Friday, September 26, 2008

Soalan Ramalan SPM 2008 Pilihan 18

4. (a) Apakah yang anda faham tentang pertubuhan Komanwel?
-anggota terdiri daripada negara bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.
-54 buah negara maju dan negara sedang membangun
-sekretariat / ibu pejabat di London
1 Markah

(b) Berikan dua matlamat penubuhan Komanwel
-membina semangat setia kawan di kalangan negara anggota
-bekerjasama dalam semua Bidang
2 Markah

(c) Senaraikan tiga sumbangan Malaysia dalam pertubuhan Komanwel
-lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan
-menjadi tuan rumah Sukan Komanwel
-menganjur mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM)
-mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
3 markah

(d) Nyatakan dua faedah yang diperoleh Malaysia menerusi Komanwel.
-membantu pelihara keamanan
-menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya
-berjanji membantu jika diserang musuh semasa berkonfrontasi dengan Indonesia
-eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah
-bantuan teknikal dan biasiswa melalui Rancangan Colombo
-menjadituan rumah Sukan Komanwel 2 markah

(e) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia perlu menyertai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa?

-berbaik-baik dengan semua negara
-menjamin keselamatan rakyat dan negara
-memelihara kepentingan nasional
-mengekalkan kedaulatan negara
-menggalakkan pembangunan ekonomi
-keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
-menjadi warga global yang bertnggungjwab
-memupuk kesejahteraan dunia
-mana-mana jawapan yang relevan

2 markah

No comments: