bermula 1511 hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Negara kita dijajah oleh Kuasa Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Betapa peritnya untuk menghabiskan masa semasa berada di zaman penjajah..bayangkan bagaimanakah keadaannya jika kita berada di zaman tersebut...

No comments: