5 Agama Hindu dan Buddha telah meninggalkan kesan yang ketara ke atas pelbagai aspek kehidupan masyarakat awal di Asia Tenggara
(a) Jelaskan proses penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara?
[ 5 Markah ]
dibawa oleh Ksyatria / disebar melalui golongan penakluk dari India membentuk jajahan takluk di Asia Tenggara
dibawa oleh pedagang/vaisya
disebarkan oleh golongan Brahmin / pendeta
penyesuaian aspek kebudayaan India dengan budaya tempatan
dilakukan oleh pemerintah dengan pemerintah lain
perdagangan dua hala berkembang pada abad ke 5 S.M.
telah memberi ruang lebih luas perdagangan antara India dengan Asia Tenggara
(b) Terangkan empat pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
[ 8 Markah ]
mengamalkan sistem pemerintahan beraja
dipengaruhi oleh sistem beraja dari India
bermulanya penggunaan gelaran raja untuk ketua kerajaan
raja berada di puncak pemerintahan
dibawahnya terdapat kerabat diraja
selepas itu pembesar iaitu Brahmin
diikuti dengan rakyat
hamba golongan paling bawah
raja berkuasa mutlak
meliputi pentadbiran /hubungan luar / ketenteraan
perintah raja menjadi undang-undang
sesiapa melanggar perintah dianggap menderhaka / mereka tidak diampunkan
raja dikehendaki adil terhadap golongan yang
diperintah
raja sebagai bayangan tuhan
rakyat takut menderhaka
lahir konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan
dipercayai memiliki kesaktian
lahir unsur mitos dan legenda asal usul raja
bertujuan mengukuhkan kedudukan dan status
wujud adat istiadat pertabalan raja
bertujuan mengukuhkan kedaulatan raja
upacara dipimpin oleh golongan Brahmin
dapat membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah
raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
bertujuan menjadi raja terulung
mendirikan kompleks kota
lambang konsep alam semesta / orde kosmos
terdapat gelaran-gelaran Hindu dan Buddha
seperti yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara, raja putra di peringkat pusat
di bawah anak raja terdapat parvanda/senapati yang menjadi ketua pentadbiran pusat
(c) Apakah peranan bahasa Sanskrit kepada masyarakat awal di Asia Tenggara?
[ 7 Markah ]
Digunakan dalam merekodkan ilmu pengetahuan
meningkatkan pencapaian bidang intelek masyarakat
batu bersurat yang dijumpai mengandungi maklumat
tentang agama / Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan agama Buddha
pemerintahan,raja / batu bersurat di Kutei menjelaskan keturunan raja
dan undang- undang
memperlihatkan kemahiran asas yang tinggi untuk memahat tulisan pada batu bersurat contohnya inskripsi di Palembang
menunjukkan arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat batu bersurat di Lembah Bujang
bahasa keagamaan dalam penulisan kitab dan buku agama / bacaan mentera / upacara keagamaan
perkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu seperti dosa/ duka/ derhaka/ manusia/ pahala/ rupa/ sengsara
bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal
pengaruh dalam kesusasteraan seperti epik Ramayana dan Mahabrata serta Puranas
pengaruhnya dalam puisi dan prosa Jawa contohnya Negarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha, Kunjarkarma
penceritaan lisan dan wayang kulit
Mahabharata lahir unsur yang diadun dengan unsur tempatan Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Seri Rama
Untuk menulis di batu-batu bersurat / candi / monumen
No comments:
Post a Comment