Friday, August 22, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 6

(a) Maksud renaissance ?

-Istilah renaissance berasal daripada perkataan Itali ‘renisciment’
-Bermaksud “kelahiran semula”.
-Merujuk kepada penghargaan semula ilmu yang dihasilkan oleh cendekiawan Yunani dan Rom.
-Kegemilangan tamadun yunani dan Rom yang tenggelam pada Zaman Gelap telah dikembangkan semula pada Zaman Renaissance.
-Menonjolkan keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahannya.
[2 markah]

(b) Faktor yang mendorong renaissance tercetus di Itali.

-Banyak bandar pelabuhan muncul di Itali.
-Bandar itu menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
-Itali menjadi tempat persimpangan di Eropah.
-Itali menjadi pusat pertembungan budaya, bahasa dan agama.
-Itali menjadi pusat perkembangan idea baru.
-Di Itali banyak munculnya pedagang yang kaya.
-Pedagang ini menggunakan kekayaan untuk mengindahkan bandar.
-Pedagang kaya menjadi penaung (patron) kepada cendekiawan.
-Golongan patron menarik seniman dan cendekiawan terbaik ke bandar mereka.
-Bandar-bandar di Itali berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan.
-Cendekiawan yang berkunjung dari bandar ke bandar untuk menyiapkan tugasan masing-masing telah membantu menyebarkan idea Renaissance.
-Paus di Rom turut menjadi penaung kepada seniman dan cendekiawan.
-Mereka mengupah pelukis dan pengukir untuk mencantikkan gereja.
[2 markah]

(c) Tokoh renaissance yang muncul di Itali.

-Francesco Petrarch
-Niccolo Machiavelli
-Giovanni Bocaccio
-Galileo Galilei
-Leonardo da Vinci
-Raphael
-Michelangelo
[2 markah]

(d) Sebab pihak berkuasa Gereja tidak berminat menaungi kegiatan ahli sains dan matematik pada zaman renaissance

-Ahli sains dan matematik mencabar pemikiran Gereja.
-Perselisihan pendapat antara saintis dengan pihak Gereja
-Saintis menggunakan kaedah empirikal dalam kajian mereka.
-Saintis menekankan penggunaan akal dan logik
-Gereja menekankan penjelasan tradisional.
[2 markah]

(e) Iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan pada Zaman Renaissance

-Zaman Renaissance telah membangkitkan semangat inkuiri.
-Semangat inkuiri mengutamakan keobjektifan dan eksperimen.
-Semangat inkuiri menyebabkan berkembangnya bidang intelektual.
-Zaman renaissance membawa perubahan dalam gaya hidup masyarakat.
-Manusia menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan dan ukiran.
-Perkembangan intelektual telah berjaya memupuk keyakinan diri masyarakat.
-Perkembangan intelektual menyebabkan masyarakat mengutamakan pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik .
-Perkembangan intelektual melahirkan manusia yang mampu menggunakan pelbagai ilmu pengetahuan untuk memajukan kehidupan.
-Perkembangan intelektual melahirkan sifat berani meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

[2 markah]

No comments: