Soalan 2 :
a. Huraikan langkah-langkah Dato Onn jaafar dalam melaksanakan Pakatan Murni
F1 Langkah pertama ialah penubuhan JawatanKuasa Hubungan Antara Kaum atau
Communities Liason Committee ( CLC ) di Pulau Pinang pada tahun 1949.
F2 Menjadi pengerusi Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural
Industrial Development Authority ( RIDA ) pada bulan Oktober 1950.
F3 Menerima Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu yang ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah
Melayu.
F4 Mencadangkan Pilihanraya akan diadakan pada masa yang sesuai diperingkat
perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP )
F5 Lankah kedua untuk mewujudkan Pakatan Murni adalah UMNO telah membuka
keahliannya kepada kaum bukan Melayu.
F6 Dato’ Onn Ja’afar kemudiannya telah meninggalkan UMNO.
F7 Langkah Ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence
Malaya Party ( IMP ) oleh Dato Onn bin Ja’afar.
b. Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni
F1 Pada bulan Februari 1952, British ingin mengadakan pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur.
F2 Satu Kerjasama antara UMNO-MCA telah dibentuk melalui kerjasama antara
UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor.
F3 Ia telah dijalankan oleh Dato Ab. Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.
F4 Di dalam Pilihanraya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan
daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan.
F5 Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran di beberapa Bandar utama telah
menunjukkan penguasaan kerjasama UMNO-MCA
C5a contohnya memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.
F6 Pada tahun 1956, Pilihanraya Negeri telah diadakan, di dalam pilihanraya tersebut
Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang telah
dipertandingkan.
F7 Ia telah menunjukkan wujudnya permuafakatan kaum antara UMNO dan MCA
yang telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh MIC pada tahun 1955.
F8 Pihak British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis
Perundangan Persekutuan ( MPP ) pada tahun 1954.
F9 Ia telah dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO,
MCA, MIC dan pegawai-pegawai tinggi British.
F10 Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya
dan 48 ahli MPP akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
F11 Pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan telah diadakan dan telah
disertai oleh semua parti yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu
H11a antaranya ialah Parti Perikatan, Parti Negara, Pas, LMP, Malayan Party, Parti
Buruh, PPP dan Bebas.
F12 Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.
No comments:
Post a Comment