Monday, September 8, 2008

Soalan Esei Ramalan 2 2008

Soalan 2 Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dianggap sebagai masyarakat Jahiliah
(a) Berikan maksud masyarakat Arab Jahiliah ( 5 M )

F1 ( Bahasa ) Perkataan jahiliah adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab
H1a iaitu jahala
H1b yang bermaksud jahil
H1c dan tidak mengetahui
H1d atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.
F2 ( Kegelapan ) Zaman Jahiliah ialah satu zaman kegelapan.
H2a Keadaan masyarakatnya hidup dalam keadaan mundur,
H2b jahil,
H2c tidak berakhlak,
H2d tidak mempunyai Nabi
H2e dan kitab suci sebagai petunjuk
F3 ( Runtuh ) Masyarakatnya hidup di Semenanjung Tanah Arab, zaman ini bermula
sejak runtuhnya empangan Maarib pada tahun 300 Masihi
Ha hingga turunnya al-Quran pada tahun 610 Masihi.
F4 ( Jahil ) Masyarakatnya dianggap jahil
H4a kerana tidak menerima kebenaran
H4b dan tidak mengikuti ajaran para nabi dan rasul sebelumnya
H4c iaitu Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa, Nabi Isa, dan lain-lain.

Markah maksimum5 Markah

Soalan 2 ( b ) Terangkan cirri-ciri kehidupan masyarakat Arab yang dikatakan jahil ( 10 Markah )

F1 ( Tidak Bermoral ) Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
H1a seperti berjudi, berzina dan meminum arak.
F2 ( Arak ) Mereka beranggapan bahawa meminum arak sehingga mabuk,
H2a menunjukkan kesempurnaan mereka sebagai lelaki.
F3 ( Wanita ) Taraf wanita adalah rendah sehinggakan mereka
H3a tidak boleh mewarisi harta pusaka.
H3b Masyarakat Arab Jahiliyah memandang rendah kepada kaum wanita
H3c Mereka hanya dianggap sebagai pelepas nafsu lelaki sahaja.
F4 ( Bunuh ) Masyarakat Arab Jahiliyah juga sanggup membunuh anak perempuan sendiri
H4a bagi menjaga maruah mereka dengan menanam mereka hidup-hidup.
F5 ( Kahwin ) Dalam hal-hal perkahwinan pula,
H5a tiada peraturan yang boleh dijadikan panduan,
H5b kaum lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa sahaja yang disukainya.
F6 ( Ekonomi ) Masyarakat jahiliyah mengamalkan kegiatan ekonomi yang tidak adil.
F7 ( Penindasan ) Sering berlaku penindasan dan eksploitasi golongan yang kuat terhadap yang lemah
H7b dan golongan yang kaya terhadap golongan yang miskin.
F7 ( Riba ) Dalam perniagaan, amalan riba dilakukan dengan sewenang-wenangnya
H7a untuk mendapatkan keuntungan yang banyak.
F8 ( Rompakan ) Rompakan dan rampasan terhadap kabilah
H8a yang sering bergerak dari satu tempat yang lain
H8b untuk tujuan perniagaan atau berpindah juga merupakan sumber ekonomi bagi mereka
F9 ( Agama) Masyarakat Arab Jahiliyah juga mempunyai pegangan dan kepercayaan mereka sendiri.
H9a Terdapat empat kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,
H9b iaitu :Agama wathani (menyembahberhala ),
H9c Animisme ( Memuja alam seperti pokok )
H9d Samawi ( Kristian dan Yahudi )
H9d Mereka juga percaya kepada amalan seperti menilik nasib, sihir mempercayai roh orang mati akan menjadi burung.
F10 ( Berhala ) Mereka menyembah berhala
H10a dan berpegang kepada kepercayaan animisme
H10b seperti pemujaan bulan, matahari, bintang, api, pokok dan objek alam yang lain.
F11 ( Suku ) Masyarakat Arab Jahiliyah hidup secara berkelompok berdasarkan suku-suku kaum
H11a Ia dinamakan Kabilah (Bani).
H11b Setiap ahli kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
F12 ( Asabiyah ) Kabilah-kabilah tersebut mempunyai semangat perkauman atau semangat asabiyah yang kuat,
H12a mereka akan mempertahankan kabilah masing-masing
H12b tanpa mengira kesalahan yang dilakukan.

No comments: