Monday, September 8, 2008

Soalan Esei Ramalan 3 2008

Soalan 3 ( a ) Terangkan factor-faktor yang telah menyebabkan berlakunya zaman Renaissance di Eropah ( 10 )


F1 ( Semangat Ingin Tahu ) Semangat ingin tahu atau semangat inkuiri yang kuat dikalangan masyarakat Eropah
H1a pada ketika itu untuk mencari penyelesaian kepada masalah kehidupan dan kesediaam untuk meneroka bidang baru.
F2 ( Bandar ) Di itali munculnya bandar terkenal
H2a seperti Venice, Genoa Florence,Rom, dan Milan
H2b Bandar tersebut menjadi pusat perdagangan antarabangsa.
F3 ( Strategik ) Kedudukan Itali yang strategik
H3a kerana dikelilingi Lautan Mediterranean menjadikan itali sebagai persimpangan utama dan juga pusat perdagangan antarabangsa.
F4 ( Pelabuhan ) Bandar Venice dan Genoa adalah Bandar pelabuhan yang terkenal
H4a kerana di sini berlakunya pertembungan budaya, bahasa, dan agama.
H4b Ini membolehkan Itali terus manjadi pusat perkembangan idea baru.
F5 ( Perdagangan ) Aktiviti perdagangan ini telah membawa kepada kemunculan golongan H5a kaya,
H5b Mereka telah mengunakan kekayaannya untuk mengindahkan Bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
F6 ( Patron ) Golongan ini telah menjadi penaung ( patron )
H6a kepada golongan para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis.
H6b Antara Patron yang terkenal ialah Keluarga Medici di Florence.
H6c Golongan Patron telah berusaha menarik seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang ke Bandar masing-masing.
F7 ( Persaingan ) Ini menyebabkan berlakunya persaingan antara Bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan tokoh-tokoh cendekiawan.
F8 ( Cendekiawan ) Para cendekiawan ini seringbergerak dari satu Bandar ke Bandar yang lain
H8a bagi a tujuan menyiapkan tugas mereka, dengan sendirinya telah membantumenyebarkan idea Renaissance ke merata tempat di Itali.
F9 ( Paus ) Paus di Rom juga turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan,
H9a mereka merasa cemburu melihat pencapaian Bandar Florence yang dipegang oleh Keluarga Medici.
F10 ( Perubahan ) Pada zaman ini berlaku perubahan kepada individu
H10 daripada golongan pelukis dan pengukir kerana semasa zaman pertengahan mereka bekerja secara berkumpulan menyebabkan karya mereka tidak terserlah

Soalan 3 ( b ) Jelaskan kesan-kesan yang berlaku diEropah selepas zaman Renaissance? ( 10 M )

F1 ( Bidang Baru ) Ini telah menyebabkan kemunculan pelbagai bidang baru
H1a seperti seni lukis, seni ukir, persuratan, politik, ekonomi, dan sosial.
F2 ( Monarki Baru ) Dari segi politik, kesan yang penting ialah kemunculan golongan monarki baru
H2a ia diasaskan kwujudan kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.
H2d Golongan monarki baru ini telah diperkukuhkan lagi dengan amalan
H2e pembayaran cukai kepada kerajaan pusat.
F3 ( Kuasa Raja ) Bertambahan kuasa raja
H3a telah menyebabkan kuasa gereja dan golongan bangsawan semakin berkurangan.
F4 ( Ekonomi ) Dari segi Ekonomi pula, ekonomi sara diri kian bertambah pupus.
F5 ( Perdagangan ) Pada masa ini telah wujudnya sistem perdagangan tempatan dan
antarabangsa
H5a yang kemudiannya telah menimbulkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam pelbagai bidang
H5b seperti matematik, geografi,kartografi ( teknik melukis peta ), astronomi.
F6 ( Ilmu Sains ) Ciri-ciri yang terdapat pada Renaissance yang berkaitan dengan semangat H6a inkuiri, objektif dan eksperimen
H6b Ia telah merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan pelbagai ilmu sains H6c seperti Biologi, Fizik, kimia dan perubatan.
F7 ( Pemikiran ) Kesan dari segi sosial ialah kehidupan manusia telah mengalami perubahan yang ketara.
F8 ( Emosi ) Gaya dan cara pemikiran manusia telah memperlihatkan mereka lebih bersedia
melahirkan emosi mereka.
H8a Emosi ini telah diluahkan dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan menerusi karya-karya mereka.
F9 ( Yakin Diri ) Secara Psikologinya, unsur-unsur ini telah berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
F10 ( Logik ) Kesan penting dari segi sosial ialah perubahan sikap masyarakat terhadap
Pendidikan
H10a yang lebih menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.
F11 ( Majukan diri ) Ia juga menekankan tanggungjawab sosial seseorang individu dalam
masyarakat
H11a Mereka mempergunakan sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.

No comments: