Thursday, August 28, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 11

2.(a) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara

- Teori Islam datang dari Semananjung Tanah Arab
- Teori Islam datang dari China
- Teori Islam datang dari India
Mana-mana 3 x 1m

2.(b) Cara pedagang Arab dapat membawa Islam ke Asia Tenggara

-Pedagang Arab mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy.
-Pedagang Arab mempunyai perniagaan di negara China dan singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara
-Kedudukan Asia Tenggara yang strategik terletak di laluan perdagangan.
-Pedagang Arab membina perkampungan Islam.
-Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
-Para pedagang Islam berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang Islam.
-Nilai Islam yang murni menarik minat penduduk tempatan.
-Sifat pedagang Arab yang berhemah tinggi.
Mana-mana 2 x 1m

2.(c) Bukti di Tanah Melayu yang memperkukuhkan pendapat bahawa Islam datang dari China.

-Canton di China menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan pedagang Arab.
-Peniaga China yang beragama Islam sebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara.
-Perpindahan beramai-ramai pedagang Islam dari Canton dan Amoy ke Asia Tenggara.
-Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Sungai Tersat Kuala Berang.
-Penemuan Batu nisan yang mempunyai tulisan ayat-ayat al-Quran dan kalimah Arab di Kampung Pematang Pasir.
-Mubaligh China Islam menyebarkan Islam menerusi Laut China Selatan, ke Phang Rang di Indo China dan Pekan, Pahang.
-Terdapat persamaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina di masjid Nusantara
Mana-mana 2 x 1m

2.(d) Bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara menerusi India.

-Hubungan pedagang India dan Asia Tenggara telah lama wujud.
-Terdapat hubungan rapat antara India dengan Asia Tenggara dari segi budaya.
-batu marmar pada batu nisan mempunyaiciri buatan India

Mana-mana 2 x 1m

2.(e) Persamaan yang terdapat pada ketiga-tiga teori

-Kedatangan Islam di rantau ini dibawa oleh pedagang Islam.
-Penyebaran Islam ketika menjalankan perniagaan kerana berdakwah dituntut oleh Islam.
-Penyebaran juga dilakukan oleh Ulama
-Usaha awal penyebaran Islam terhad di kawasan pelabuhan.

Mana-mana 1 x 1m

No comments: