Tuesday, August 19, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 2

a)Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Gelap?
[1 markah]


-Eropah mengalami zaman mundur
-Kejatuhan empayar Rom di Eropah
-merupakan peringkat awal zaman Pertengahan
-Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu
pengetahuan, perdagangan dan kehidupan perbandaran

b) Senaraikan dua ciri zaman gelap di Eropah .
2 markah ]


-Kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan , perdagangan, dan kehidupan di bandar
-Pentadbiran pusat yang lemah
-Kemunculan golongan baron (tuan tanah) yang berpengaruh
-Kelembapan dalam bidang ilmu pengetahuan
-Kegiatan ekonomi yang terhad
-Sifat gereja yang mengongkong
-Kemunculan sistem feudal
-Kehidupan kacau bilau / peperangan / petani mencari perlindungan daripada tuan-tuan tanah

(c) Nyatakan kedudukan gereja dalam masyarakat Eropah pada Zaman Gelap ?
[ 2 markah ]


-gereja amat berkuasa
-gereja memiliki hartanah yang banyak
-kegiatan gereja berfokuskan kegiatan amalan agama
-berfokus kepada pembelajaran keakhiratan sahaja
-gereja mengongkong kehidupan masyarakat


d)Mengapakah pada zaman pertengahan kegiatan perdagangan tidak meluas ?
[ 2 markah ]

-Aktiviti perdagangan diganggu oleh orang gasar seperti Viking dan Magyar
-Kawasan Mediterranean dikuasai oleh orang-orang Islam
-Memberi tumpuan kepada kegiatan pertanian
-Kegiatan perdagangan terhad kepada perniagaan barangan pertanian
-Aktiviti perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem barter
-Penggunaan mata wang amat terhad
-Orang Eropah tidak berdagang ke Timur Jauh


(e)Pada pengetahuan sejarah anda, mengapakah sistem feudalisme di Eropah dikatakan mempunyai persamaan dengan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka?
[3 markah]


-Terdiri daripada golongan pemerintah ( raja ) dan golongan yang diperinta-Raja memiliki tanah secara mutlak
-Pentadbirannya dibantu oleh pembesar
-Raja mengurniakan tanah kepada pembesar untuk ditadbir
-Pembesar mendapat naungan / perlindungan daripada raja
-Pembesar memberikan khidmat tenaga dan cukai kepada Raja
-Golongan hamba memberi khidmat tenaga kepada golongan pembesar

No comments: