1. Salah sebuah kerajaan awal yang terbentuk di Asia Tenggara ialah kerajaan agrarian
a. Apakah yang anda faham dengan kerajaan agrarian? ( 4 Markah )
Soalan 1 ( a )
F1( Pertanian ) Kerajaan Agraria adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kegiatan pertanian
H1a iaitu menjalankan aktiviti seperti kegiatan pertanian,
H1b penternakan,
H1c pemungutan hasil hutan dan sungai.
F2 ( Lembah Sungai ) Ia biasanya wujud di lembah-lembah sungai utama
H2a Sungai Irrawaddy (Myanmar),
H2b Sungai Chao Phraya ( Thailand ),
H2c Sungai Mekong ( Kemboja, Laos dan Vietnam ).
F3 ( Pendalaman ) Kerajaan ini juga terdapat di kawasan pendalaman seperti di kawasan berbukit dan lereng gunung berapi.
C3a Contohnya, Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng ( Indonesia ).
Markah maksimum 3 Markah )
Soalan 1 ( b ) Jelaskan kegiatan utama yang dijalankan oleh penduduk agrarian? ( 10 M )
F1 ( Padi Sawah ) Penanaman padi sawah merupakan aktiviti pertanian yang paling utama masyarakat agrarian.
H1a Terdapat bekalan air yang mencukupi untuk kegiatan tanaman padi sawah
F2 ( Padi Huma ) Terdapat juga tanaman padi huma
H2a yang ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit dengan membuat teres dan relung.
F3 ( Tanaman lain ) Tanaman lain yang juga ditanam sebagai tanaman sampingan
H3a ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.
F4 ( Barangan ) Barangan lain yang dihasilkan oleh kerajaan Agraria ialah pelbagai jenis rempah
H4a seperti cengkih dan lada hitam
H4b serta mengumpulkan hasil hutan
H4c seperti gaharu, ‘kapur barus, tanduk, gading, dammar, kayu, cendana, dan pelbagai jenis buah-buahan.
F5 ( Sarang Burung ) Terdapat juga kegiatan mencari sarang burung dari kawasan gua yang H5a Ia bertujuan untuk kegiatan perdagangan.
F6 ( Ikan ) Kegiatan menangkap ikan
H6a dijalankan di kawasan-kawasan sawah,paya, dan sungai,
H6b malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.
F7 ( Ternak ) Kegiatan menternak binatang juga telah dijalankan
H7a Ternakan tersebut ialah lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
Soalan 1 ( c ) Huraikan kepentingan tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor? ( 6 Markah )
F1 ( Melimpah ) Air sungai akan melimpah ke Tasik Tonle Sap
H1a dan keluasan tasik semakin besar dan akan meliputi kawasan hutan dan sawah padi.
F2 ( Subur ) Pada musim kemarau kawasan tasik akan menjadi subur
H2a kerana tinggalan lumpur dan bahan mendak.
F3 ( Bekalkan ) Air tasik ini dapat membekalkan air ke sawah
H3a melalui pembinaan benteng dan terusan.
F4 ( Penanaman ) Sumber air dari tasik ini telah dapat menampung keperluan penanaman padi
H4a Ia dapat menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor
H4b seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
F5 ( Protein ) Ia juga merupakan tempat bekalan ikan yang penting untuk sumber protein.
No comments:
Post a Comment