Tuesday, August 19, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 4

4 ( a ) Siapakah yang mengemukakan idea tentang penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) ?
[ 1 markah ]

-Tunku Abdul Rahman

( b ) Apakah jawatan yang disandang oleh beliau dalam pertubuhan tersebut?
[ 1 markah ]


-Setiausaha Agung OIC
-Pengerusi OIC

( c ) Berikan matlamat penubuhannya.
[ 3 markah ]


-Mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam semua bidang
-Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam
-Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam
-Bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari
-Memberi bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah
-Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara yang kurang maju

( d) Senaraikan peranan Malaysia dalam penubuhan tersebut .
[ 3 markah ]

-Menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama
-Perantara menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
-Memberi sokongan kepada rakyat Palestin
-Menjadi Tuan Rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003
-Menganjurkan persidangan menentang penganas di kalangan negara Islam pada tahun 2002
-Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM )
-Mengesyorkan dinar emas di kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi lain


( e ) Tindakan bijak pemimpin negara menyertai Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) telah memberi kebaikan kepada negara sehingga kini.

Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan di atas.
[ 2 markah ]


-Mendapat pinjaman daripada bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingn rakyat OIC
-Menerima bantuan untuk membina UIAM
-Mendapat penghormatan kerana memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam dan keamanan serantau dunia
-Pengiktirafan ketokohan pemimpin negara

No comments: