Friday, August 29, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 12

3 (a) Namakan tokoh yang menjadi pendorong kepada Gerakan Islah

-Sheikh Tahir Jalaluddin
-Syed Syeikh Al- Hadi
-Dr.Burhanuddin Helmy
[1 markah]
(b) Senaraikan akhbar yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea dan perjuangan mereka

-Al-Imam
-Neracha
-Idaran Zaman
-Pengasuh
[1 markah]

(c ) Apakah matlamat perjuangan Kaum Muda untuk memajukan orang Melayu
-Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
-Gesaan memajukan ekonomi, politik, sosial
-Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
-Menuntut ilmu
-Mempelajari tawarikh atau sejarah
-Mengkritik penjajah
[3 markah]

(d) Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan berkesan di
Negeri-Negeri Melayu?


-undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah tanpa kebenaran sultan
-tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri Negeri Melayu
-Mendapat tentangan daripada golongan Kaum Tua [2 markah]

e)Nyatakan tiga aspek pendidikan yang diterapkan oleh madrasah yang ditubuhkan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu

-Sistem pendidikan Islam
-Pendidikan untuk dunia dan akhirat
-pendidikan fardhu ain
-Ilmu Hisab
-Bahasa Inggeris
-Memberi peluang kepada pelajar perempuan 3 markah


Soalan 4(a)Apakah matlamat penubuhan NAM?

(i)Mengekalkan keamanan dunia
(ii)Tidak menyokong blok Barat atau blok komunis
[1 markah]

(b)Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah Malaysia menganggotai NAM.

Pertukaran Dasar Luar Malaysia daripada dasar pro-Barat dan antikomunis kepada dasar berbaik-baik dengan semua negara
[1 markah]
(c)Senaraikan prinsip perjuangan NAM.

(i)Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara
(ii)Menghormati kedaulatan sesebuah negara
(iii)Menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui rundingan dan persefahaman
(iv) Menghormati hak asasi manusia
[3 markah]

(d)Namakan negara anggota baru yang didaftarkan pada Sidang Kemuncak NAM Ke-13 di Malaysia.

(i)Timur Leste
(ii)Pulau Catalina
[1 markah]

( e) Nyatakan empat isu-isu yang diperjuangkan oleh Malaysia dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)

-menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
-Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana negara.
-menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
-Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
-menubukan Kumpulan G15
-ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
-menghidup kembali NAM
-Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
Mana-mana 8 X 1m = Maksimum 4 markah

No comments: